Tuesday, September 16, 2014

AL-KISAH SI FUMURATE

Bismillahirrahmanirrahim...

Entri sebelum ni saya ada sebutkan yang saya tak boleh nak telan ubat fumurate masa awal mengandung hari tu..sebabnya bila telan je ubat tu, macam tersangkut je dekat tekak..bila dah tersangkut, mula lah rasa mual dan loya secara automatik..akibatnya semua isi perut terkeluar aka muntah..wawawa. Tambah pula bau ubat tu memang sedikit busuk..haha. Tak adalah busuk mana, saya je yang rasa baunya busuk..

Ni lah ubat busuk tu..haha.

Mulanya selamba je lah saya tinggal ubat tu..tak rasa bersalah langsung tak makan. Dari bulan puasa sampai ke lepas raya saya tak makan langsung dah. Lepas tu masa pergi cek klinik, saya bawalah kotak ubat fumurate yang masih penuh tu dengan harapan nurse boleh bagi ubat lain yang sama fungsi dengan fumurate tu..tapi nurse kata tak ada ubat lain yang boleh ganti kecuali kalau saya pergi beli kat klinik swasta atau farmasi..

Mulanya memang nak pergi cari ubat lain tapi nurse cakap ubat yang lain tu pun saiznya besar juga..takut sama juga sangkut kat tekak saya nanti..wawawa. Terus cancel hajat nak cari ubat tu.. lepas tu nurse bagilah beberapa tips supaya saya dapat telan ubat fumurate tu..antaranya:

  • Makan ubat bersama buah pisang..saya tak pernah cuba dan tak tau macam mana nak cuba..haha. Tapi kalau dah terdesak sangat cuba lah ya:)
  • Makan ubat bersama ambuyat..haha. Ni agak lawak sikit sebabnya takkanlah saya nak makan ambuyat tiap hari setiap kali nak makan ubat..nak kena buat lagi makanan tu nurse oi..
  • Hancurkan ubat tu macam bagi kat budak-budak selalu tu..hm,yang ni macam ok sikit kan??
Rasanya macam tu je kot yang nurse tu cakap..tak pasti pula kalau ada lagi sebab nurse cakap sikit, huraiannya yang panjang lebar.. haha. Lagi 1, kalau memang dah tak boleh sangat-sangat juga telan ubat ni, nurse syorkan makan seikat bayam merah setiap hari atau makan hati ayam..banyak-banyak. Garu kepala saya mendengar..tak ke banyak makan seikat bayam sorang-sorang tu?? dan pula saya memang tak makan hati ayam..wawawa.

Lepas tu nurse siap takutkan lagi..katanya kalau tak makan ubat tu, nanti bila kandungan dah makin besar, darah akan semakin kurang. Kesannya pada baby nanti..ada yang lahir kurang berat badan, cacat, tak cukup sifat..waa, mestilah tak nak kan baby jadi macam tu hanya kerana kecuaian kita tak makan iron tablets tu.

Balik rumah terus cerita kat abang semua dapatan masa kat klinik..malam tu nekad saya makan juga fumurate tu, apa nak jadi pun jadilah. Alhamdulillah berjaya juga makan ubat tu..agaknya masa hari tu tak boleh makan sebab awal trimester kan, masih dalam tempoh alahan-alahan kata orang, haha.

Sejak hari tu sampai sekarang saya dah tak tinggal makan ubat-ubatan yang dibekalkan klinik..insyaAllah akan saya jaga anugerah tidak ternilai ini dengan sebaiknya:) 

4 comments:

  1. 3 bulan pertama... Saya pun tak blh nak telan sebab alahan kan. Tapi lepas tu. Alhamdulillah... Boleh :)

    ReplyDelete
  2. 2 la pasal..nsb baik skrg dah blh telan, syukur sgt2 :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, selama ni dari kecik sampai la sblm kawin aima dgn ubat mmg xboleh dekat. even kalau sakit demam ke aima mmg tak ambil panadol sekalipun. tapi bila mengandung ni, mudah je makan ubat. Ubat obimin yang besar gedabak tuelok je telan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 la agknya klbihan ms mgndg ni kan..syukur sgt diprmudahkn mkn ubat 2:)

      Delete