Friday, August 22, 2014

HARI YANG MENYEJUKKAN HATI

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni diisyhtihar hari berkabung buat negara kita..no hiburan, pakai baju warna gelap dan sebagainya. Takziah buat seluruh rakyat malaysia khususnya ahli keluarga mangsa.. Semoga roh mereka yang beragama Islam dicucuri rahmat dan aman damailah mereka di sana.

Apa yang menarik hati saya tentang hari ni ialah apabila radio dan tv diminta menangguhkan hiburan dan memperbanyakkan bacaan al-Quran..rasa tenang jiwa di hari Jumaat yang mulia, dengar pula di radio lagu-lagu nasyid sahaja berselang seli alunan ayat-ayat al-Quran. Seronok rasanya duduk dalam kereta lama-lama. Perjalanan jauh pun jadi sekejap pula rasanya sebab seronok mendengar radio..

Harapnya suasana yang kita hadapi pada hari ini bukan setakat pada hari berkabung ni saja tapi boleh diteruskan dalam mengurangkan hiburan dan memperbanyakkan zikir dan alunan ayat-ayat suci.. insyaAllah. Tak rugi pun kurangkan hiburan bagai..hiburan boleh tapi biarlah sederhana saja dan seimbang dengan keperluan rohani kita. 

Apa pun, teruskan doa kita buat saudara kita yang diingati pada hari berkabung ini.. semoga tenang mereka di sana di sebalik insiden yang telah menimpa mereka..amin ya Rabb.





Saturday, August 16, 2014

SANAH HELWAH DUA PERMATA HATIKU:)

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya sekalikan sahaja entri ni memandangkan agak sukar untuk saya update blog kebelakangan ni..bukan sukar apa pun, saya saja yang selalu tak larat dan rehat saja memanjang.. online pun sambil baring saja kadangnya. Maka di kesempatan yang ada ni saya satukan sahaja kisah hari lahir abah dan mak yang berselang sebulan. Abah pada 08 Julai masa puasa hari tu dan mak pula 08 Ogos masa raya baru ni.. hehe. Tengok gambar-gambar abah dulu lah baru mak.. ikut giliran:)

kek perisa keladi.. sedap juga lah. Nyam...


Sempat potong dan makan kek dulu sebelum abah bergerak ke masjid Solat terawih..

Masa rancang kek untuk hari lahir mak, saya terfikir nak tempah kek bentuk mesin jahit.. mak kan tukang jahit, mesti teruja kot kalau nampak kek bentuk mesin jahit dia. Puas lah saya google sana sini cari bentuk mesin jahit yang mudah tapi tak jumpa-jumpa. Akhir sekali saya cari bentuk beg saja.. perempuan kan sinonim dengan handbag, haha.

Taraa..kek perisa strawbery.


Sibuk je orang tu kan.. haha.

Ni lah bentuk beg yang simple tu.. boleh lah, haha.


Insan yang diraikan:)


Sempat suap-suap lagi tau.. haha


Kamilah birthday planner itu.. hahaha

Alhamdulillah tercapai hasrat saya meraikan kedua orang tua yang amat saya sayangi.. masa kecil-kecil mereka raikan saya, kini dah besar tiba masa saya raikan mereka pula. Semoga panjang umur mereka dapat melihat cucu-cucu dan generasi seterusnya serta dilimpahkan dengan kesihatan yang baik.. amin. 


CERITA RAYA KAMI:)

Bismillahirrahmanirrahim...

Tahun ni tema hari raya kami ialah hijau.. tema sebelah keluarga mentua:) 2 hari sebelum raya kami di rumah keluarga saya, siapkan apa-apa yang patut lepas tu malam raya hingga ke pagi raya pula di rumah mentua. Tengahari raya pertama tu baru lari balik ke rumah keluarga saya pula sampai raya kedua.. rumah dekat je, jadi bila-bila masa kami nak balik boleh je terus balik.. tak ada apa nak dirisaukan, hehe.

ni ialah barisan model yang tak sabar-sabar nak bergambar raya..siap sedia di lokasi penggambaran, haha.


 2 orang tak ada dalam gambar keluarga ni.. yang penting saya tetap ada, hehe. 


Semua tak sedia.. tapi saya dah standby dengan senyuman, haha.


Keluarga besar belah suami bila dah berkumpul 3 buah rumah.. sarapan ramai-ramai:)


Ni pula gambar di kerukan, kuala penyu ..keluarga belah suami juga..


Abang saja suruh tunjuk..hasil tangan dia menghias koktel buah untuk tetamu masa raya tu:)


Alhamdulillah biarpun agak sedikit penat dan macam kelam kabut sikit raya tahun ni sebab nak bahagi masa antara kedua belah keluarga kami tapi kami seronok dan menikmati saat-saat itu dengan gembira:) Tahun pertama raya bersama katakan.. hehe.

Raya kami seterusnya pula ialah di kampung mak si puteri (biras saya) di Kg. Banting, sipitang.. perjalanan kami ke sana tu sambil-sambil usha buah-buahan yang tengah musimnya sekarang ni.




Ni lah si puteri..bukan main lagi dia posing, haha.


Penyakit orang sekarang..berselfie saja, haha.


Kampung ni dipenuhi dengan bunga-bunga.. macam-macam bunga ada.


Mak mentua pun tak nak ketinggalan bergambar dengan bunga..


Bunga-bunga banyak di tepi jalan..


Apatah lagi di halaman rumah..memang banyak.


Banyaknya bunga-bunga kat sana sampai saya dan abang pun sibuk lawan siapa jumpa bunga yang lebih cantik.. haha. Mak mentua pun bukan main lagi borong bunga-bunga..

Balik dari kg. Banting kami pun singgah di tamu Sipitang mencari buah-buahan.. majoriti beli durian, tapi saya dan abang beli langsat madu. Beli sekilo je untuk makan sepanjang dalam perjalanan. Ingatkan tak ada apa-apa kesan makan langsat banyak-banyak, sekali esoknya hampir 6-7 kali saya muntah dan abang pula cirit birit.. fuh, serik saya nak makan langsat madu lagi.. haha.

Begitulah kisah raya saya dan abang secara ringkasnya untuk tahun ni.. semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dapat lagi bertemu dengan ramadhan dan syawal akan datang.. biiznillah, amin.


CERITERA RAMADHAN KAMI :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Ramadhan tahun ni sangat berbeza dari tahun-tahun yang lepas sebab pertama kali sambut ramadhan tahun ni sebagai isteri juga bakal ibu..alhamdulillah. Ingatkan susah sangat nak menjalani ibadah puasa setelah jadi isteri ni rupanya jauh lebih mudah.. lalala. 

Masa bujang dulu, boleh kira je berapa hari dapat bangun sahur. Tapi tahun ni, tiap-tiap hari woo bangun sahur.. best sangat. Berbuka pun sama-sama..berkongsi makanan lagi, alhamdulillah. Tapi ramadhan tahun ni biarpun seronok sebab berdua namun sangat mencabar bagi saya sebab berpuasa dalam keadaan hamil. Alhamdulillah Allah kurniakan lagi rezeki buat kami untuk kali kedua.. diberi peluang untuk mengandung semula selepas keguguran hari tu. Mulanya saya ingat biarpun kini baru memasuki usia 9 minggu kandungan, saya boleh berpuasa dengan baik dan penuh sepenuh- penuhnya tahun ni tapi rupanya silap daaa...

Saya sangat tak larat sepanjang berpuasa dalam fasa kehamilan ni..tapi saya kuatkan juga semangat cuma memang lembik semacam la. Jalan pun macam tak larat dan balik dari sekolah wajib akan tertidur kepenatan. Setakat hari ni baru 2 kali saya terpaksa berbuka puasa sebab khuatir dengan kandungan tak cukup zat. Nak memasak untuk sahur dan berbuka pun tak larat.. mujur abang sangat memahami.

Tahun ni juga saya tak larat menunaikan ibadah terawih sebab asyik rasa penat saja.. bayangkan kadang seawal jam 9 malam saya sudah tertidur dengan lenanya. Mujurlah masih mampu berpuasa.. alhamdulillah. Tahun ni juga nampak gaya memang tak dapat lah nak buat biskut-biskut raya macam tahun-tahun lepas..tempah sajalah jawabnya.

Semoga berkat bulan yang mulia ni.. rezeki yang Allah kurniakan buat kami suami isteri ni subur sihat dan membesar dengan penuh keberkatan dan limpah rahmatNya.. amin.

oh, ya.. awal ramadhan hari tu berkesempatan juga berbuka puasa bersama keluarga mertua masa ke kk..Tahun pertama melalui ramadhan bersama mereka..banyak perkara yang saya pelajari. Tengok je lah gambar-gambar ye..:)










Selamat menjalani ibadah puasa.. semoga ramadhan tahun ni lebih bermakna buat kita semua.. insyaAllah:)