Monday, February 23, 2015

DI SEBALIK PEMILIHAN NAMA ZAHRAH..

Bismillahirrahmanirrahim...

Semenjak dah jadi ibu ni, entri asyik cerita pasal anak je.. maaflah ye, nak buat macam mana kan.. update haruslah mengikut peredaran waktu dan zaman, haha.

Masa mengandung hari tu, kami suami isteri memang tak kisah apa je jantina baby..kami terima je seikhlas hati. Sampailah satu hari tu, saya pergi klinik swasta sebab nak scan..masa tu pergerakan baby kurang, tu yang pergi scan tu. Kalau tak silap masa tu 7 bulan kot.

Doktor tiba-tiba bagitau jantina baby ialah perempuan..saya dah macam, "ish..nape bagitau, tak suprise lah"..haha. Sejak tu kami tak pernah cek jantina lagi dan dalam masa sama tak nak percaya sangat hasil scan tu.  Kenapa kami tak percaya sangat hasil scan?? Sebab hari tu masa biras mengandung, kandungannya baby girl..tup-tup bila lahir boy pula. Tu yang jadi tak percaya scan tu, haha.

Sekali lagi saya dan abang pergi scan kat klinik swasta tu untuk cek kedudukan baby yang songsang hari tu..masa tu dah minggu 36 kalau tak silap. Saya tanya doktor jantina baby, kot lah dah berubah pula kan. Tapi jawapannya tetap sama, perempuan juga.

Tapi bayangkanlah, minggu 37 saya ke hospital likas tu nama baby pun masih tak ada, haha. Entah kenapa susah sangat untuk kami suami isteri pilih nama untuk zahrah. Saya pula dari awal mengandung fokus pada nama lelaki je. Tapi abang bila tau hasil scan perempuan, dia sediakan juga nama tapi nama perempuan je. Abang macam yakin je dapat anak perempuan sebab dia yang alahan teruk kononnya.. haha. 

Saya sangat cerewet memilih nama sebab nak yang betul-betul ada maksud. Lepas dah cari nama kat internet, siap buka kamus bahasa arab lagi untuk tengok ejaan arab pada nama tu..haha. Macam manalah nama boleh nak ada kalau camtu.. 

Tapi akhirnya saya jumpa nama zahrah..dan abang pun jumpa juga tapi saya tak berkenan nama yang abang pilih sebab dah ada sama dengan keluarga terdekat. Akhirnya kami ada  2 nama yang kami masing-masing pilih..sehinggalah bila saya bersalin dan keluar hospital, saya tanya abang nak namakan baby ni apa. Lepas tu abang pun jawab guna nama yang saya pilih- Esmee Zahrah Zafirah..yeah!

Begitulah kisahnya..:-)

SUSAHNYA NAK BAGI FAHAM..

Bismillahirrahmanirrahim...

Masa kat wad hari tu, *tiba-tiba* bibir zahrah kering.. macam menggelupas camtu. Saya syak sebab kering disebabkan aircond..lepas tu, bila tiba masa melawat, seorang hamba Allah datang. Tiba-tiba desak suruh bagi zahrah minum air masak supaya bibir dia tak kering di samping nak bagi tekak dia basah.. 

Saya cuba pertahankan yang zahrah tak perlukan air masak, saya boleh susukan dia je tapi orang tu tetap kata air masak tetap perlu. Last sekali saya dengar je kata dia tapi tak layan...haha. Terpaksalah buat hati keras camtu.

Sekali lagi situasi sama berulang bila orang sama datang rumah tengok zahrah..sekali lagi kami berdebat isu air masak vs susu ibu. Fuh..saya dah puas cakap yang zahrah takkan kenyang minum air masak tapi teori minum air masak untuk basahkan bibir dan tekak tetap menjadi  keutamaan. Macam nak cakap je yang dalam susu ibu tu sendiri sebenarnya dah ada air, maka baby tak perlukan air lagi dah.. cukup susu ibu sahaja. Tapi tak sampai hati juga nak cakap camtu sebab rasa diri muda lagi nak bandingkan orang tu yang dah banyak makan garam..wawawa.

Lepas isu air masak, isu bedung pula. Saya bedungkan zahrah hanya pada waktu malam bila dia dah tidur lena..tapi orang tu cuba patahkan semangat saya dengan kata tak perlu bedung semua tu, tak penting dan seolah menyeksa anak..erk???

Bab tu tak tau nak cakap apa tapi yang penting saya tetap akan bedung zahrah..saya ada sebab sendiri kenapa nak bedung dan yang pasti ianya untuk kebaikan  baby itu sendiri..dah lah saya berusaha  untuk belajar  bedung zahrah sekemas mungkin. Belajar sendiri tau, tak ada siapa ajar saya pun..

Maaflah kalau entri kali ni macam emosi sikit tapi saya cuma nak luahkan betapa susahnya nak bagi orang faham tentang apa yang kita mahu untuk anak sendiri.. tiba-tiba mood mak-mak sangat, haha.

Thursday, February 19, 2015

WAJAH KESAYANGAN KAMI :-)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah hari ni genap seminggu usia puteri kami.. rasa macam baru semalam sakit hilang bius tu. Alhamdulillah selama seminggu ni Allah permudahkan segala urusan kami dalam menguruskan baby..walaupun ni pengalaman pertama, yang sebelum ni tak pernah tau macam mana nak susukan baby, tukar pampers apatah lagi nak dukung baby yang masih lembut segala-galanya.. tapi semuanya seakan seronok even tiap malam temankan baby berjaga, hehe. 



Inilah dia puteri sulung kami..Esmee Zahrah Zafirah Bt. Ebnee nama diberi :-) Lahir dengan berat 2.7 kg..alhamdulillah semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan akhlak mulia..amin.

Tak sabar rasanya nak tengok zahrah membesar..nak ajak main dan bermanja-manja :-) amboi.. haha.

Wednesday, February 18, 2015

PENGALAMAN BERSALIN CAESERIAN

Bismillahirrahmanirrahim...

Seperti yang dijanjikan, ni adalah sambungan kepada entri semalam.. masa kat wad bersalin, saya bagitaulah kat nurse yang kandungan saya songsang dan sepatutnya admit wad pada 14 februari tapi oleh kerana dah mula sakit contraction + keluar darah, saya terus je datang.

Nurse pun cek la macam-macam..tekanan darah, pergerakan jantung baby, bukaan rahim..masa kena cek tu bukaan rahim dah 2cm tau dan kaki baby  dah kat laluan. Macam takut je dengar masa tu..takut kaki keluar dulu, haha. Contraction pula makin kerap sepanjang saya duk dalam tu.

Kiranya saya terpaksa emergency caeser sebab tak boleh nak tunggu lama lagi dah. Nurse bagitau saya start puasa masa tu, kena sambung dengan  air glukos je. Pastu kena pasang salur kencing..ngilu dan sakit sikit masa kena pasang. Kena minum ubat yang pahit lagi untuk elak gastrik lepas selesai pembedahan nanti. Nak operation pakaian kena buka habis tau..pakai pakaian khas je kat dalam bilik bedah. Bab ni saya bersyukur sangat sebab masa tu dah nak pukul 3 pagi, mana ada orang. Yang ada pun nurse je dengan family saya..doktor pun perempuan. Alhamdulillah terpelihara juga aurat pada saat-saat genting macam tu.

Lepas dah sign borang untuk tambah darah dan bius, saya pun disorong ke dewan bedah. Abang ikut sekali masa tu..perasaan saya pula tak tau nak cakap macam mana..hanya mampu zikir dan selawat banyak-banyak tak henti sambil doa harap-harap baby selamat.

Abang dapat hantar sampai pintu dewan bedah je lepas tu pintu kena tutup. Sebelum mula operation tu, saya diminta duduk di hujung katil sambil peluk bantal.  Masa tu la doktor suntik bius kat belakang dekat atas punggung. Lepas je bius, perlahan-lahan saya dah tak rasa kaki..sempat lagi saya test *power* bius tu. Saya gosok-gosok tangan kat dada dan goyang-goyangkan ibu jari kaki. Tak rasa dah..fuh, lega juga. Sepanjang dibedah memang tak rasa sakit tapi saya dapat rasa perut saya macam bergoyang-goyang *dikerjakan*..hehe. 

Dalam pada zikir dan selawat tak henti tu, nurse kat sebelah siap boleh ajak saya sembang-sembang lagi, tanya itu dan ini. Tak lama rasanya, nurse datang tunjuk baby kat saya dan tanya jantina baby..spontan saya jawab, perempuan kot..haha. Terus kena marah sebab tak  konfiden jawab ada kot..tapi memang baby girl pun, tak meleset hasil masa scan. Syahdu je naluri keibuan ni masa nurse bagi cium baby..harum walaupun campur bau darah. Dah la mata dia bulat terbuka..geram betul. Saya dibedah pukul 3.10 pagi dan baby keluar pada 3.19 pagi. Tak terasa cepat je prosedur berlalu.

Lepas dah selesai, saya disorong keluar dan terharu lagi sekali bila wajah pertama saya lihat ialah abang..terus rasa nak bermanja bila abang tanya keadaan masa tu. Semuanya ok cuma sejuk yang amat. Orang yang duduk 100 meter jauh pun boleh nampak kot macam  mana kuatnya saya menggigil. Saya terus dihantar ke wad dan ditukarkan pakaian. 

Lepas pembedahan kena baring terlentang je tau tak boleh mengiring selema 6 jam. Puasa pun kena teruskan juga. Tak lama lepas tu nurse datang bawa baby..abang azankan dan calitkan sedikit madu asli kat bibir baby..dah selesai tu nurse tolong saya untuk susukan baby. Teruja sangat..pengalaman pertama katakan.

Seawal 6 pagi saya dah boleh mula gerak kaki sikit-sikit..lepas tu diikuti dengan sakit sikit-sikit  kat tempat luka tu. Pukul 9 pagi baru boleh minum dan kena belajar baring mengiring. Sakit macam mana pun kena gigih mengiring juga tau..kalau tak nanti lambat dapat bergerak. Lepas tu pukul 12 tengahari salur kencing dah kena cabut dan kena belajar bangun dari katil dan  kencing kat tandas pula. Untuk pertama kali bangun, saya terpaksa berpaut pada abang  dan dipapah ke tandas. Memang perit dan pedih tapi rasa 1 kebanggaan bila boleh bangun dan jalan...haha.

Percayalah..bila dah dapat bangun tu, pergerakan seterusnya menjadi lebih mudah dan semakin mudah bila kerap bergerak. Lepas 3 hari kat hospital baru dapat discaj dan rehat-rehat kat rumah. Terima kasih sangat kat mak mertua yang masakkan bubur dan sup haruan setiap pagi dan petang sepanjang kat hospital. Terima kasih juga pada mak sebab temankan saya dan baby pada malam pertama kami di hospital..tapi malam kedua nurse tak bagi temankan dah. Sedih juga saya malam tu sebab sorang-sorang je dengan baby..dah la sakit nak bergerak, wawawa. 

Bersalin caeserian bagi saya 1 pengalaman berharga yang tak mungkin dilupakan..syukur alhamdulillah puteri kami sihat dan baik-baik saja. Alhamdulillah.. next entri baru akan diperkenalkan puteri kami yang songsang itu..haha.

Tuesday, February 17, 2015

ALHAMDULILLAH.. SELAMAT BERGELAR IBU :-)

Bismilhirrahmanirrahim...

Alhamdulillah saya dan abang kini dah jadi ummi wa abi.. yeah :-) kisah kelahiran bayi kami sedikit complicated namun semuanya berakhir dengan baik.

Asalnya saya dah lapor diri di hospital likas pada 9 februari lalu lepas sambut hari lahir pagi-pagi tu.. petang juga kami sampai di hospital likas, kira-kira jam 3 petang lebih kurang. Saya terus diperiksa oleh doktor dan nurse di bilik penilaian. Agak lama juga saya di bilik tu, hampir nak 2 jam juga rasanya.. kesian sangat kat abang sampai duduk bersila kat depan bilik penilaian.

Pengalaman dalam bilik penilaian tu saya tak akan lupa bila mana perut saya digodek oleh seorang doktor cina.. dia sentuh biasa saja tapi tak tau kenapa seolah rasa macam kena cengkam je.. sakit woo. Sampai saya terpaksa bagitau doktor tu yang saya kesakitan.. baby dalam perut pun keras semacam je.

Lepas je dari bilik penilaian, saya terus admit wad.. nasib baik masa tu masa melawat, dapatlah abang temankan saya sampai jam 7.30 malam. Tapi yang sedihnya, katil saya hanya di koridor.. betul-betul tepi kaunter.. wawawa. Tu untuk menunggu sementara nak dapat wad kosong yang ada bilik-bilik tu. Bayangkanlah.. nak dapatkan bilik 1st class single pun dapat giliran ke 13. Untuk 1st class double pula saya giliran ke 8. Fuhh..kesian sangat kat abang, terpaksa tidur dalam kereta je sepanjang malam tu.

Malam tu juga saya start puasa pada pukul 2 pagi. Hanya dimasukkan air glukos je dalam badan.. serius sepanjang malam saya tak dapat tidur. Nak tidur macam mana, pesakit nak bersalin bersilih ganti je disorong kat koridor.. belum lagi dengar bunyi troli ubat dan jarum disorong.  Aih..boleh kurang rehat dibuatnya.

Esoknya.. 10 februari saya masih menunggu jam berapa nak kena operate ni. Puasa tetap teruskan, tak boleh makan dan minum tau. Oh, ya.. malam tadi saya dah dapat 1 suntikan kat punggung kanan untuk matangkan jantung baby lepas tu 1 lagi saya dapat pagi ni. Sakit woo.. nak nangis pun ada masa ubat tu mengalir masuk tau. Tengahari tu dalam pukul 12 macam tu kot, sekumpulan doktor datang. Saya rasa yang sorang tu pakar bedah kot..dorang tanya macam-macam. Last sekali doktor tu kata saya tak jadi bedah hari ni sebab dewan bedah penuh dan wad juga penuh. Ok..terpaksa rela biarpun dah puasa hampir 12 jam. Doktor decide saya balik  beaufort je dan bedah di sana..itupun masa kandungan dah masuk 38 minggu 6 hari. Hari tu kandungan baru 38 minggu 2 hari. Kena tunggu lagi 4 hari baru admit wad sekali lagi di beaufort..aih.

11 februari..saya dah rasa sakit perut macam memulas dan kejap-kejap mengeras yang lama pada pukul 10 malam ke atas.. dalam hati terfikir juga ni sakit nak bersalin ke apa tapi rasa macam tak mungkinlah. Dah tengah malam camtu, sebelum nak tidur sempat cakap kat abang yang perut rasa lain macam tapi ok lagi ni..tak ada apa-apa. Abang yang memang dah mengantuk sempat pesan kalau sakit kuat cepat-cepat bangunkan dia. Dalam masa yang sama juga, macam setiap 5 minit kot asyiklah kencing je..sampai letih ulang alik ke tandas.

Lepas tu dalam pukul 1 macam tu masa pergi kencing tengok-tengok dah ada darah sikit..hati dah takut, terus cepat-cepat bangunkan abang. Abang pula cepat je bangun, terus berdiri tau capai baju..saya pula yang terkesima tengok abang kelam kabut camtu. Abang terus panggil mak mertua dan saya bersiap-siap.  Dalam pukul 1.40 pagi kot kami sampai di hospital. Saya terus masuk dalam dan kena check macam-macam..masa tu bukaan dah 2cm tau dan kaki baby dah kat laluan. Walaupun bakal dibedah tapi saya dapat merasa juga macam mana sakit contraction tu walaupun sikit..

Hm..entri macam dah panjang sangat, rasa tak boleh nak pendekkan dah. Entri di bilik bedah, pengalaman caeserian saya akan kongsi dalam next entri ye :-)   

Monday, February 9, 2015

KENANGAN SEBELUM JADI UMMI :-)

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni kena *lapor diri* dah pergi hospital likas..perasaan campur-campur antara teruja dengan berdebar..fuhh! Semalam rasa macam tak lena tidur, tak tau fikirkan apa..kejap-kejap asyik terjaga je.

Pagi tadi sedang bersiap-siap untuk *lapor diri*, ada kejutan yang menanti..jeng-jeng. Lepas mandi bila masuk je bilik, tengok atas katil dah ada kek, hadiah dan kad..waa :-)





Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur untuk saya nikmati kebahagiaan ni..sempat lagi sambut berdua, tahun depan insyaAllah sambut bertiga pula.

Semoga Allah murahkan rezeki abang, limpahkan kesihatan yang baik serta kesejahteraan hidup yang melimpah ruah..amin ya rabb.

Ok lah..nak teruskan perjalanan untuk *lapor diri*..nanti saya update lagi ye perkembangan baby :-)

Wednesday, February 4, 2015

KANDUNGANKU MASIH SONGSANG

Bismillahirrahmanirrahim..

Minggu ni kandungan dah masuk 37 minggu..dan minggu ni juga seharusnya adalah last scan untuk tengok kedudukan baby samada masih breech lagi atau dah normal.

Masa doktor scan, saya dimaklumkan yang baby masih dalam keadaan songsang..maka saya redha sajalah andai itu takdir untuk saya, lahirkan baby lebih awal secara pembedahan..


Doktor kata baby saya mungkin pada kedudukan pertama tu..Mula-mula doktor nak tetapkan appointment untuk proceed ecv iaitu pusing semula kedudukan baby tapi savya tak mahu..tak mahu setelah berbincang dengan abang dan juga setelah mendengar nasihat doktor di klinik swasta juga nurse di klinik.

Peluang untuk berjaya melakukan ecv hanya 46.1% sahaja bagi kandungan pertama..tapi bagi kandungan kedua dan seterusnya peluang adalah 70% ke atas..

Sebab tu saya tak nak buat ecv sebab kalau boleh biarlah sakit tu hanya sekali je..biar sakit dibedah je terus. 




Lepas je saya buat keputusan tak nak proceed ecv, doktor pun aturkanlah tarikh untuk elective caeser dengan hospital likas..maka redhalah saya bila doktor dah bagi tarikh 9feb ni untuk masuk wad dan tunggu giliran untuk *disiang*..wawawa.

Agaknya baby memang nak lahir sama tarikh dengan ummi kot 9feb..tapi naluri saya rasa macam bukan 9feb je tarikh baby akan lahir. Agaknya 10feb kot..lalala. Bagi peluang ummi makan kek dulu ye nak sebelum kena pantang tak boleh makan itu ini..

Tapi dalam pada dah dapat tarikh untuk masuk wad ni, dalam hati masih berharap supaya dapat bersalin normal..semoga dalam beberapa hari yang tinggal ni baby akan pusing semula, amin. 


Sekarang memang amalkan juga doa ni setiap hari sambil pujuk-pujuk baby..semoga segalanya akan baik-baik saja, amin ya rabb. Doakan saya dan baby ye :-)