Wednesday, September 23, 2015

ZAHRAH @ LITTLE PENYU

Bismillahirrahmanirrahim...

Setelah sekian lama memendam rasa nak tengok zahrah berenang di ala-ala hipopo baby spa kat semenanjung tu, tercapai juga rasa yang terpendam tu di little penyu baru-baru ni.

Konsepnya sama iaitu spa untuk baby dan kanak-kanak sehingga 12 tahun. Terletak di metrotown, lot J-1-5, 1st floor, blok J..berdepan dengan Lucy's kitchen. 
 Di depan pintu masuk..


 View dari luar little penyu..


 Kaunter pendaftaran dan pembayaran

 Masa ni saja datang awal..excited nak tengok zahrah berendam..haha

 Senarai harga..zahrah ambil single session saja.

 Zahrah sempat tidur lagi sementara tunggu giliran. Masa ni baru bangun tidur..

Tu dia lokasi penggambaran zahrah Kali ni..haha

 Geram tengok kolam ni.. Ni untuk baby 0-3 months..

 Masa ni buka pakaian zahrah dan ganti pampers dia..

 Tadaa..dah tukar pampers khas.

 Senam dan senam..warm up sebelum swim.

 Stay dulu di tepi kolam..bagi rasa air di kaki zahrah.

 Ni sebelum mula swim..sempat timbang lagi

 Dah masuk dalam air pun..yeah, tak nangis.

 Zahrah jumpa kawan dalam kolam..tapi kawan tu dah biasa swim. Duk lah heret zahrah dalam air tu, haha.

 Tu parents kawan Zahara..

 Kena hiburkan dia juga..kalau tak dia bosan.


 Dah habis masa.. Dekat setengah jam juga lah zahrah berendam dalam tu.

 Segarnya lepas Mandi...

Air dalam kolam tu tak sejuk pun..sentiasa suam dan sesuai untuk baby. Tengoklah akan datang mungkin akan datang lagi kot bawa zahrah. Bagi zahrah rasa sendiri pengalaman ni bila besar sikit nanti.

Kalau nak datang sini, call dulu tau. Boleh contact nombor ni- 088383639. Masa operasi dari 10am sampai 5pm tau.

Tuesday, September 22, 2015

OCEAN7 ART GALLERY..

Bismillahirrahmanirrahim...

Sempena cuti sekolah yang dah tiba ni bolehlah pergi tengok lukisan 3D..tak jauh pun, kk pun dah ada. Sebenarnya saya je yang baru tau padahal dah nak dekat setahun pun..haha.

Ocean7 Art gallery terletak di tingkat 2 Oceanus waterfront mall..keluar je dari lif utama terus ke sebelah kanan. Terus akan jumpa☺

Staff Kat sana peramah dan mesra orangnya dan waktu operasi galeri ni kalau tak silap dari jam 10 pagi sampai 10 malam. Boleh ye bergambar sepuasnya..tak ada limit masa, yuhuu.



 Pameran dan lukisan yang dijual di ruang legar galeri..

 Pintu masuk ke dunia 3d..

 Tiket masuk ke dunia 3d tu..



 Kesian dekat spongebob..zahrah tarik tangan dia, haha.

 Come on zahrah..




 Zahrah.....!!!!

 Shhhh..jangan bagitau kami Kat sini.


 Sebenarnya..dulu saya salah seorang dari geng sailormoon tapi saya out sebab pakaian dia seksi!

 Oops..!





Kalau nak tau, lukisan yang ada kat sini sentiasa berubah mengikut keadaan semasa..so tak semestinya bulan depan lukisan yang sama Ada lagi.

So apa lagi..rebutlah peluang ke ocean7 art gallery sempena cuti sekolah ni..jom!

Wednesday, September 2, 2015

PERTANDINGAN MAK-MAK SANGAT..HAHA

Bismillahirrahmanirrahim...

Kali ni nak cerita sikit tentang pertandingan gubahan bunga hidup dan bunga plastik yang saya join baru-baru ni sempena sambutan ambang merdeka..siap join 2 pertandingan lagi, haha.

Asalnya tak ada pun niat nak join tapi Mak mertua yang beria-ia suruh join sekali dengan biras..Mak siap sediakan bunga-bunga dia untuk kami guna masa pertandingan tu. Kiranya kami bertanding atas nama je.. Bertuah betul, haha.


Suasana di bahagian pertandingan bunga..


Ruang pertandingan bunga hidup...agak ramai juga join.


Ruang pertandingan bunga plastik..yang ni tak ramai join.


Pengadil sedang beri briefing tentang pertandingan..


Senarai nama peserta..abaikan kertas yang ronyok, haha.


Pengadil sedang beri markah..



Tadaa..ni bunga plastik yang kami pertaruhkan. Biras je sangkut siap dapat nombor 1 lagi, haha.


Kamilah para peserta..zahrah tu tumpang bergambar je,  lalala.


Sempat juga bergambar dengan bunga yang menang..haha

Bunga yang pertama tu yang dapat nombor 3..yeah!

Mak juga yang kurang bernasib baik tak menang tapi bunga-bunga Mak yang kami pegang menang pula..haha. Sorry Mak..

Apa pun kami tak sabar tunggu 16 September untuk penyampaian hadiah..yeah!