Friday, October 25, 2013

B2B PART 2 - CAT BILIK

Bismillahirrahmanirrahim...


Pejam celik pejam celik ditambah dengan kesibukan kerja sudah tak lama lagi tarikh hari bahagia tu rupanya..bila teringat mesti sibuk nak tanya hati, "aku dah sedia ke ni?" Nak tak nak kena sedia juga..itu kan pilihan yang terbaik buat saya:)


Oh ya..sebenarnya saya nak share tentang persiapan cat bilik tidur. Alhamdulillah bilik dah 70% siap..tinggal sentuhan tangan comel ni je lagi untuk deko apa yang patut. Mula-mula sekali mestilah nak cat sebelum nak deko yang lain-lain kan:) 


Serius sangat yang saya tak pernah ada pengetahuan tentang cat mahupun kemahiran mengecat..tapi untuk bilik tidur sendiri, mahu atau tak saya kena juga turun padang. Bermula dengan tentukan nak guna warna apa sampailah mengecat saya kena terlibat secara langsung. Biarpun saat ini saya sangat sibuk dengan tugasan di sekolah yang datang bertubi-tubi..insyaAllah pasti ada hikmahnya semua ni:)


Tanpa fikir panjang saya terus tetapkan warna pilihan hati idaman kalbu untuk bilik tidur tu..gambar di bawah yang saya minta kat google akan ceritakan warna pilihan hati idaman kalbu saya tu:) 


cantik dan tenangnya warna ni..subhanallah!

 

warna pilihan hati idaman kalbu..sky blue:)


Maka saya pun ambil masa beberapa hari mengumpul katalog jenama cat yang ada di Malaysia ni..hajat hati nak survey warna yang betul-betul melekat di hati dan sangat memahami kondisi isi beg duit ketika ini..haha. Alhamdulillah dapatlah kumpul 4 katalog berbeza tapi 3 je yang saya ambil gambar.


katalog san cora dan nippon..tiada dalam gambar-dulux.


Saya bandingkan warna biru idaman hati yang ada di kedua jenama cat dan saya temui 2 warna yang sama bagi saya tapi berlainan nama.





Sky blue- Nippon paint


atlantic blue- San cora


Alhamdulillah..lepas survey kat kedai untuk harga jenama cat yang biru camtu, akhirnya saya buat keputusan memilih cat atlantic blue dari san cora..murah dan insyaAllah tahan. Lagipun nak cat dalam bilik je kan..tak kena matahari pun. Cat dulux dan nippon sedikit mahal namun kualiti memang tak dapat dinafikan..tak mengapa, guna yang murah dan ikut kemampuan. Esok-esok bila cat ni dah tanggal dan saya pun dah berduit lebih, boleh je cat semula:) (kata-kata untuk memujuk hati yang lara..haha)


 Apa pun,kini saya sudah sedikit faham tentang pemilihan cat dan dah tau kadar harga bagi satu-satu jenama yang saya pergi survey tu. Kiranya dapat ilmu sampingan la..pengalaman mengecat pun dapat. Tapi yang paling penting..dapat deko bilik guna sentuhan tangan sendiri, yeay!


Nantikan kisah b2b saya yang seterusnya..:)


Thursday, October 17, 2013

JANGAN PANDANG KU SEBELAH MATA..

Bismillahirrahmanirrahim...


Sebulan sudah saya kembali memulakan tugas walaupun kini masih berstatus interim..penghujung tahun seperti biasa banyak kursus yang perlu dihadiri dan aktiviti yang perlu dilaksanakan. Minggu ni guru besar minta saya hadir ke kursus KSSR TMK untuk tahun 4 tahun hadapan..saya hadir dengan rasa rela hati tanpa ada perasaan ralat sedikit pun biarpun mata pelajaran ni bukan opsyen atau bidang tugas.


Sepanjang hari pertama kursus saya akui bahawa saya seorang saja kategori junior jika dibandingkan dengan guru-guru lain yang tampak lebih berpengalaman..oh, terasa sedikit kerdil pula diri dalam kursus ni. Saya juga sedar saya seorang saja guru j-QAF dalam kalangan guru yang hadir tapi tak ada masalah pun sebenarnya..sudah namanya guru, semua pun sama tiada beza. Hanya opsyen yang membezakan tapi tak menghalang untuk kita mengajar subjek lain yang bukan opsyen bukan??


Akhirnya pada penghujung kursus untuk hari pertama, sedang saya berbual dengan rakan guru di sebelah tiba-tiba dia bertanya opsyen saya..bila saya katakan saya opsyen PAI dan guru j-QAF, saya lihat wajahnya berubah kehairanan..katanya macam mana pula guru j-QAF boleh dihantar untuk kursus ni?


????????
Saya pula yang menjadi hairan mendengar kata-katanya..terasa bagaikan diri yang berstatus guru agama dipandang rendah. Namun saya cuba husnodzon..mungkin guru tersebut jarang melihat guru agama melibatkan diri dalam subjek lain agaknya. Tak mengapa lah cuma saya sedikit kesal saja dengan anggapan sedemikian terhadap guru agama..


Secara tak langsung saya pun muhasabah diri supaya tak bersikap sedemikian pula dengan individu lain..Pendek kata, dont judge a book by its cover.

****************


Selesai kursus hari pertama, saya bergegas ke hospital pula untuk buat medical check up untuk guru lantikan baru. Alhamdulillah segala urusan saya dipermudahkan dari urusan pendaftaran, urine test yang biasa dan xray..semuanya berjalan lancar dan mendapat panduan serta arahan yang jelas serta baik dari kakitangan hospital. Namun saya sedikit kecewa dan terkilan bila dapat layanan sedikit kasar masa nak buat urine test untuk dadah. 


Sangat sedih bila kakitangan tu bercakap kasar dan meninggikan suara..rasa malu pun ada dengan orang awam lain yang ada di makmal tu. Rasanya tak perlu lah nak meninggikan suara dan bercakap kasar kan..secara adatnya kita kena berlemah lembut dan banyakkan senyum serta jalankan tugas dengan lebih berhemah..lebih-lebih lagi bila tugas kita tu melibatkan orang awam.


Sedikit sebanyak layanan kurang mesra tu meninggalkan kesan di hati saya..tapi mahu atau tidak saya paksa diri supaya husnodzon juga. Biarlah apa yang telah saya dapat asalkan saya tak buat macam tu pula pada orang lain..agaknya petugas makmal tu tengah stress kerja kot masa saya datang atau sedang moody. Tak mengapa lah..semoga tiada orang lain pula yang merasai apa yang sudah saya alami di makmal tu.


Renung-renungkanlah....


Monday, October 7, 2013

INI CREAM PUFF KE??

Bismillahirrahmanirrahim...


Akhir-akhir ni saya tiba-tiba tersedar yang saya telah suka makan cream puff..dulu saya makan juga tapi tak ada lah rasa suka sangat macam sekarang. Agaknya rasa suka tu timbul sebab Allah dah tarik sikit nikmat makan makanan yang keras-keras..hehe. Cream puff kan lembut gitu..orang tak ada gigi pun boleh makan sambil pejam mata..lalala.


 Suatu hari sedang saya belek-belek majalah resepi mak tiba-tiba saya terjumpa resepi cream puff. Excited sungguh saya tunjuk kat mak betapa mudahnya bahan-bahan nak buat cream puff yang saya tak pernah ambil tau pun selama ni..sambil cakap kat mak nanti saya nak try buat resepi ni memandangkan semua bahan nak buat tu ada kat dapur kecuali bahan untuk paipkan adunan je tak ada.


Lalu dengan gigihnya saya telah mengatur semua bahan dan mula buat cream puff petang sabtu baru-baru ni..saya paipkan je adunan guna plastik yang saya buat gulung-gulung. Walaupun resepi ni sangat mudah dan simple tapi hasil tangan saya buat pertama kali jadi macam ni...........:(







Percubaan pertama saya tak menjadi..salah satu puncanya ialah saya tak guna beg paip yang betul..sebab tu tak ada bentuk. Terus saya niat nak beli satu lepas ni untuk buat cream puff yang cantik masa akan datang..haha. Tapi walaupun rupa tak cantik tapi rasanya sama..kiranya kalau buat contest teka resepi orang boleh tau yang ni cream puff walaupun rupa tak sama langsung..haha. Oh ya..cream puff yang selalu saya makan kat kedai tu intinya krim kastard tapi saya ubah suai yang ni..letak inti kaya je. Mudah dan senang..lain kali nak tukar inti lain pula:)


Tak apalah saya akan belajar dari kesilapan ni..untuk hasilkan yang lebih baik nanti:) Usaha tangga kejayaan..chaiyok!



Sunday, October 6, 2013

B2B PART 1

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah kami akhirnya telah memulakan langkah kami sebagai b2b..sedikit demi sedikit persiapan mula diatur baik untuk keluarga mahupun juga bagi pihak kami sebagai mempelai..maaf ayat sedikit skema..haha.


Walaupun tak banyak lagi yang selesai memandangkan majlis ada lebih kurang 3 bulan lagi, kami rancang nak cuba selesaikan semuanya sebelum bulan Disember menjelang tiba. Setakat hari ni baru 30% kot yang sudah selesai..


Perkara pertama yang selesai ialah baju nikah..saya ambil jalan mudah, beli ready made je. Tapi tudung dan veil untuk nikah tak sedia lagi..pada saya kalau dah terdesak nanti beli je lah mana-mana yang berkenan. Tudung tak susah sangat nak cari banding dengan baju..cuma untuk baju yang dah beli tu mungkin saya akan tambah sedikit batu-batu atau manik untuk masukkan dengan tema putih biru kami:) Baju yang dah beli tu putih je semua..insyaAllah akan ditambah dengan hiasan biru-biru sikit. Kain baju melayu En.tunang pun dah ada cuma tak jahit lagi..design untuk baju melayu tu pun dah ada juga:)


Set pelamin di kedua belah pihak juga sudah selesai..dah booking mengikut warna tema kami:) Bercerita tentang pelamin, kami dapat peluang design sendiri pelamin yang kami nak..mulanya saya tak terfikir pun nak design bagai. Ingatkan nak ikut je mana-mana koleksi yang butik tu pernah buat tapi bila dapat peluang macam tu kami tak lepaskan..dapat jugalah design yang kami inginkan akhirnya dan dah submit:) macam assignment pula..haha.


Lepas tu untuk pakaian malam berinai juga sudah selesai untuk warna dan design..tinggal nak fitting baju je nanti, alhamdulillah. Pakaian sanding di siang hari untuk saya saja yang belum selesai sebab kakak owner butik yang sangat baik hati & sporting bagi peluang lagi kat saya untuk pilih design baju yang saya nak..maksudnya dia akan buatkan sepasang baju sanding baru untuk saya dan En.tunang..tapi En.tunang dah dapat design dia nak. Saya tak kisah sebenarnya nak pakai mana-mana pun sebab nak guna konsep asal ada dan selesa je. Tapi bila dapat peluang macam tu siapa yang nak lepaskan kan???? hehe.. haruslah terima.


Maka jadilah kerja saya google siang dan malam mencari design yang kena di mata dan di hati di samping menepati syariat.. insyaAllah. Nak cantik tak semestinya kena pakai baju yang ketat.. saya sangat berharap dan berusaha supaya aurat saya terpelihara di sepanjang majlis walimah nanti biar apa jua pakaian yang saya gayakan..amin. Impian saya ingin menjadi inpirasi pengantin muslimah masa walimah nanti..biiznillah. Dakwah di sebalik sebuah walimah:)


Kertas dan sampul surat untuk kad jemputan pun dah beli sikit-sikit..kami D.I.Y je kad jemputan kami. Jimat dan boleh design sendiri..alhamdulillah design pun dah ada tinggal nak print je nanti:) InsyaAllah nak edar kad untuk teman-teman guru dan kakitangan sekolah di beberapa buah sekolah pada minggu terakhir sebelum cuti sekolah nanti..untuk yang lain-lain masa cuti sekolah nanti pun boleh edar. 


Dalam kesibukan kami menyiapkan segala persiapan di atas, sehingga ke hari ini saya belum hadiri kursus kahwin lagi..haha. InsyaAllah bulan ini juga akan saya hadiri. Tinggal nak tunggu sepupu confirmkan tarikhnya saja..insyaAllah semoga segala urusan dipermudahkan.



Tuesday, October 1, 2013

AKU SEDANG DIUJI

Bismillahirrahmanirrahim...


Sejak zaman sekolah lagi saya memang ada masalah dengan sistem perkumuhan yang satu itu..jarang buang air besar! Dulu saya tak rasa apa pun malah rasa macam satu kelebihan pun ada sebab tak payah susah payah pergi tandas setiap hari. Lebih-lebih lagi sekolah menengah saya dulu selalu tak ada air paip. Tapi nyata saya silap bila akhirnya sembelit dan buasir pula menyerang.. saya tak malu berterus terang sebab perkara ni sangat serius sebenarnya.


Bila dah zaman U, lagi jarang saya ke tandas..seminggu dalam 2 atau 3 kali sahaja. Lepas tu bila ke tandas mesti saya duduk dalam tu nak dekat-dekat sejam.. kadang sampai nangis-nangis baru dapat keluar dari tandas dengan perasaan lega.. Bila dah macam tu baru saya nak kelam kabut makan sayur, yogurt, minum air putih banyak-banyak dan makan buah-buahan.. lumrah manusia kan, bila dah terkena baru nak sedar.. wawawa.


Kini dah masuk alam pekerjaan keadaan perut dan sistem pencernaan seakan makin merajuk dengan tuan punya badan.. setiap malam saya alami kembung perut. Berangin satu badan sampai nak buat apa pun tak selesa.. ingatkan ada masalah batu hempedu ke apa. Bila cek kat klinik, doktor kata dalam perut saya ada banyak angin @ gas.. Angin tu berpunca dari perut saya yang banyak menyimpan hasil pencernaan yang tidak tercerna  @ tidak dibuang mengikut saluran betul.. Makanan pun sama. Saya dah tak boleh makan yang berminyak dan berlemak.. wawawa.


Sekarang tiap masa perut saya kembung..nak berkompang kat perut ni pun boleh. Kadang-kadang kepala naik pening dan muntah-muntah saya dibuatnya akibat angin yang banyak dalam badan. Kini saya sedang berusaha meraih kembali kesihatan diri.. doakan saya ya. Rasa sangat terkilan sebab dari dulu tak pernah ambil tau tentang penjagaan kesihatan dan pemakanan yang sihat. Beringat sebelum kena:(


Sabda Rasulullah SAW:
 'Perut manusia itu punca segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan'
(Riwayat ad-Dailami)




Teringin sangat nak dapatkan usus yang sihat dan normal..:(