Tuesday, April 28, 2015

BENGKUNG SAYA GUNA SELEPAS BERSALIN

Bismillahirrahmanirrahhim...

Eh, bersalin caeserean mana boleh pakai bengkung..nanti effect kat tempat luka! Ish..ish..boleh je lah sebenarnya. Sangat-sangat boleh tau..saya sebagai seorang yang berpengalaman bersalin czer sangat galakkan anda pakai bengkung.

Ewah..kalah doktor pula cara bercakap tu, hehe. Mula-mula saya pun tak berani nak pakai bengkung, takut woo tempat luka tu terjejas. Tapi segalanya berubah bila saya baca blog namee roslan, ada dia buat entri tentang bengkung. Kebetulan namee pun dah 2x bersalin czer..memang senior lah sangat kan, hehe. Baru tau kalau czer kena pakai bengkung jenis pelekat tu..yang tali-tali tak boleh tau.

Kebetulan masa baca tu saya masih kena ulang alik ke klinik tiap hari sebab bawa zahrah cek kuning..bayangkan dengan luka lagi, jalan laju tak boleh lepas tu kena ampuh perut dengan tangan sepanjang perjalanan supaya tak sakit bila lalu jalan tak rata..

Masa hari kelima lepas bersalin kot saya gagahkan diri ke watson cari bengkung jenis tu..serius murah sangat, jumpa yang harga rm12 lebih (belum ada GST). Laju je saya beli sambil senyum happy dapat bengkung murah..haha.

Lepas pakai bengkung tu, dah boleh jalan laju sikit dan bergerak aktif sebab dah kurang rasa sakit dan tiada lagi peristiwa ampuh perut berlaku melainkan jika bengkung dibuka..Bila naik kereta pun rilek je, dah tak rasa sakit bila terhentak atau lalu jalan tak rata..yeah! 

Tapi lepas setengah bulan guna bengkung tu saya mula rasa tak best...sebab dia murah, maka kualiti pun kurang.  Bengkung tu jadi longgar dan tak fit. Terus tak nak pakai dah..tapi masa 1st time kami bawa zahrah jalan-jalan, agak lama juga saya kena dukung dia dan masa tu memang tak pakai bengkung tu. Akibatnya kat bahagian atas tempat luka tu bengkak..terus menyesal tak pakai bengkung dan kami ambil pengajaran yang saya tak boleh dukung zahrah lama sangat.

Lepas je peristiwa tu, saya tak fikir panjang terus order bengkung moden..haha. Walaupun mahal tapi tak apalah bukan nak guna sekarang je tapi boleh guna sampai bila-bila..walaupun abang bising juga sebab mahal tapi yang penting kualiti dan fit, hehe. Sambil-sambil tu boleh kempiskan perut juga...lalala.


Siap dapat sepit rambut lagi..free gift untuk zahrah :-)

Kalau nak order boleh whatsapp puan sara : 014-8371485..

Selamat bergerak aktif selepas czer dan selamat menjadi langsing juga..lalala :-)

Wednesday, April 22, 2015

SELFIE IBU & ANAK :-)

Bismillahirrahmanirrahim...

Entri ini dibuat dek kerana rasa geram yang amat pada zahrah..lalala :-)


Saya: zahrah pandang kamera ye sayang..
Zahrah: ok ummi..zahrah pandang lah ni (sambil lewa)


Saya: zahrah..pandang kamera tu.
Zahrah: ala ummi..tadi kan zahrah dah pandang..


Saya: zahrah..(teruskan dengan bebelan manja)
Zahrah: (saya tengah marah ni..ummi asyik suruh pandang kamera je)


Zahrah: zahrah dah pandang ni ummi..ok tak? (Muka terpaksa)
Saya: yeah..macam tu lah anak ummi :-) (sambil cium bertubi-tubi)

Nak dapatkan sekeping gambar pun kena posing banyak kali..haha. Geram sangat kat budak bambam tu :-)

Monday, April 13, 2015

TEMUJANJI FISIOTERAPI

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya tak pasti samada setiap orang yang bersalin secara LSCS tu memang kena jalani fisioterapi ke tak, tapi saya memang jalaninya..masa dekat wad lagi saya digalakkan buat senaman kegel lepas je sehari bersalin. Lepas tu pula diberi temujanji seterusnya selepas 6minggu bersalin..

Awal bulan hari tu saya pun pergilah temujanji tu dengan ditemani abang..tak sangka pula saya kena buat beberapa jenis senaman untuk memulihkan semula otot-otot yang terlibat masa mengandung dan pembedahan hari tu.

Antara senaman yang diajar dalam sesi fisioterapi tu..


Ni senaman kegel..sebelum keluar dari hospital dah kena suruh buat dan amalkan :-)




Senaman-senaman kat atas bukan sahaja diajar masa saya hadiri temujanji tu, tapi juga saya kena amalkan setiap hari..kata je tiap hari tapi entah berapi kali dah skip, haha.

Ingatkan temujanji hari tu berakhir di situ, rupanya dapat temujanji baru lagi bulan mei nanti, sebelum habis bercuti. Entah senaman apa pula yang akan diajar..mujur temujanji tu sekejap saja, hanya setengah jam..

Oklah..nak buat senaman dulu, dah berapa kali dah skip..tadaa :-)



Sunday, April 12, 2015

MITOS TENTANG BABY

Bismillahirrahmanirrahim...

Selama ni saya tak pernah tau yang baby pun ada mitos-mitos..tapi setelah bergelar ibu, satu demi satu mitos saya ketahui sampai boleh buatkan saya gelak guling-guling..haha (ok tipu je).

Segala mitos itu saya senaraikan seperti di bawah:

1. Najis baby berwarna hijau - kena pantang makan semua jenis sayuran hijau..seolah-olah menjadi kesalahan besar bila najis baby hijau.

2. Rambut baby gugur - syampu yang dipakai tak sesuai dengan baby..padahal memang sesetengah baby mengalami rambut gugur.

3. Baby kerap nangis - kena bawa pergi berubat, pasti kena penyakit tradisional. Padahal tak semestinya pun..cuba cek semula cara kita handle baby tu macam mana.

4. Baby tak puas menyusu - kena bagi makan dah ni..bubur, nestum atau sebagainya. Baby mula makan umur 6bulan tau.. kena usaha perbanyakkan air susu supaya  baby puas menyusu.

5. Tidur baby tidak lena - tidurkan dalam buaian lah..baby tak tau macam mana rasanya tidur dalam buai kalau kita tak  letak dia dalam tu. Habis tu macam mana tau baby nak buai?? Erm..

Itu antara mitos-mitos yang saya dengar semenjak ada baby ni..rasa macam ada lagi tapi tak ingat dah sebab lama sangat perap entri dalam minda, hehe. InsyaAllah kalau ada mitos terkini saya akan update lagi :-)

Rasulullah saw bersabda : " setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, ibu bapalah yang bertanggungjawab sama ada menjadikannya yahudi, majusi atau nasrani ".
( Riwayat Muslim)

Monday, April 6, 2015

DRIVE BERSAMA ZAHRAH :-)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alkisahnya masa balik dari kk semalam abang bawa balik kereta abang ipar sebab kak ipar tak larat nak hantar abang balik..dah lewat malam masa tu. Maka petang tadi terpaksalah kami pandu kereta asing-asing sebab nak hantar kereta abang ipar tu dan balik nanti satu kereta je..

Kebetulan pula mak tak ada sebab ke rumah jiran yang nak buat kenduri..maka kami pun bawa zahrah jalan sekali. Buat pertama kalinya saya memandu bersama zahrah..syukur sangat zahrah bagi kerjasama yang sangat baik, dia tidur je dengan lenanya dalam car seat tu..alhamdulillah. Tapi memang tak berani bawa laju sebab tak nak bahayakan zahrah. Alhamdulillah kami selamat sampai di rumah mertua..yeah!


Sekian entri ringkas dari ummi zahrah..tadaa :-)

Wednesday, April 1, 2015

SAYA SOKONG PENYUSUAN SUSU IBU!

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah hari ni dah 48 hari umur zahrah...dan saya masih menyusukannya secara ekslusif. Berjaya pertahankan zahrah dari diberi makan makanan selain susu ibu..yeah, tepuk tangan untuk diri sendiri..haha.

Sebagai usaha menyokong penyusuan sepenuhnya, saya pun belilah beberapa kelengkapan penyusuan yang sebenarnya agak penting juga lebih-lebih lagi bagi ibu bekerjaya.

Antara yang penting kena ada tu ialah pam. Alhamdulillah saya beli pam masa tengah sale, lebih kurang hampir separuh harga juga dapat. Pam yang saya guna jenama pigeon dan pam elektrik tapi boleh guna bateri juga :-) serius sangat mudah bila ada pam, membantu kita nak stok susu banyak-banyak dalam fridge. Senang juga saya nak keluar sebab stok susu untuk zahrah sentiasa ada..yeah!

Kalau ada susu perahan, warmer pun kena ada juga tau. Tak ada pun takpe sebenarnya tapi bayangkan kalau baby dah nangis-nangis minta susu dan masa tu juga baru nak rendam susu beku dalan fridge tadi dalam air panas, memang lambat jadinya. Bukan mudah nak cairkan susu beku tu..saya dah cuba dan hasilnya kena tukar air panas rendaman tu sampai 2 kali..pheww. Jadi bila ada warmer mudah dan cepat sebab kita dah tau suhu yang sesuai untuk panaskan susu, nanti tak adalah susu rosak sebab rendam dalam air yang over panas kan..hehe. Masuk je botol susu dalam warmer dan selaraskan suhu, lepas tu dah boleh bagi baby minum :-)

Untuk warmer, saya beli jenama little bean..boleh panaskan sekali bubur baby dalam tu. Alhamdulillah dapat yang murah juga..rm59 je. Saya beli kat parkson..lalala.

Seterusnya pula ialah cooler bag..saya beli cooler bag ni untuk angkut stok susu zahrah dari rumah mak atau mentua sebab kami tinggal di kedua-dua tempat dan saya kena pastikan dua-dua tempat ada stok susu yang cukup untuk zahrah, mudah bila kami kena keluar tinggalkan zahrah. Tak adalah masa tu nak keluar dan masa tu juga kelam kabut nak pam susu..

Untuk cooler bag saya beli jenama jingle jungle..untuk bag ni, dia sertakan sekali 3 pek ais dan 6 botol susu 5oz untuk stok susu..suka sangat masa tengok bag ni sebab ada pelbagai warna dan saiz, cantik sangat tau. Saya beli ni dekat happy mums plaza kingfisher..banyak pilihan kat sana :-)
Harga pun sangat berpatutan untuk semua item yang dia dah bagi tu..rm56 je. 


Semoga niat dan usaha saya untuk bf zahrah sepenuhnya akan tercapai dan dipermudahkan..dan semoga murah rezeki zahrah dapat menyusu dengan ummi sepenuhnya..amin!


Geram betul dengan budak pipi gemok ni..haha.