Tuesday, September 30, 2014

KERETAKU JADI SASARAN KAKI JUDI!

Bismillahirrahmanirrahim...

Kejadian ni berlaku masa hari sabtu yang lalu..masa walimah sepupu kat kampung saya. Malam tu saya dan abang ke rumah pengantin lepas isyak lebih kurang, tengok-tengok dah penuh parking kat sepanjang tepi jalan tu. Alhamdulillah ada rezeki kami bila dekat dengan simpang rumah tu ada 1 ruang kosong dan muat untuk parking. Laju-laju abang parking je kat situ.

Mula tu rasa dah ok dah abang parking kat tepi jalan..lepas tu abang ketepikan lagi, katanya takut digesel kereta lain. Kami kan dah ada pengalaman gores dan lari macam tu je..jadi tak nak lah pisang berbuah 2 kali, haha. Lepas dah parking tu, saya dah nampak kereta tu macam senget je tapi abang kata ok je..tak akan jatuh punya. Dah abang cakap macam tu, kira senang hatilah kan.

Lebih kurang jam 9 lebih macam tu, saya pun ajak lah abang balik..saya tunggu je kat simpang, abang sorang je pergi ambil kereta. Elok abang dah start enjin dan nak jalan, tiba-tiba kereta tu tergelincir masuk ke dalam parit tepi jalan tu. Saya terkejut dan takut jadinya..tayar kereta dua-dua dah masuk dalam parit tu. Abang try guna gear four wheel pun dah tak boleh.

Nasib baik ada budak-budak muda tak jauh dari situ..diorang lah yang tolong panggil orang lain ramai-ramai kat tempat walimah tu. Sekejap je tempat parking kami jadi tumpuan ramai orang..semua orang lari meninggalkan majlis semata-mata nak tengok kejadian yang berlaku tu, prihatinkan..haha.

Adalah dekat sejam macam tu, akhirnya kereta kami dapat ditarik keluar menggunakan lori 3 tan..fuhh, syukur yang amat sangat yang Allah. Cuma ada yang tak bestnya di sebalik kejadian yang berlaku tu.

Tak dinafikan semua orang prihatin dan datang beramai-ramai tolong kami malam tu..tapi boleh dikatakan 50% darinya datang dengan niat nak tengok nombor kereta kami semata-mata. Kiri kanan depan belakang yang lalu lalang dekat saya semua duk ulang-ulang nombor kereta tu..konon esok pagi nak beli nombor ekor guna nombor flat kami tu..sakit hati pun ada rasanya saat tu. Ada yang siap ambil gambar lagi supaya tak lupa nombor kereta tu..adakah patut??



Saya hanya diam memandang si penghafal nombor dan penangkap gambar sekalian tu dengan pandangan sakit hati dan benci kot malam tu..orang dah dalam kesusahan saat tu, diorang pula ambil kesempatan. Sibuk dengan kepercayaan karut dan syirik masing-masing.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Maidah ayat 90 yang bermaksud:
Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Judi tu hukumnya haram..apatah lagi tilik nombor, itu juga termasuk dalam golongan judi. Kepercayaan bahawa nombor flat kereta yang terlibat dalam kemalangan tu boleh membawa kemenangan dalam berjudi adalah syirik dan khurafat..Semoga kita semua mengambil pengajaran dari kisah saya yang sedikit beremosi di atas itu ye..hehe.

Renung-renungkanlah.. :)

Monday, September 29, 2014

GIVEAWAY: JUBAH DRESS CANTIK BY ARIESCAPE SHOPPE

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah sempat lagilah hendaknya sertai giveaway ni di penghujung waktu..hehe. Tinggal beberapa jam lagi sebelum giveaway ni tamat..fuhh, harap sempat. Tanpa buang masa yang tak seberapa nak ada ni, dengan lajunya juga saya terus jawab je sejujurnya kenapa saya rasa saya layak menang dress dari ariescape shoppe..hehe.

Jawapannya ialah:

Sebab saya memang peminat dress, jubah dan yang sewaktu dengannya..kalau boleh nak pakai dress atau jubah je hari-hari pergi sekolah :) Sebelum ni saya akan pakai dress atau jubah setiap hari jumaat dan bila ada majlis-majlis tertentu..dahlah dress dengan jubah tak banyak, tak dapat nak pakai selalu. Sekarang ni bila tengah mengandung, lagilah rasa yang dress serta jubah ni sangat-sangat diperlukan untuk kegunaan seharian. Bukan untuk kegunaan mingguan lagi tau seperti sebelum ni tapi harian..nampak tak betapa pentingnya dress dan jubah di situ. Sekarang ni pun memang tengah usaha lagi menambah koleksi dress dan jubah yang ada tapi maklumlah ibu mengandung yang sorang ni, bukan sembarang dress dan jubah boleh sarung.. wawawa.

Maka bila saya dah menang dress dari Ariescape Shoppe nanti, bolehlah saya ulang beli pula sehingga baby dah lahir..mana tau boleh jadi butik favourite kan..lalala. Sebabnya memang sangat-sangat perlu dress, jubah dan busana muslimah semua ni untuk kegunaan harian ke tempat kerja hari-hari. Sambil-sambil tu bolehlah saya tolong promosikan dekat rakan-rakan guru sekalian alam nanti.. hehe.

Saya paling minat design dress yang macam ni..ringkas tapi menarik, Dah lama saya idam-idamkan..kalaulah dapat sehelai, fuhh, syukur yang amat sangat..biiznillah:)

Design ni macam sangat friendly untuk bf mom kan?? saya suka sangat!

Akhir kalam..siapa nak join masih sempat lagi. Klik je dekat banner atas ye :) tadaaa..

Friday, September 26, 2014

RAIH KEBAHAGIAAN DUNIA AKHIRAT DENGAN AMAL SOLEH

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah Jumaat penghulu segala hari tiba lagi..yeah! Hari ni saya bawakan lagi khas buat semua khutbah jumaat dari tempat saya yang disediakan oleh JHEAINS. Jika ada ilmu dan pengetahuan lebih, kena sampaikan pada orang lain..lebih lagi jika ada kesempatan nak baca atau dengar khutbah, mesti kongsi dengan orang yang tak punya kesempatan camtu..

Khutbah hari ni berkaitan dengan bulan Zulhijah, tajuknya yang kat atas tu lah..bulan ni merupakan bulan yang besar fadilat dan maknanya bagi seluruh umat Islam, sebabnya pada bulan ni Allah anugerahkan masa-masa yang dibesarkan dan dimuliakan iaitu sepuluh hari terawal bulan zulhijah, Hari Arafah, Aidiladha dan Hari Tasyriq.

Kita teruskan huraiannya dalam isi khutbah ye.. :)

********
Menyentuh keistimewaan sepuluh hari terawal bulan Zulhijah, Ibnu Abbas ada menceritakan bahawa
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu hari pun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah.

Sahabat bertanya, "Adakah itu termasuk juga berjihad pada jalan Allah?".
Jawab Baginda, "Tidak termasuk berjihad pada jalan Allah melainkan orang yang keluar dengan seluruh jiwa raganya dan tidak membawa pulang apa-apa pun". (HR Bukhari).

Dalam Hadith lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu hari pun dalam setahun yang amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah.
Oleh itu, hendaklah kamu memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid". (HR Ahmad).

Sabda Rasulullah SAW ini menunjukkan betapa umat Islam digalakkan supaya berlumba-lumba melakukan amal-amal soleh pada 10 hari terawal bulan Zulhijah. Meskipun barangkali tidak mampu untuk berjihad, namun ia bukanlah halangan untuk melakukan ibadah yang lain seperti puasa, solat sunat, zikir, tahlil, takbir dan tahmid. Sebab, amal yang sedikit dan mudah itu juga besar nilainya di sisi Allah SWT dan diterima-Nya jika dilaksanakan dengan niat yang ikhlas, baik dan sempurna.

Sesungguhnya ada satu hari yang dinilai sebagai hari istimewa di sisi Allah SWT dalam 10 hari pertama bulan Zulhijah ini. Hari yang dimaksudkan itu ialah hari ke-9 Zulhijah yang dikenali sebagai Hari Arafah. Hari Arafah adalah saat dan ketika mana para jemaah haji sedang berhimpun berwukuf di Padang Arafah bagi menyempurnakan satu daripada rukun fardu haji.

Dan keistimewaan serta fadilat Hari Arafah tidak hanya dinikmati dan dirasakan oleh para jemaah haji yang berada di Tanah Suci, malahan fadilatnya turut dapat dinikmati umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji. Ia boleh diraih dengan berpuasa sunat pada Hari Arafah yang ganjarannya adalah keampunan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. Ganjaran ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang bermaksud: "Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya". (HR Muslim).

Oleh hal yang demikian, jangan lepaskan peluang serta kesempatan bersua
dengan 9 Zulhijah dengan meraikannya dengan puasa sunat. Maka puasa yang dikerjakan itu dengan
bermuhasabah diri menilai kekurangan, kelemahan, menginsafi dosa yang telah dilakukan, seterusnya
memohon keampunan dari Allah SWT. Pasti akan meraih kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Memasuki bulan Zulhijah juga bererti kita sudah berada di ambang penghujung tahun Hijrah. Ia secara tidak langsung mengisyaratkan bahawa hampir genap setahun Allah SWT menambah umur kita. Dan sesungguhnya ini merupakan sebahagian daripada ketentuan dan takdir Allah SWT yang seharusnya menginsafkan kita terhadap hakikat bahawa usia kita semakin meningkat dan kian menghampiri noktah kehidupan di dunia ini.

Justeru, baki hayat yang masih tersisa ini seharusnya dimanfaatkan oleh setiap Muslim untuk
bermuhasabah diri sebelum dihisab pada hari akhirat. Untuk ini, umat Islam mestilah bijak merebut segala kesempatan yang ada sebelum datang kesempitan waktu bagi melipat ganda amal sebagai pelaburan mencapai kejayaan hakiki di dunia dan memperolehi kebahagiaan abadi di akhirat. Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sempit dan masa senang sebelum susah.” (HR Al-Hakim dan Al-Baihaqi).

Sebagai analoginya, masa muda dan lapang adalah saat tubuh badan masih kuat dan fikiran masih cerdas. Maka ia adalah peluang serta kesempatan yang terbaik untuk melaksanakan ibadah dan menuntut ilmu bagi mencapai kejayaan di dunia dan mencapai kebahagiaan di akhirat. Tetapi apabila sudah tua, lazimnya pergerakan semakin perlahan dan keupayaan minda untuk mencerap ilmu pun semakin lemah. Dengan kata lain, masa muda, keadaan sihat, kelapangan dan kekayaan bukanlah digunakan untuk berseronok atau hanya berhibur seperti mana yang banyak berlaku hari ini. Sebaliknya, kesihatan, masa muda, kelapangan dan kekayaan hendaklah dimanfaatkan sebaik mungkin untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT serta berjihad pada jalan yang diredai-Nya agar beroleh keampunan dan balasan syurga. Hal ini sejajar dengan apa yang disarankan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:

Yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab siksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu), Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga 'adn. Itulah kemenangan yang besar.” (S. As-Saff: 10-12).

Berdasarkan kepada firman Allah SWT ini, kita beroleh pengajaran bahawa dunia ini adalah umpama
kebun tempat kita bercucuk tanam yang baik buruk hasilnya akan kita tuai di akhirat kelak. Dan pastinya, laba atau keuntungan yang bakal diperolehi di hari pembalasan nanti banyak bergantung kepada tahap keimanan kita, amal ibadah kita, budaya kerja kita, fokus serta kesungguhan kita dalam melaksanakan segala tuntutan agama. Maka, biarlah bersakit-sakit dahulu melaksanakan titah perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya sewaktu hidup di dunia ini kerana berkat keikhlasan, kesungguhan dan kesabaran kita dalam mengharungi segala cabaran berkenaan bakal diganjari dengan kesenangan dan kemenangan di hari kemudian.

Menurut sebuah riwayat, malaikat maut telah datang bertemu Nabi Yaakub AS.
 Maka Nabi Yaakub AS bertanya: Wahai malaikat maut apakah kamu datang kepadaku kerana ingin mencabut nyawa ataumenziarahiku?
Jawab malaikat maut: Untuk menziarahimu sahaja.
Lantas Nabi Yaakub AS berkata: Aku ada satu permintaan darimu.
Tanya malaikat maut: Apa permintaanmu?
Jawab Nabi Yaakub AS: Jika kamu datang untuk mencabut nyawaku maka hantarkanlah dahulu utusan untuk memaklumkanku terlebih dahulu.
Kata malaikat maut: Ya!.
Kemudian malaikat maut pun berlalu pergi.

Setelah beberapa tahun kemudian, malaikat maut datang kembali kepada Nabi Yaakub AS. Lalu Nabi Yaakub AS bertanya: Kamu datang untuk menziarahi atau mencabut nyawaku?
Jawab malaikat maut: Aku datang untuk mencabut nyawamu.
Maka berkata Nabi Yaakub AS: Bukankah aku telah katakan jika kamu ingin mencabut nyawaku hantarkan dahulu seorang utusan supaya dapat aku bersedia menambah ketaatan dan amal kebaikan. Jawab malaikat maut: Aku telah lakukannya.
Kata Nabi Yaakub AS: Tiadapun utusan yang sampai kepadaku.
Jawab malaikat maut: Sesungguhnya aku telah mengutuskan dua utusan iaitu uban di kepalamu dan
belakangmu yang bongkok). 

Dari petikan dialog Nabi Yaakub AS dengan malaikat maut tersebut, dapat kita ambil pengajaran bahawa uban atau rambut yang banyak di kepala dan keadaan badan yang bongkok adalah antara tanda-tanda hampirnya ajal seseorang. Walaupun pada hakikatnya ajal tidak mengenal usia dan keadaan fizikal seseorang, namun hendaklah kita semua beringat bahawa apabila rambut sudah mulai beruban dan banyak yang gugur, kulit semakin berkedut, mata mulai kabur dan belakang mulai membongkok, bersegeralah insaf bahawa diri sudah tua dan hanya menunggu giliran untuk dijemput malaikat maut.

Jadi, jangan lengah-lengahkan bertaubat memohon keampunan kepada Allah SWT dengan menyesali
segala dosa yang dilakukan dan berusaha sedaya upaya tidak mengulangi segala kesalahan mahupun
kesilapan yang lalu. Iringilah taubat dengan menghiasi dan menyerikan kehidupan di dunia ini yang masih tersisa dengan amal-amal soleh agar menjadi sebaik-baik makhluk. Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh akan masuk syurga sebagaimana dijanjikan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:

Yang bermaksud: “Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh dari lelaki atau perempuan, sedang dia
beriman, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurang
balasannya) sedikitpun.” (S. An-Nisaa': 124).

********
Semoga kita mendapat manfaat dan ilmu yang berguna sebagai panduan melalui isi khutbah itu tadi :) Semoga Allah beri saya lagi ruang dan kesempatan untuk terus berkongsi ilmu sebegini pada masa akan datang..insyaAllah :)

p/s: Hari ni hari Jumaat..jangan abaikan perkara-perkara sunat dilakukan pada hari ni ye.. tadaaa.

Thursday, September 25, 2014

JOM JOIN :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Entri kali ni saja untuk suka-suka join giveaway contest..cara nak join sangat mudah dan tak banyak sangat syarat (tu yang paling penting). Kalau nak join, klik je dekat banner ye :) Ramai-ramailah kita meriahkan giveaway ni..yeah :)


Untuk itu, saya akan tag:
- Suel
- Aima
- Fiza

Tadaaa...

Wednesday, September 24, 2014

MACAM DAH RASA PERGERAKAN BABY :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Tak tau betul ke tak perasaan ni..dah banyak kali rasa tapi dalam hati kata, 'camni ke rasa baby tendang??' Memandangkan ni pengalaman pertama, saya cuma buat kesimpulan ikut naluri keibuan je (cewah!)..mula-mula sekali rasa dalam seminggu lebih yang lalu kot, masa dah masuk kandungan 4 bulan. Duduk santai-santai tetiba macam eh, apa benda tadi tu..rasa dia sekejap je tapi tetap boleh buat kita tersedar. Lepas tu saya abaikan je tapi adakala jadi lagi rasa macam tu..tak sakit cuma macam sentuhan dari kulit dalam perut..

Pada masa yang sama juga sekarang ni saya dah mula banyakkan bacaan tentang kandungan, baby dan sebagainya yang berkaitan..sampailah bila saya terbaca dekat website pa&ma, ada kalkulator tarikh bersalin kat situ. Walaupun dah tau tarikh jangkaan bersalin tu bila, saya try jugalah guna kalkulator tu. Kat situ lengkap dia bagitau tarikh mula-mula persenyawaan, tarikh bersalin, tarikh bagi setiap minggu kandungan dan juga tarikh pergerakan pertama baby tu..bila cek, rupanya pergerakan pertama baby saya dah berlalu. Automatik terlintas di fikiran rasa yang mula-mula saya syak baby tendang tu..haha. Agaknya pergerakan je kot, belum lagi tendang-tendang sebab tak boleh rasa lagi kalau letak tangan kat perut, rasa macam sentuh-sentuh secara halus je.

*culik dari google

Lepas tu juga saya teringat masa bersembang dengan biras..waktu kandungan saya dalam 2 bulan kot dan dia pula mengandung 4 bulan..dia ada bagitau yang dia dah boleh rasa baby tendang-tendang dalam perut. Cuma masa tu saya macam tak percaya..yelah, dengar macam kecik je lagi kan 4 bulan tu..haha. Tapi saya terpaksa percaya juga masa tu sebab dia dah masuk kandungan kedua, mestilah lebih pengalaman kan..

Minggu depan masa pergi cek kat klinik kiranya nak terus tanya dekat nurse, betul ke rasa yang saya alami tu pergerakan baby..semalam ada juga cerita kat abang tapi abang pun macam tak percaya je. Takpe..kita tengok nanti siapa yang betul..haha. Tapi kalau betullah rasa ni, waa..mula terasa indahnya mengandung..syukur sangat-sangat atas anugerah tidak terhingga ini :)

Monday, September 22, 2014

KENAPA PERLU BACA BLOG PARENTING

Bismillahirrahmanirrahim...

Dulu masa zaman bujang adalah saya baca juga blog parenting bagai ni tapi masa tu macam tak kisah sangat..tapi sekarang bila dah bergelar zaujah dan lebih-lebih lagi bakal bergelar ibu, rasa penting sangat blog parenting ni..macam-macam info kita boleh dapat dan kadang tu rasa macam 'aih, baru pula tau tentang perkara ni..' nampak tak kepentingannya kat situ..hehe.

Tambah pula, tak semua orang suka nak bertanya tentang kemusykilan bab-bab parenting ni..ada yang segan, tak tau nak tanya dengan siapa..(saya lah tu orangnya) maka masa tu kita akan nampak blog-blog parenting ni sebagai jalan penyelesaian terbaik..mudah kan, kan..kan :)

Kadang tu pula kita dah terbiasa dengan amalan parenting turun temurun sejak dari kecil..kita tengok dari mak ayah atau saudara mara lain..tapi bila kita baca, rupanya ada yang tak betul atau tak kena dengan amalan-amalan tu..kita lah yang patut mengubahnya kan ke arah yang lebih baik atau lebih betul..bukankah dah untung di situ, cewah!

Dalam blog parenting juga kita boleh adakan perkongsian maklumat atau soal jawab tentang apa juga kemusykilan yang terlintas..boleh terus tanya kat owner blog atau berbalas-balas komen ke kat ruang komen blog parenting tu. Setakat ni saya tak pernah lagilah nak soal-soal jawab tapi saya suka juga baca komen-komen kat setiap entri..boleh dapat maklumat juga dari perkongsian blogger lain..

Sebab tu lah bagi saya sendiri sangat-sangat perlu untuk kita baca blog parenting ni..dan antara 3 blog parenting yang saya suka baca ialah:






 photo Banner-Segmen-Melastik-Bintang.png

Entri hari ni adalah penyertaan untuk segmen blog melastik bintang.. segmen yang mudah, ringkas dan bermakna :) nak join klik je url melastik bintang kat atas atau pada banner ye :)

Sunday, September 21, 2014

SANTAI MUSIM CUTI :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Musim cuti sudah tiba tapi kali ni tak ada plan nak pergi mana-mana..kebetulan pula ada event yang sedang berlangsung kat kampung sebelah lalu abang pun ajak lah pergi sana..kebetulan masa hari kami pergi tu hari kemuncak event tu dan konon-konon kami excited nak tengok lumba bot..haha. Sekali kami sampai orang duk sibuk dengan pertandingan memancing udang galah lagilah..







Penuh tepi-tepi sungai dengan orang memancing udang galah




Masa ni tengah cari baju budak kecik yang tergolek dalam lumpur..haha


Kat tengah tu lah budaknya..masa ni dah dapat baju baru, terus dipakainya..haha


Sekali lagi budak itu mengganggu sesi fotografi kami..haha


Sebelum balik haruslah bergambar dulu :)




Akhirnya kami beredar pulang juga kerana acara yang kami tunggu-tunggu tidak juga muncul tiba..kecewa juga tapi nak buat macam mana, tak larat dah nak tunggu di bawah terik mentari yang agak panas..ada rezeki lain masa boleh tengok juga kan..hehe.


Tuesday, September 16, 2014

AL-KISAH SI FUMURATE

Bismillahirrahmanirrahim...

Entri sebelum ni saya ada sebutkan yang saya tak boleh nak telan ubat fumurate masa awal mengandung hari tu..sebabnya bila telan je ubat tu, macam tersangkut je dekat tekak..bila dah tersangkut, mula lah rasa mual dan loya secara automatik..akibatnya semua isi perut terkeluar aka muntah..wawawa. Tambah pula bau ubat tu memang sedikit busuk..haha. Tak adalah busuk mana, saya je yang rasa baunya busuk..

Ni lah ubat busuk tu..haha.

Mulanya selamba je lah saya tinggal ubat tu..tak rasa bersalah langsung tak makan. Dari bulan puasa sampai ke lepas raya saya tak makan langsung dah. Lepas tu masa pergi cek klinik, saya bawalah kotak ubat fumurate yang masih penuh tu dengan harapan nurse boleh bagi ubat lain yang sama fungsi dengan fumurate tu..tapi nurse kata tak ada ubat lain yang boleh ganti kecuali kalau saya pergi beli kat klinik swasta atau farmasi..

Mulanya memang nak pergi cari ubat lain tapi nurse cakap ubat yang lain tu pun saiznya besar juga..takut sama juga sangkut kat tekak saya nanti..wawawa. Terus cancel hajat nak cari ubat tu.. lepas tu nurse bagilah beberapa tips supaya saya dapat telan ubat fumurate tu..antaranya:

  • Makan ubat bersama buah pisang..saya tak pernah cuba dan tak tau macam mana nak cuba..haha. Tapi kalau dah terdesak sangat cuba lah ya:)
  • Makan ubat bersama ambuyat..haha. Ni agak lawak sikit sebabnya takkanlah saya nak makan ambuyat tiap hari setiap kali nak makan ubat..nak kena buat lagi makanan tu nurse oi..
  • Hancurkan ubat tu macam bagi kat budak-budak selalu tu..hm,yang ni macam ok sikit kan??
Rasanya macam tu je kot yang nurse tu cakap..tak pasti pula kalau ada lagi sebab nurse cakap sikit, huraiannya yang panjang lebar.. haha. Lagi 1, kalau memang dah tak boleh sangat-sangat juga telan ubat ni, nurse syorkan makan seikat bayam merah setiap hari atau makan hati ayam..banyak-banyak. Garu kepala saya mendengar..tak ke banyak makan seikat bayam sorang-sorang tu?? dan pula saya memang tak makan hati ayam..wawawa.

Lepas tu nurse siap takutkan lagi..katanya kalau tak makan ubat tu, nanti bila kandungan dah makin besar, darah akan semakin kurang. Kesannya pada baby nanti..ada yang lahir kurang berat badan, cacat, tak cukup sifat..waa, mestilah tak nak kan baby jadi macam tu hanya kerana kecuaian kita tak makan iron tablets tu.

Balik rumah terus cerita kat abang semua dapatan masa kat klinik..malam tu nekad saya makan juga fumurate tu, apa nak jadi pun jadilah. Alhamdulillah berjaya juga makan ubat tu..agaknya masa hari tu tak boleh makan sebab awal trimester kan, masih dalam tempoh alahan-alahan kata orang, haha.

Sejak hari tu sampai sekarang saya dah tak tinggal makan ubat-ubatan yang dibekalkan klinik..insyaAllah akan saya jaga anugerah tidak ternilai ini dengan sebaiknya:) 

Monday, September 15, 2014

LAGI SIAPA TAK PERNAH MAIN??

Bismillahirrahmanirrahim...

Seperti biasa setiap hujung minggu ada saja aktiviti kekeluargaan kami..minggu ni kami bermain satu lagi permainan yang sesiapa tak pernah main amatlah rugi. Juga permainan yang menguji minda..yang tak uji minda tak payah main, haha.

Tadaa.. permainan sahibba

Kami main dalam bahasa melayu je.,mula nak main dalam bahasa bisaya tapi saya dan sepupu abang si fina tak berapa mahir..haha. Main 3 orang je tapi fina tak aci sebab dia tak pernah main dan tak pandai main maka dia ada pembantu..lagi kami dua pemain, main sendiri-sendiri je..wawawa.

Last sekali yang tak pandai dan tak pernah main tu lah yang menang..sangat tak adil, haha. Tapi tak mengapa sebab saya bukan yang terakhir, dapat nombor 2..yeah!

Siapa tak pernah main dia rugi.. hehe.

WALIMATUL'URUS SEPUPU

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah pada hari sabtu baru-baru ni seorang lagi sepupu telah melangsungkan perkahwinan..yeah! Silalah menangis meraung-raung para syaitan yang direjam sekalian..hoho. Saya tumpang gembira sekali melihat kebahagiaan yang baru dicipta, semoga rumahtangga mereka kekal bahagia hingga akhir hayat..amin ya rabb!

Rombongan kami pihak lelaki


Pelamin yang ceria:)

Pasangan 2 sejoli itu


Haruslah bergambar dengan pengantin juga..hehe


Ingatkan nak bergambar atas pelamin tapi abang tak mahu..wawawa


Sebelum balik sempat lagi gambar dengan banting ni..lalala

Majlis ni sebenarnya kat sebelah perempuan je..insyaAllah di sebelah pihak lelaki pada 27 september nanti. Berkampung lagilah kami seluruh keluarga nampaknya..hehe. Segalanya sudah pun selesai..buat pengantin, ini doa buat kamu:)


 Amin ya Rabbal alamin..




TERCAPAI SELERA DIIDAM..

Bismillahirrahmanirrahim...

Sekian lama tak makan makanan ni..seingat saya last sekali makan masa sebelum kahwin dulu, haha. Akhirnya baru-baru ni abang tanya nak makan apa..dengan lajunya saya jawab macam nak makan makanan yang dah lama tak dimakan, haha. Terhairan abang dengar tapi laju-laju juga cakap lokasi tempat makan tu kat restoran Little Town kat beaufort ni..maaflah gambar kedai tak ambil pun, haha.

Tercapai juga akhirnya selera yang mengidamkan menu baked cheese fish..sedap woo, rasa lembut sangat dan ikannya tu seolah-olah disalut dengan telur. Fuh..nikmat mana lagi yang perlu didustai bila dapat memakannya:)

Menunya yang kat bawah sekali tu ye..


Nyam-nyam..


Pura-pura tak pandang menu utama..konon-konon hirup mushroom soup lah sangat, haha.

Alhamdulillah..tercapai sudah selera di hati. Harap-harap tak berhajat ke makanan-makanan yang payah nak jumpa lah hendaknya:)


1st TRIMESTER SUDAH BERLALU :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah trimester pertama yang penuh dugaan sudah pun berlalu..yeah! Minggu ni kandungan dah masuk 4 bulan..syukur ya Rabb. Saja je tunggu trimester pertama tu berlalu baru nak cerita balik semua pengalaman sepanjang 3 bulan yang panjang tu.. haha. Syukur sangat dah lepas saat-saat tu:)

Sepanjang mengandung ni memang saya tak ada apa-apa alahan pada makanan..kiranya semua boleh masuk je macam masa tak mengandung sebelum ni..syukur sangat. Tapi yang sangat mencabar ialah pada bulan kedua..masa tu bulan puasa, badan sangat-sangat lemah longlai..aduhailah. Ingatkan boleh puasa penuh bila mengandung, tengok-tengok terbocor juga lah 6hari masa puasa tu atas sebab-sebab yang tak dapat nak elak..insyaAllah wajib diganti dan dibayar fidyahnya nanti.

Antara perubahan-perubahan yang saya alami sepanjang trimester 1 hari tu:-

Selera makan tinggi..haha. Tak dinafikan masa awal-awal tu sikit-sikit rasa lapar lepas tu makan apa-apa je mesti nak lebih sikit padahal saya bukan jenis yang makan banyak pun realitinya..haha. Sebab tu kot badan cepat naik masa awal mengandung hari tu:) Sebab tu juga bulan puasa hari tu saya lalui dengan penuh mencabar sebab tak tahan berlapar..wawawa. Balik dari sekolah je mesti sakit perut kelaparan..

Alah pada ubat fumurate. Sesiapa yang pernah mengandung memang tau lah ubat tu memang kena suruh makan untuk tambah darah atau supaya darah dalam badan tak kurang. Pesakit anemia pun ambil ubat ni juga. Masa bulan puasa tu, saya makan ubat ni bersama vitamin-vitamin lain masa lepas sahur. Mula-mula makan ubat ni ok je tapi bila dah lama-lama saya tak boleh dah nak makan sebabnya automatik akan rasa mual dan loya lepas tu semua yang saya makan masa sahur tu terkeluar balik (muntah). Fuhh..cukup muntah 3hari berturut-turut saya dah tak mahu makan ubat tu lagi..tinggal macam tu je, haha.

Malas. Tak tahu nak cakap mcam mana rasa malas yang membelenggu diri masa awal-awal tu.. semua malas nak buat macam masak, mengemas, buat kerja-kerja sekolah, seterika baju, lipat kain..nak dijadikan cerita, kain baju hampir sebulan tak berlipat.. haha. Bab seterika baju tu pula sampai abang ambil keputusan nak beli seterika macam kat butik-butik pakaian yang guna wap tu je..cepat dan mudah sikit nak gosok kata abang, Kerja sekolah pula bertimbun kot tak buat masa tu terutama RPH dan segala minit serta laporan.. haha. Tengok je lah blog ni, entri bulan Julai langsung tak ada..masa tu lah bulan paling malas..haha.

Kuat tidur. Bab yang ni memang saya tak dapat nak kawal..kat sekolah saya tidur, balik dari sekolah pun tidur, malam pun tidur awal.. haha. Memanjang je tidur..rasa macam sentiasa tak cukup rehat dan badan sangat-sangat tak larat nak buat kerja.

Penat. Penat je memanjang..jalan sikit penat, buat kerja sikit penat..semua penat. Tu lah antara sebabnya penyakit kuat tidur tu bermaharajalela..haha.

Kurang berat badan. Hah yang ni sebenarnya saya agak pelik sampai ke hari ni..kali pertama saya ke klinik berat saya dah ok, masa tu bulan puasa..lepas raya saya pergi klinik kali kedua, cek berat kurang 1.5kg. Agak pelik di situ sebab masa raya saya makan yang agak banyaknya setiap hari tapi hasilnya berat kurang pula.. hm..pelik-pelik.

Tak suka bau suami. Masa ni dah bulan ketiga..saya memang sensitif dengan bau abang yang kurang wangi macam masa dia tengah berpeluh atau dah lama lepas mandi. Kalau boleh setiap saat nak bau abang macam lepas mandi je yang ada bau sabun..kejam kan, haha. Sampaikan sarung bantal semua saya cuci dengan sabun dan softlan yang banyak sebab nak hilangkan bau abang kat sarung-sarung bantal tu..haha.

Emosi lebih. Bab yang ni memang tak suka sangat tapi alhamdulillah saya berjaya kawal dan tak dikuasai oleh emosi. Biasa kat sekolah mula lah emosi marah tu memuncak nak marah je anak-anak murid tapi saya cepat sedar mungkin ni pembawaan baby..tak boleh nak ikutkan sangat. Dengan abang pula kadang ada juga terasa hati bila abang tegur sikit-sikit..kadang saya dapatlah kawal perasaan tu tapi kalau ada yang tak terkawal tak tau lah pula..haha.


Rasa macam tu je kot yang saya alami masa trimester pertama tu.. insyaAllah saya akan panjangkan ke entri lain tentang saya tak boleh nak telan ubat fumurate tu. Saya akan kongsi kat situ macam mana nak atasi masalah tu yang saya dapat dari para nurse yang baik hati:) Alhamdulillah satu persatu perubahan-perubahan yang saya alami masa trimester 1 tu dah beransur hilang bila dah nak masuk trimester 2 hari tu..syukur sangat. Badan pun dah rasa lebih bertenaga dan cergas sekarang ni..alhamdulillah.


Wednesday, September 10, 2014

WORDLESS WEDNESDAY : KANAK-KANAK RIANG :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni layankan saja gambar kanak-kanak suci ala-ala bersenam..haha. Teruja tengok aksi comel mereka :)










Tuesday, September 9, 2014

KISAH DI SEBALIK WANITA BERHIJAB INI

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah sudah agak lama saya mengenakan hijab sepenuhnya..sejak hari pertama memasuki sekolah menengah agama (SMKA), saya dah tak pernah keluar ke mana-mana tanpa berhijab..syukur yang amat atas hidayah yang diberiNya kerana mengekalkan istiqamah ini dalam menunaikan tuntutan agama.

Sejak zaman berzaman yang saya dah mula bertudung tu, banyak jenis syampu yang saya dah pernah cuba..semua pun tak pernah mendatangkan hasil dalam menyingkirkan si musuh utama rambut-kelemumur. Sampai saya dah tak tau nak guna dan cuba syampu apa lagi.

Zaman beredar dan masa berganti..bila dah jadi anak dara sunti idaman malaya (saya tipu), akhirnya saya temui satu penawar untuk masalah kelemumur yang tiada kesudahan.. jeng-jeng!


Bila dapat tau limau nipis ni boleh hilangkan kelemumur, saya terus dah tak pandang syampu..hari-hari dok cerita kat orang sekeliling yang limau ni baik untuk rambut dan kulit kepala..jadilah kerja saya memetik limau nipis ni kat sebelah rumah tiap-tiap hari.

Sebulan dua boleh lah tahan nak petik limau kat pokok, tu pun buahnya bukan sentiasa ada..akhirnya saya mula penat dengan aktiviti petik memetik ni. Saya inginkan sesuatu yang lebih mudah dan cepat untuk rambut ini..

Suatu hari saya terpandangkan iklan Heliza Helmi di tv..ala iklan dia pakai shawl hijau lepas tu baju suram. Dia balik kampung naik bas tu..dia sorang je dalam bas tu paling menyerlah dengan shawl hijau tu. Rupanya iklan syampu..sunsilk lagi. Tengok-tengok syampu tu terbayang pula limau nipis yang saya dah bosan tu. Tak buang masa esoknya saya terus cuba syampu tu..haha.

Yup! rasa segar dan kulit kepala bersih je..rambut pun wangi je. Sesuai sangat untuk wanita yang berhijab. Bila buka je tudung, semerbak bau syampu tu menusuk hidung. Anda semua pun patut cuba pakai syampu Sunsilk Lively Clean & Fresh..diperkaya dengan vitamin citrus complex lagi, memang sangat sesuai untuk wanita muslimah dalam memelihara rambut dan kulit kepala masing-masing..cubalah:) Paling penting dapat beribadah dengan khusyuk tanpa kegatalan kulit kepala atau bau masam yang buat kita tak selesa.


Sekarang ni sunsilk tengah adakan contest Sunsilk Lively Clean & Fresh-Menemanimu Sejak Tahun 2000..khas buat wanita berhijab berkongsi kisah inspirasi mereka bersama sunsilk. Jom lah join ramai-ramai, ada hadiah utama juga saguhati buat 10 orang pemenang. Untuk tahu lebih lanjut lagi klik lah sini...sunsilk menemanimu.

Saya dah kongsi inpirasi saya..anda bila lagi??


SELAMAT BERJAYA ADIK-ADIK :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni hari pertama UPSR..biarpun saya bukan antara guru tahun 6 namun turut merasa tempias debarannya. Tambah pula paper ketiga untuk hari ni ialah matematik kertas 2..saya turut terlibat mengajar subjek kegemaran saya ni pada anak-anak murid yang terpilih sejak pertengahan tahun yang lalu.. harap sangat mereka dapat buat yang terbaik, chaiyok-chaiyok!

Tak lupa juga pada murid-murid tahun 6 di sekolah lain semoga berjaya.. buat yang terbaik di samping doa dan tawakal. InsyaAllah pasti mendatangkan hasil yang baik:)



Buat adik-adik semua, selamat menghadapi peperiksaan UPSR..bitaufik wannajah:)

PROGRAM PECUTAN AKHIR..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah petang ahad baru ni murid-murid tahun 6 Sk Jabang berjaya mendaftar dalam program pecutan akhir UPSR anjuran pihak sekolah.. dalam program ni, calon-calon UPSR akan dikuarantin di sekolah sepanjang minggu peperiksaan sedang dijalankan.. kiranya bermula petang ahad sampailah petang khamis dah selesai exam baru dibenarkan balik ke rumah masing-masing.

Program ni bertujuan supaya calon-calon UPSR ni dapat tumpukan perhatian sepenuhnya pada exam dan dapat menjauhkan diri dari sebarang masalah yang berlaku di rumah masing-masing. Sepanjang program ni semua keperluan dan kebajikan mereka akan dijaga sepenuhnya oleh petugas-petugas yang dilantik.

Saya pula hanya perlu ke sekolah pada siang hari, malam-malam tak dibenarkan bagi ibu mengandung..yeah! Apa pun, semoga program ni akan berjaya mencapai objektifnya..insyaAllah.

Sesi pendaftaran pada hari pertama iaitu ahad


Riadah yang dikendalikan abang..






Majlis solat hajat pada hari yang pertama


Calon-calon UPSR mendengar mandat dari guru besar

Hari ni dah masuk hari ketiga mereka dikuarantin..alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan baik-baik saja..:)

SIAPA TAK PERNAH MAIN??

Bismillahirrahmanirrahim...

Hujung minggu baru-baru ni, kami suami isteri dengan para ipar duai sepakat bermain permainan yang sudah lama ditinggalkan..konon-konon menggamit nostalgia lalu lah, haha. Biarpun agak sedikit penat seharian membeli barang untuk program sekolah dengan abang, saya tak mau ketinggalan bermain..dah hampir tengah malam tapi gigih juga bawa baby bermain, hehe.

Malam tu kami bermain cukup korum..ngam-ngam 4 pemain. Saya pula relakan diri jadi banker, dapat pegang duit wooo..siapa tak nak kan biarpun cuma yang palsu, haha. Kami bermain dengan jayanya sampai jam12 tengah malam tak silap kot..

tadaa...

ni lah duit-duit yang saya si banker pegang, haha.


Siapa yang tak pernah main jutaria ni memang rugilah..bagus sangat untuk memperkasakan lagi matematik & ilmu perniagaan, hehe. Selain tu juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pemain..

Selamat mencuba!

Friday, September 5, 2014

BARAKAH SUSU IBU, ANUGERAH TIDAK TERNILAI..

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam jumaat semua..ada sesuatu yang menarik untuk saya kongsi hari ni, cewah! Alkisahnya semalam abang balik dari main badminton terus buka laptop dan print teks khutbah untuk hari ni. Tapi hari ni bukan giliran abang jadi khatib, abang tolong printkan untuk pakciknya yang bertugas hari ni..selesai je abang print teks tu, abang suruh saya teka tajuk khutbah tu..saya terus surrender, manalah dapat nak teka kan. Terus abang baca tajuk khutbah yang abang print dari web JHEAINS -'Barakah Susu Ibu, Anugerah Tidak Ternilai'.. terus saya excited nak baca, haha.

Rugi kan kita orang perempuan tak dapat nak dengar khutbah yang sangat berkaitan dengan diri kita..nak harapkan suami cerita semula lepas balik dari masjid memang macam payah sikit lah kan. Kalau cerita pun, sikit-sikit je kot..dalil-dalilnya tak berapa nak ada. Macam saya pula, tiap kali giliran abang bertugas saya rajin tolong printkan teks untuk abang..jadi saya dapat baca dulu, haha. Kalau abang tak bertugas pula, download sendiri je lah lepas tu baca..syukur sangat dapat jadi isteri abang, ganjaran yang baik insyaAllah dikongsi bersama.

Tapi hari ni saya tak mahu kongsi ganjaran tu berdua je tapi nak kongsi dengan semua pula..dapat lebih lagi kan, hehe. Jom baca sama-sama :) (Ambil yang penting je ni..hehe)

Terdapat beberapa langkah terbaik untuk menyempurnakan perintah Syariat ini, antaranya:
1. Tempoh penyusuan ibu ialah dua tahun genap.
2. Tugas seorang bapa ialah menyempurnakan keperluan makan, minum serta pakaian ibu atau isterinya.
3. Islam tidak memberatkan perintah penyusuan ibu dan makan, minum serta pakaian terhadap bapa, melainkan menurut kadar kemampuan mereka.
4. Jika bapa tiada, maka kewajipan akan beralih kepada waris.
5. Tempoh penyusuan boleh diberhentikan setelah perundingan dan persetujuan sesama suami isteri dicapai.
6. Islam membolehkan penyusuan ibu kepada orang lain dengan upah yang sepatutnya.
7. Bertaqwa kepada Allah SWT adalah kunci dan kemuncak seluruh kehidupan orang yang beriman.

Sehubungan dengan perintah Syariat terhadap penyusuan ibu ini, kerajaan telah mengambil pendekatan proaktif dalam usaha meningkatkan lagi kesedaran masyarakat, khasnya umat Islam perihal kepentingan serta keberkatan penyusuan ibu untuk bayi yang baru lahir sehingga genap berumur dua tahun.

Kempen kesedaran penyusuan ibu ini sebenarnya selaras dengan tuntutan Syariat Islam. Justeru, kerajaan terus mengukuhkan tuntutan ini dengan menjadikan bulan Ogos setiap tahun sebagai Sambutan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia. Di Negara kita hari ini peratusan ibu yang menyusukan bayi bagi sesuatu tempoh adalah 94.7%. Bagaimanapun hanya 14.5% menyusui bayi mereka secara eksklusif selama enam bulan pertama. Manakala bagi Negeri Sabah hanya 55.9% ibu meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif
sehingga bayi berusia enam bulan pada bulan Januari hingga Jun 2014.

Tentang kelebihan susu ibu, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Tidak ada susu yang lebih baik daripada susu ibunya”. (HR Ar-Ridha).
Sesungguhnya kelebihan, faedah dan manfaat susu ibu teramat banyak kepada bayi dan juga untuk ibu itu sendiri, antaranya ialah:

1. Susu ibu adalah titik permulaan paling baik untuk seorang bayi.
2. Susu ibu menjamin tumbesaran bayi yang sihat.
3. Susu ibu mempunyai khasiat yang tidak ternilai.
4. Penyusuan ibu merapatkan kasih sayang bayi dan ibu.

Manakala manfaat dan kebaikan penyusuan ibu khusus untuk bayi, ialah:
1. Susu ibu berkesan bagi melindungi bayi daripada jangkitan.
2. Susu ibu berkesan merangsang tumbesaran otak bayi.
3. Susu ibu juga mengandungi faktor pertumbuhan dan hormon yang mampu memastikan tumbesaran bayi itu lebih sempurna.

Penyusuan ibu juga amat bermanfaat kepada ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka, selain mendapat jaminan pahala serta keberkatan yang dikurniakan oleh Allah SWT, sesungguhnya penyusuan ibu baik untuk wanita, terutama kaum ibu, antaranya:

1. Penyusuan ibu berkesan untuk melindungi kesihatan ibu.
2. Penyusuan ibu juga berkesan untuk pemulihan fizikal ibu selepas bersalin dengan lebih cepat.
3. Penyusuan ibu boleh menjarakkan kehamilan.
4. Penyusuan ibu tidak semahal susu tin.
5. Penyusuan ibu amat jimat dan lebih ekonomik.

Terdapat kelebihan dan khasiat susu ibu, kerana mengandungi kolostrum berwarna kuning dan menyerupai mentega cair. Kolostrum mengandungi antibodi untuk mencegah jangkitan penyakit. Kolostrum adalah imunisasi pertama terhadap bakteria dan virus. Kolostrum juga mengandungi faktor pertumbuhan yang boleh membantu kematangan usus dan mencegah alahan.

Maka selaras dengan perintah serta tuntutan Syariat ini, juga dengan nilai keberkatan dan pahala, selain banyaknya khasiat susu ibu serta kelebihan atau manfaat kebaikannya, kita sebagai suami, ayah serta ahli keluarga hendaklah memberikan sokongan yang penuh kepada isteri dan ibu kepada bayi dengan memberikan perhatian yang sempurna serta mengurang dan meringankan beban kerja isteri atau ibu di rumah.

Sebagai suami dan ayah kepada bayi yang baru dilahirkan oleh isteri yang kita cintai hendaklah sentiasa memberikan masa rehat yang cukup kepada isteri dan ibu bayi yang baru lahir untuk penghasilan susu ibu yang lebih baik dan sempurna. Paling penting dan amat berkesan ialah kita sebagai suami dan ayah kepada bayi yang baru dilahirkan hendaklah sentiasa memberikan dorongan, motivasi dan sokongan moral kepada isteri dan ibu bayi.

Seterusnya, ikutilah perintah penyusuan ibu ini dengan amal-amal Sunnah lain ketika kita dikurniakan Allah SWT dengan kelahiran anak, iaitu banyak berdoa untuk keselamatan isteri dan anak, sambutlah kelahiran anak dengan azan dan qamat, berilah nama anak dengan nama yang baik-baik seperti nama para Nabi dan orang soleh, tahnikkanlah anak, buatkan aqiqahnya, doakanlah menjadi anak yang beriman, bertaqwa, berakhlak mulia, berilmu, beramal soleh dan sebagainya. Sesungguhnya, anak yang soleh itu adalah harta kita di dunia dan akhirat.

Akhirnya, mudah-mudahan dengan kesungguhan kita melaksanakan perintah Syariat dan ajaran
Islam dalam bab penyusuan ibu ini akan memberikan keberkatan, pahala dan manfaat , rahmat
serta segala kebaikan akan terus mengalir dalam diri, suami isteri, ibu bapa, rumahtangga, ahli
keluarga dan ummah seluruhnya.

Seronok saya baca isi khutbah tu..sangat berkaitan dengan diri sendiri. InsyaAllah memang dah lama berazam dan berniat nak menyusukan baby genap 2tahun..semoga niat yang baik itu dipermudahkan dan diperkenankanNya..amin.


Thursday, September 4, 2014

TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA!!

Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam aka kelmarin terpaksa pergi sekolah sorang-sorang sebab abang ada taklimat kat pejabat..terpaksalah juga saya drive sendiri ke sekolah, wawawa. Jalan pun berseorangan..dah la jauh :(

Masa rehat kat sekolah, tiba-tiba je hujan turun dengan lebatnya..tak sangka pula akan hujan kan, dalam hati dah terbayang tempias air hujan masuk dalam kereta sebab masa pagi tu memang saya turunkan lebih sikit cermin tingkap..pasrah je lah dalam hati sambil tunggu hujan berhenti.

Tengahari tu saya pulang sekolah macam biasa cuma bezanya kena jalan sorang la..wawawa. Cikgu K yang lintas saya dengan motornya siap pesan kat budak-budak tahun 6 supaya tunggu saya dan iring jalan sama-sama..maklumlah lepas hujan, jalan licin masa tu. Lebih lagi jambatan gantung..terharu juga rasa hati bila jalan diiringi para dayang, haha.

Bila turun dari jambatan, saya dah pelik sebab tengok cikgu-cikgu lelaki berkumpul kat pondok dekat tempat saya parking kereta..termasuk cikgu K tadi. Rupanya mereka itu sedang menunggu saya sebab risaukan saya tak boleh keluarkan kereta dari tempat parking.

Bayangkanlah, kawasan parking tu dipenuhi air..senang cerita banjir kilatlah kiranya. Parit yang ada di tepi tu pula airnya sudah melimpah rata dengan tanah..macam mana saya nak keluarkan kereta?? Sekalipun saya boleh guna gear fourwheel sekalipun, saya tetap tak berani nak reverse kereta dari kawasan tu sebab takut termasuk pula ke dalam parit.. maklumlah mata pun tak jelas mana, dah pakai 4 mata pun masih samar-samar juga..wawawa.

Syukur sangat cikgu-cikgu lelaki tu semua prihatin dengan ibu mengandung yang lemah ni. Akhirnya cikgu K tolong reversekan kereta..alhamdulillah. Dalam perjalanan balik rumah memang tak berhenti mendoakan kebaikan orang-orang di sekeliling yang banyak membantu. Agaknya berkat kebaikan abang juga kot yang selalu bantu orang lain, hinggakan saya dan baby dapat tempiasnya sekali..syukur yang amat:)

Buat semua yang telah membantu, terima kasih sangat-sangat..kalau masa tu tak ada sesiapa, agaknya macam mana lah saya berusaha untuk pulang ke rumah kan.. saya tak mampu nak balas pertolongan tu, hanya doa saja atas kebaikan yang telah dihulur. Jazakallahu khairan kathira.. hanya Allah SWT saja yang dapat membalas segala kebaikan itu☺




Monday, September 1, 2014

TIJARAH KE??

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari tu masa cerita kisah terlanggar ayam ada cerita sikit tentang bisnes jual ayam kami suami isteri..okey sebelum kami jual di rumah mak saya je, jual dari rumah. Maksudnya siapa nak beli part ayam atau makanan sejuk beku lain macam sosej dan nugget macam tu boleh datang je kat rumah. 

Mula lepas raya hari tu, kami suami isteri dah kembangkan lagi sayap perniagaan itu (cewah!) dengan berniaga di tapak tamu.. hehe. Alhamdulillah agaknya rezeki baby kot, segala urusan perniagaan kami dipermudahkan. Kami meniaga setiap pagi ahad pada setiap minggu. Saya tak ikut pun, yelah dalam keadaan mengandung macam ni memang tak lah kan ikut meniaga. Saya cuma tolong abang siapkan barang-barang niaga kat rumah je dan tolong apa yang patut.. mak mertua dan adik-adik ipar yang tolong abang meniaga kat tamu.. syukran semuanya:)

Itulah gerai kami di tapak tamu




Antara barang-barang jualan..sayur-sayur dan buah-buahan tu orang tumpang:)

Alhamdulillah semoga perniagaan kami akan semakin berkembang maju..insyaAllah. Nak bergelar tijarah yang berjaya lah katakan.. hehe. Doakan kami suami isteri ya:)

SEBUAH MAJLIS PERTUNANGAN

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah lepas seorang sepupu dah bernikah, seorang lagi sepupu menyusul biarpun cuma bertunang..tumpang gembira biarpun ada rasa gusar dan kurang yakin memandangkan sepupu yang ini baru berumur 18 tahun, baru saja selesai SPM tahun lalu..Tak mengapalah mungkin dah sampai jodohnya..eloklah disegerakan bukan daripada mendekati maksiat. Tahniah untukmu cik Nurfitri..semoga ikatan pertunangan yang baru dilangsungkan akan berterusan hingga ke akad nikah..amin!

Antara hantaran yang dibawa pihak lelaki


Inilah wajah tunangan orang itu..hehe


Saat disarungkan cincin

Alhamdulillah selesai majlis..semoga cepat-cepat dilangsungkan majlisnya kelak:)