Thursday, February 19, 2015

WAJAH KESAYANGAN KAMI :-)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah hari ni genap seminggu usia puteri kami.. rasa macam baru semalam sakit hilang bius tu. Alhamdulillah selama seminggu ni Allah permudahkan segala urusan kami dalam menguruskan baby..walaupun ni pengalaman pertama, yang sebelum ni tak pernah tau macam mana nak susukan baby, tukar pampers apatah lagi nak dukung baby yang masih lembut segala-galanya.. tapi semuanya seakan seronok even tiap malam temankan baby berjaga, hehe. 



Inilah dia puteri sulung kami..Esmee Zahrah Zafirah Bt. Ebnee nama diberi :-) Lahir dengan berat 2.7 kg..alhamdulillah semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan akhlak mulia..amin.

Tak sabar rasanya nak tengok zahrah membesar..nak ajak main dan bermanja-manja :-) amboi.. haha.

3 comments:

  1. Comelnya Zahrah... Macam muka ummi dia. Semoga menjadi anak yang solehah yer Zahrah. Selamat berpantang yer :)

    ReplyDelete
  2. comelnya baby..rindu nak cium bau baby ��

    ReplyDelete

    © Friends Forever Template by Emporium Digital 2009

Back to TOP