Tuesday, January 20, 2015

SETERIKA WAP..EHH??

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebenarnya dah lama kami suami isteri plan nak beli iron yang jenis wap..macam tu lah kot nama dia, saya pun kurang arif.. hehe. Semuanya bermula masa awal-awal mengandung dulu..abang lah yang cadang mula-mula untuk beli iron tu sebab tengok saya yang tak larat sangat nak gosok baju tiap-tiap hari. Siap buat syif pula tu ganti-ganti iron baju.. haha.

Tapi..bulan berganti bulan, iron wap tinggal plan je. Tak terbeli juga.. jadi kami suami isteri dengan gigihnya realisasi jugalah plan tu. Minggu lalu kami akhirnya berjaya juga beli setelah berkali-kali survey dibuat. Gigihlah mak buyung ni bawa perut nak survey iron..haha.

 Akhirnya kami pilih jenis yang ni..dari jenama philips dan waranti 2 tahun.

 Bahagian biru tu tangki air yang kena selalu topup isi dia..bab ni abang asyik komplen sebab tak berbaloi, guna sikit je terus kena tambah air lagi.

Tapi..bab ni saya suka sebab sangat ringan dan mudah dibawa ke mana saja. Beg ni kecil saja, bila masuk dalam beg macam tak ada pula..hehe.

Kali pertama guna iron ni, kami suami isteri dengan sedikit jakun excited lah konon..hm..tapi hasil yang kami dapat tak seperti yang disangkakan. Susah juga nak guna, terutama pada pakaian yang sangat kusut..wawawa. Sampaikan abang cakap, kita jual je lah iron ni..masuk dalam mudah.my.....haha.

Macam-macam je lah kan tapi alhamdulillah hingga saat ni kami masih bertahan guna iron ni untuk kegunaan seharian..:-) nasihat saya pada yang nak beli iron wap, beli yang besar terus..yang tangki airnya besar ala-ala vakum tu. Besarlah sikit powernya..masa gosok baju pun jimat. Tak payah nak over jimat sangat macam kami..lalala.

0 comments:

Post a Comment

    © Friends Forever Template by Emporium Digital 2009

Back to TOP