Thursday, February 27, 2014

UJIAN DARI ALLAH SWT..

Bismillahirrahmanirrahim...


Belum sempat saya kongsikan dengan ahli keluarga juga teman-teman..juga belum sempat saya menyesuaikan diri sepenuhnya dan mengatur perancangan seterusnya..akhirnya suratan takdir kami begitu. Syukur kami mampu redha dan sabar berbanyak-banyak..alhamdulillah.

 Sejak menikah 2 bulan yang lalu, saya sudah tidak datang period lagi seperti selalunya setiap bulan..alhamdulillah selang beberapa minggu selepas menjadi isteri saya disahkan mengandung. Saya dan abang mendiamkan dulu berita baik tu dari keluarga sebab masih terlalu awal rasanya. Cuma selepas dah tau tentang tu, saya dan abang tidak lagi merempit ke sekolah seperti kebiasaannya..kami tukar alternatif lain iaitu naik bot setiap hari.

Selepas 2 kali percubaan kami untuk scan, doktor sahkan masih belum nampak apa-apa lagi di dalam rahim..walhal masa tu dah beberapa minggu saya mengandung. Syukur peringkat awal saya langsung tak mengalami apa-apa alahan. Cuma saya jadi malas dan selalu tak sedap badan.. kuat mengantuk dan selera makan bertambah.. hehe.

Kami tak putus asa.. genap sebulan lebih kami ke klinik lagi dan alhamdulillah kali ni dah boleh nampak tapi sangat kecil. Doktor anggarkan saiznya dalam 5 minggu macam tu.. Tapi kalau ikutkan kiraan sebenar sepatutnya dah 8 minggu cuma tak tau kenapa saiznya kecil sangat.

Seminggu selepas disahkan mengandung 5 minggu, iaitu masuk minggu ke-6.. tiba-tiba suatu pagi masa kat sekolah saya dapati ada sedikit pendarahan tapi lebih kepada kecoklatan warnanya. Masa tu saya dah rasa sedikit risau tapi saya cuba bertenang. Masuk pejabat terus mengadu kat abang tapi abang tenangkan saya dan kata tu mungkin simptom yang biasa bila kandungan makin meningkat.

Lepas tu nak dekat-dekat tengahari saya terpaksa ganti pantyliner lagi sebab darah macam makin bertambah..tak pernah ganti pantyliner kerap macam tu dalam sehari. Dalam hati dah makin risau tapi buat-buat steady lagi..selang 2 jam lepas tu saya ke tandas lagi dan ganti pantyliner lagi. Kali ni dah memang risau dah, terus cakap kat abang ajak balik awal dan ke klinik sebab tak nak jadi apa-apa pada kandungan.

Petang tu masa kat klinik, doktor scan lagi dan hairan sebab saiz kandungan still macam minggu lalu macam saiz minggu ke 5 lagi..sepatutnya dah bertambah bila dah masuk minggu 6. Tapi masa tu tenang lagi sebab doktor kata kantung masih ada dan dalamnya nampak ada jantung lagi. Doktor nasihatkan supaya rehat banyak-banyak dan kurangkan pergerakan. Siap dapat cuti rehat lagi untuk esok hari. Kata doktor pendarahan tu mungkin sesuatu yang normal dan mungkin juga tanda-tanda nak keguguran. Nasihat doktor kalau ada rasa sakit perut dan darah makin banyak terus ke hospital.

Balik rumah petang tu tengok darah makin bertambah..sampailah malam pun makin banyak. Malam tu saya terus tukar pakai pad je. Masa tengah malam perut dah mula rasa sakit-sakit tapi boleh lagi tahan dan cuba bawa tidur. Alhamdulillah dalam sakit perut tu tak sedar dapat juga terlelap. Kira-kira jam 2.30 pagi macam tu saya tersedar dan terus bangun..terkejut bila tengok tempat tidur dah banyak darah..cepat-cepat saya ganti pad dan kejutkan abang. Perut pun makin sakit masa tu..

Abang tak banyak cakap terus ajak pergi hospital..saya dah cuak masa tu, takut kena tahan dalam wad la takut sakit la..

Dalam 3.30 pagi lebih kurang kami sampai di hospital dan saya terus kena ambil darah. Memang sakit juga la..kena cek air kencing juga masa tu. Dalam jam 5 pagi lebih sikit baru doktor datang dan scan..masa tu doktor kata dah habis jatuh dah darah semua..janin pun dah takde. Masa tu memang sedih tapi saya dah sedia. Suami pun ada sabarkan dan tenangkan saya. Untuk kepastian supaya rahim dah bersih, doktor buat pemeriksaan sekali lagi kat bahagian alat sulit dan masukkan kapas dan jari kat dalam..masa ni memang sakit tak tau lah nak cakap. Tahan je lah..

Syukur tak payah masuk wad.. doktor bagi balik berehat kat rumah sebab rahim dah bersih katanya. Cuma ada pendarahan lagi sikit-sikit. Dapat cuti rehat selama 2 minggu..rasa terkilan pula tak dapat latih murid untuk MTQ dan bertugas dalam MTQ tu nanti..nak buat macam mana, kena sabar je. Mungkin Allah takdirkan janin kami pergi sebab Allah nak ganti dengan yang lebih baik buat kami.. kami terima ketentuannya dengan redha..


Monday, February 17, 2014

OUR WEDDING (PART 3) - MAJLIS SANDING

Bismillahirrahmanirrahim...


Selesai sudah dua acara, acara kemuncak di siang hari iaitu majlis sanding kedua mempelai..masa ni baru dua mempelai disatukan lepas dipisahkan sekejap lepas nikah hari sebelumnya. Yeah..dapat jumpa en.suami dah..haha.


 Masa ni tengah tunggu en.suami sampai..



 Rombongan pengantin lelaki sampai





Bersama rakan setugas..cikgu dell (tuan punya canopy di kedua majlis)

 
 Ibu bapa saya yang tersayang:)
Mak dengan abah sambut tetamu di pintu gerbang


 Family belah saya..:)




 Kami bertolak ke rumah pihak lelaki..





 Dah sampai di tempat lelaki..






 Keluarga belah suami..


 Teman-teman suami..


 My bff..suel & azie:)




 Azie & suel tak nak lepaskan saya..haha























 


 Perjalanan cinta kami sudah bermula...


Alhamdulillah selesai sudah majlis kami..perjalanan bahtera kami sudah bermula, semoga kami berjaya mengharungi segala suka duka bersama hingga ke akhir hayat kami..amin.


Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh keluarga kedua belah pihak yang banyak bertungkus-lumus sepanjang majlis kami..terima kasih juga kepada semua penduduk kampung yang banyak membantu juga kepada teman-teman yang sudi hadir walaupun kami tahu kalian juga ada komitmen masing-masing. Terima kasih buat suel dan azie yang sudi datang dari jauh-jauh walaupun tak sempat ikut ke rumah saya tempoh hari..saya kamu sangat-sangat!


Doakan kebahagiaan kami di dunia dan akhirat:)


Sunday, February 16, 2014

OUR WEDDING (PART 2) - MALAM BERINAI

Bismillahirrahmanirrahim...

Selesai akad nikah pada sebelah petang, malamnya majlis berinai pula..pihak lelaki di rumah lelaki dan pihak perempuan di rumah perempuan. Terpaksa berpisah sekejap, belum boleh duduk sekali..haha. Sanding pun berseorangan juga lah jawabnya.. majlis perkahwinan di Sabah memang camtu kalau nak tau.


 Mak andam saya kata muka saya lepas disolek malam tu dah macam pakistan belasan tahun..lalala





Tiba-tiba terselit gambar en.suami di sebelah sanaaa..
 

 Dup-dap sebelum keluar dari bilik..


 1 family yang sedondon ungu..





 Suku dari family..hehe


 Adik yang bertuah jadi photographer saya malam itu..







Selesai sahaja majlis sanding malam tu, dalam bilik tukar pakaian terus 1 badan kena lumur dengan bedak dan pakai inai di hujung jari kaki dan tangan..sabar je lah, haha. Orang kat dapur masak untuk majlis besar esoknya, saya pula sedap tidur awal dengan bedak dan inai di badan.. hehe. Next entri ialah wedding part 3..:)


OUR WEDDING (PART 1) - AKAD NIKAH

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah dapat juga akhirnya meluangkan sedikit masa untuk update blog yang dah lama ditinggalkan ni..hehe. Hampir 2 bulan berumah tangga baru kali ni dapat post sedikit gambar-gambar sepanjang nikah hari tu.. :)



Pelamin nikah yang super simple tapi kami suka sangat..hehe
























 

Ibu bapa mempelai lelaki- baju putih kelabu, ibu bapa mempelai perempuan- baju oren..


Kami sudah jadi suami isteri..lalala


Alhamdulillah majlis akad nikah yang dihadiri keluarga kedua belah pihak dengan disaksikan penduduk kampung sekalian berjalan lancar dan dipermudahkan..semoga rumahtangga yang kami bina kekal bahagia hingga ke akhir hayat..amin ya Rabb. InsyaAllah wedding part 2 di entri akan datang..:)