Thursday, December 19, 2013

JEMPUT DATANG SEMUA:)


Bismillahirrahmanirrahim...


Agak lama tak update blog..banyak perkara nak dikongsi sebenarnya namun apakan daya saya amat sibuk dengan persiapan untuk walimah..maka dengan itu entri ringkas ini saya akhiri dengan jemputan walimatulurus saya:)


NURUL FARHANA & EBNEE

27 NOVEMBER 2013 ( MAJLIS AKAD NIKAH )

28 NOVEMBER 2013 ( MAJLIS SANDING )

TEMPAT : KG PADAS DAMIT, BEAUFORT, SABAH



Semoga kehadiran kalian menambah lagi keberkatan majlis kami..

Friday, November 8, 2013

KEM BESTARI SOLAT 2013

Bismillahirrahmanirrahim...


Biarpun bulan oktober yang lalu jadual saya dipenuhi dengan kursus selama 4 minggu berturut-turut, alhamdulillah pada hari pertama bulan November dapat juga selitkan program KBS ni..syukur sangat-sangat segalanya berjalan dengan baik dan lancar seperti yang telah dirancang. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada rakan-rakan guru yang banyak membantu menjayakan program ni..jazakallahu khairan kathira:)


Gambar-gambar di bawah secara random saja dan agak tidak tersusun..asif jiddan:)



Kumpulan terbaik dalam amali solat:)




Peserta terbaik tahap 1..tahniah!


Peserta terbaik tahap 2..tahniah!

















Bacaan ayat suci al-Quran beserta terjemahan..






Hasil reka cipta murid..tiba-tiba terselit..hehe


Harapan saya semoga anak-anak ini menjadi anak yang soleh dan solehah serta mengamalkan segala apa jua yang telah mereka pelajari di sekolah dan menyebarkan kepada ahli keluarga yang lain..semoga segala usaha yang telah kami laburkan berjaya hendaknya dan diberkati Allah SWT..insyaAllah.


Thursday, November 7, 2013

ONLY IN BORNEO..

 Bismillahirrahmanirrahim...


Sebelum berakhir sesi persekolahan berjaya juga kami adakan mesyuarat akhir tahun baru-baru ni..semua sepakat memilih Only In Borneo sebagai lokasi meeting..hehe. Saja buat suspen..hehe. 
Kami bermesyuarat secara santai sehari suntuk di Garama Explorer..dekat je dengan kampung saya, jom la datang beramai-ramai:)


Apa yang menarik di tempat tu sebenarnya kita boleh lihat spesies monyet prosboscis (asif jiddan andai salah ejaan), alaaa..yang hidung panjang tu yang famous kat borneo je tu. Ada beberapa tempat lagi yang serupa dengan tempat ni kat daerah saya ni. Tempat ni memang jadi tumpuan pelancong, tiap-tiap petang ramai je datang dengan bas pelancong..
 
 
Pakej yang disediakan adalah menyusuri sungai garama sambil melihat spesies monyet istimewa tu di pokok-pokok. Lewat petang pula lihat kelip-kelip di sepanjang sungai tu..makan juga disediakan serta ada chalet juga. Rasa macam blog cuti-cuti malaysia pula bila tulis macam ni, haha.


 OIB is Only In Borneo..haha























Tandasnya sangat bersih...dan selesa:)



Cermin yang jemu lihat wajah saya banyak kali menghadap dia pada hari kejadian..haha




Apa yang buat mereka tak senang duduk????


Jeng-jeng... makanan sudah terhidang, haha.


Ini makanan saya pada hari tu..sikit je ni,ada banyak lagi saya skip tak ambil:)











Ni je gambar monyet yang saya dapat ambil:(



Petang tu ingatkan nak pergi lah naik bot ramai-ramai sambil tengok monyet hidung panjang tapi hasrat hati tak kesampaian sebab masa sangat cemburu..:( Tak apalah..dekat je dengan rumah, bila-bila boleh pergi lagi..mana tau nak bergambar dengan baju pengantin kat sini nanti, haha. Jemputlah datang ke tempat ni..walaupun agak terpencil tapi damai je. Tenang jiwa raga..:)



Tuesday, November 5, 2013

AHLAN YA 1435H..

Bismillahirrahmanirrahim...




Alhamdulillah dipanjangkan lagi umur dan masih berpeluang merasai tahun baru hijrah..Selamat tinggal segala suka dan duka sepanjang tahun 1434H..




 Semoga tahun baru 1435H lebih baik dan penuh dengan sinar takwa buat diri kita..semoga kita juga turut sama berhijrah menuju ke arah kebaikan..insyaAllah.




Doa senjata bagi orang-orang mukmin..bukan setiap hari perlu baca doa ni, semoga kita semua sudah ambil bahagian masing-masing mendoakan yang baik-baik untuk hari yang mendatang:) Renung-renungkanlah..


Sunday, November 3, 2013

TIPS ELAK RASA MENGANTUK MASA DRIVE

Bismillahirrahmanirrahim...

Setiapa orang mesti pernah rasa mengantuk masa drive kan..mungkin juga ada yang pernah drive sambil mata terpejam..haha. Ok itu tak lawak tapi bahaya. Saya pula paling mengantuk kalau drive waktu pagi..kalau drive ke tempat yang dekat-dekat je ok tapi kalau drive jauh sikit yang lebih dari setengah jam perjalanan confirm mata saya akan curi-curi terpejam walau saya paksa buka luas-luas.


Tapi kini saya tak bermasalah lagi memandu waktu pagi walau sejauh mana pun asalkan di sisi saya ada makanan sebagai peneman. Biasanya saya akan ambil makanan ringan untuk dimakan sambil memandu..tak sempatlah rasa mengantuk tu singgah bila mulut senaman tak berhenti mengunyah je..:)





Teman saya masa drive sorang-sorang ke papar untuk kursus kahwin hari tu..


Guna tips ni serius tak boring dan saya tak kisah kalau teman yang sebenar di sebelah nak tidur sepanjang perjalanan..cukup ada makanan saya boleh drive sorang-sorang:) Tapi tips ni tak berjaya lah pula kalau masa bulan puasa..terpaksalah cari lagi lain tips ni, haha. 


Apa-apa pun selamat mencuba:)

Saturday, November 2, 2013

TU LAAA..TIADA FACEBOOK!

Bismillahirrahmanirrahim...

Harus bagaimana saya letak perasaan saya bila insan-insan di sekeliling walau di mana jua saya membawa diri bertanya dan secara tak sengaja menyebut tentang diri dan laman sosial yang saya miliki..


*****
Suatu hari kawan baik masa sekolah menengah dulu telefon dan kami berbual-bual lama..tiba-tiba saya berkata, " eh, hari tu si pau kahwin sampai hati dia nda jemput aku..masa hari majlis tu baru aku dapat tau dari tunang. Sedihnyaaa kawan nda jemput datang majlis.." Lalu kawan baik saya pun jawab, " siapa kata dia nda jemput..tu laaaa tiada facebook!"


*****
Suatu hari di sekolah..Saya berkata, "syam, nanti boleh masukkan gambar-gambar kem bestari solat dalam pen drive? Kalau boleh mau hari isnin, untuk siapkan laporan.."  Lalu jawabnya, " kalau kau ada facebook kan senang..aku upload ja semua gambar tu dalam facebook".


*****
Suatu hari masa kursus KSSR B.Arab... JU berkata," dik, nanti kalau ada apa-apa info tentang j-QAF kakak bagitau dalam facebook ya..eh, lupa pula ko tiada facebook. Whatsapp ada ka?"  "er..er..tiada kak."



Rasanya cukuplah tu kot saya kongsi 3 situasi..tak tau nak cakap apa bila masa kini semuanya melalui media sosial saja..ada juga rasa hati nak buat tapi umpama orang ada niat nak pakai tudung tapi belum dapat hidayah lagi..macam tu lah kot perumpamaan yang sesuai untuk saya.. hehe.


Semoga segala urusan dan setiap langkah saya biarpun tanpa media sosial akan sentiasa diberkati & dipermudahkan.. amin ya rabb.

..Rabbi yasir wala tu'asir..


Friday, October 25, 2013

B2B PART 2 - CAT BILIK

Bismillahirrahmanirrahim...


Pejam celik pejam celik ditambah dengan kesibukan kerja sudah tak lama lagi tarikh hari bahagia tu rupanya..bila teringat mesti sibuk nak tanya hati, "aku dah sedia ke ni?" Nak tak nak kena sedia juga..itu kan pilihan yang terbaik buat saya:)


Oh ya..sebenarnya saya nak share tentang persiapan cat bilik tidur. Alhamdulillah bilik dah 70% siap..tinggal sentuhan tangan comel ni je lagi untuk deko apa yang patut. Mula-mula sekali mestilah nak cat sebelum nak deko yang lain-lain kan:) 


Serius sangat yang saya tak pernah ada pengetahuan tentang cat mahupun kemahiran mengecat..tapi untuk bilik tidur sendiri, mahu atau tak saya kena juga turun padang. Bermula dengan tentukan nak guna warna apa sampailah mengecat saya kena terlibat secara langsung. Biarpun saat ini saya sangat sibuk dengan tugasan di sekolah yang datang bertubi-tubi..insyaAllah pasti ada hikmahnya semua ni:)


Tanpa fikir panjang saya terus tetapkan warna pilihan hati idaman kalbu untuk bilik tidur tu..gambar di bawah yang saya minta kat google akan ceritakan warna pilihan hati idaman kalbu saya tu:) 


cantik dan tenangnya warna ni..subhanallah!

 

warna pilihan hati idaman kalbu..sky blue:)


Maka saya pun ambil masa beberapa hari mengumpul katalog jenama cat yang ada di Malaysia ni..hajat hati nak survey warna yang betul-betul melekat di hati dan sangat memahami kondisi isi beg duit ketika ini..haha. Alhamdulillah dapatlah kumpul 4 katalog berbeza tapi 3 je yang saya ambil gambar.


katalog san cora dan nippon..tiada dalam gambar-dulux.


Saya bandingkan warna biru idaman hati yang ada di kedua jenama cat dan saya temui 2 warna yang sama bagi saya tapi berlainan nama.





Sky blue- Nippon paint


atlantic blue- San cora


Alhamdulillah..lepas survey kat kedai untuk harga jenama cat yang biru camtu, akhirnya saya buat keputusan memilih cat atlantic blue dari san cora..murah dan insyaAllah tahan. Lagipun nak cat dalam bilik je kan..tak kena matahari pun. Cat dulux dan nippon sedikit mahal namun kualiti memang tak dapat dinafikan..tak mengapa, guna yang murah dan ikut kemampuan. Esok-esok bila cat ni dah tanggal dan saya pun dah berduit lebih, boleh je cat semula:) (kata-kata untuk memujuk hati yang lara..haha)


 Apa pun,kini saya sudah sedikit faham tentang pemilihan cat dan dah tau kadar harga bagi satu-satu jenama yang saya pergi survey tu. Kiranya dapat ilmu sampingan la..pengalaman mengecat pun dapat. Tapi yang paling penting..dapat deko bilik guna sentuhan tangan sendiri, yeay!


Nantikan kisah b2b saya yang seterusnya..:)


Thursday, October 17, 2013

JANGAN PANDANG KU SEBELAH MATA..

Bismillahirrahmanirrahim...


Sebulan sudah saya kembali memulakan tugas walaupun kini masih berstatus interim..penghujung tahun seperti biasa banyak kursus yang perlu dihadiri dan aktiviti yang perlu dilaksanakan. Minggu ni guru besar minta saya hadir ke kursus KSSR TMK untuk tahun 4 tahun hadapan..saya hadir dengan rasa rela hati tanpa ada perasaan ralat sedikit pun biarpun mata pelajaran ni bukan opsyen atau bidang tugas.


Sepanjang hari pertama kursus saya akui bahawa saya seorang saja kategori junior jika dibandingkan dengan guru-guru lain yang tampak lebih berpengalaman..oh, terasa sedikit kerdil pula diri dalam kursus ni. Saya juga sedar saya seorang saja guru j-QAF dalam kalangan guru yang hadir tapi tak ada masalah pun sebenarnya..sudah namanya guru, semua pun sama tiada beza. Hanya opsyen yang membezakan tapi tak menghalang untuk kita mengajar subjek lain yang bukan opsyen bukan??


Akhirnya pada penghujung kursus untuk hari pertama, sedang saya berbual dengan rakan guru di sebelah tiba-tiba dia bertanya opsyen saya..bila saya katakan saya opsyen PAI dan guru j-QAF, saya lihat wajahnya berubah kehairanan..katanya macam mana pula guru j-QAF boleh dihantar untuk kursus ni?


????????
Saya pula yang menjadi hairan mendengar kata-katanya..terasa bagaikan diri yang berstatus guru agama dipandang rendah. Namun saya cuba husnodzon..mungkin guru tersebut jarang melihat guru agama melibatkan diri dalam subjek lain agaknya. Tak mengapa lah cuma saya sedikit kesal saja dengan anggapan sedemikian terhadap guru agama..


Secara tak langsung saya pun muhasabah diri supaya tak bersikap sedemikian pula dengan individu lain..Pendek kata, dont judge a book by its cover.

****************


Selesai kursus hari pertama, saya bergegas ke hospital pula untuk buat medical check up untuk guru lantikan baru. Alhamdulillah segala urusan saya dipermudahkan dari urusan pendaftaran, urine test yang biasa dan xray..semuanya berjalan lancar dan mendapat panduan serta arahan yang jelas serta baik dari kakitangan hospital. Namun saya sedikit kecewa dan terkilan bila dapat layanan sedikit kasar masa nak buat urine test untuk dadah. 


Sangat sedih bila kakitangan tu bercakap kasar dan meninggikan suara..rasa malu pun ada dengan orang awam lain yang ada di makmal tu. Rasanya tak perlu lah nak meninggikan suara dan bercakap kasar kan..secara adatnya kita kena berlemah lembut dan banyakkan senyum serta jalankan tugas dengan lebih berhemah..lebih-lebih lagi bila tugas kita tu melibatkan orang awam.


Sedikit sebanyak layanan kurang mesra tu meninggalkan kesan di hati saya..tapi mahu atau tidak saya paksa diri supaya husnodzon juga. Biarlah apa yang telah saya dapat asalkan saya tak buat macam tu pula pada orang lain..agaknya petugas makmal tu tengah stress kerja kot masa saya datang atau sedang moody. Tak mengapa lah..semoga tiada orang lain pula yang merasai apa yang sudah saya alami di makmal tu.


Renung-renungkanlah....


Monday, October 7, 2013

INI CREAM PUFF KE??

Bismillahirrahmanirrahim...


Akhir-akhir ni saya tiba-tiba tersedar yang saya telah suka makan cream puff..dulu saya makan juga tapi tak ada lah rasa suka sangat macam sekarang. Agaknya rasa suka tu timbul sebab Allah dah tarik sikit nikmat makan makanan yang keras-keras..hehe. Cream puff kan lembut gitu..orang tak ada gigi pun boleh makan sambil pejam mata..lalala.


 Suatu hari sedang saya belek-belek majalah resepi mak tiba-tiba saya terjumpa resepi cream puff. Excited sungguh saya tunjuk kat mak betapa mudahnya bahan-bahan nak buat cream puff yang saya tak pernah ambil tau pun selama ni..sambil cakap kat mak nanti saya nak try buat resepi ni memandangkan semua bahan nak buat tu ada kat dapur kecuali bahan untuk paipkan adunan je tak ada.


Lalu dengan gigihnya saya telah mengatur semua bahan dan mula buat cream puff petang sabtu baru-baru ni..saya paipkan je adunan guna plastik yang saya buat gulung-gulung. Walaupun resepi ni sangat mudah dan simple tapi hasil tangan saya buat pertama kali jadi macam ni...........:(







Percubaan pertama saya tak menjadi..salah satu puncanya ialah saya tak guna beg paip yang betul..sebab tu tak ada bentuk. Terus saya niat nak beli satu lepas ni untuk buat cream puff yang cantik masa akan datang..haha. Tapi walaupun rupa tak cantik tapi rasanya sama..kiranya kalau buat contest teka resepi orang boleh tau yang ni cream puff walaupun rupa tak sama langsung..haha. Oh ya..cream puff yang selalu saya makan kat kedai tu intinya krim kastard tapi saya ubah suai yang ni..letak inti kaya je. Mudah dan senang..lain kali nak tukar inti lain pula:)


Tak apalah saya akan belajar dari kesilapan ni..untuk hasilkan yang lebih baik nanti:) Usaha tangga kejayaan..chaiyok!



Sunday, October 6, 2013

B2B PART 1

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah kami akhirnya telah memulakan langkah kami sebagai b2b..sedikit demi sedikit persiapan mula diatur baik untuk keluarga mahupun juga bagi pihak kami sebagai mempelai..maaf ayat sedikit skema..haha.


Walaupun tak banyak lagi yang selesai memandangkan majlis ada lebih kurang 3 bulan lagi, kami rancang nak cuba selesaikan semuanya sebelum bulan Disember menjelang tiba. Setakat hari ni baru 30% kot yang sudah selesai..


Perkara pertama yang selesai ialah baju nikah..saya ambil jalan mudah, beli ready made je. Tapi tudung dan veil untuk nikah tak sedia lagi..pada saya kalau dah terdesak nanti beli je lah mana-mana yang berkenan. Tudung tak susah sangat nak cari banding dengan baju..cuma untuk baju yang dah beli tu mungkin saya akan tambah sedikit batu-batu atau manik untuk masukkan dengan tema putih biru kami:) Baju yang dah beli tu putih je semua..insyaAllah akan ditambah dengan hiasan biru-biru sikit. Kain baju melayu En.tunang pun dah ada cuma tak jahit lagi..design untuk baju melayu tu pun dah ada juga:)


Set pelamin di kedua belah pihak juga sudah selesai..dah booking mengikut warna tema kami:) Bercerita tentang pelamin, kami dapat peluang design sendiri pelamin yang kami nak..mulanya saya tak terfikir pun nak design bagai. Ingatkan nak ikut je mana-mana koleksi yang butik tu pernah buat tapi bila dapat peluang macam tu kami tak lepaskan..dapat jugalah design yang kami inginkan akhirnya dan dah submit:) macam assignment pula..haha.


Lepas tu untuk pakaian malam berinai juga sudah selesai untuk warna dan design..tinggal nak fitting baju je nanti, alhamdulillah. Pakaian sanding di siang hari untuk saya saja yang belum selesai sebab kakak owner butik yang sangat baik hati & sporting bagi peluang lagi kat saya untuk pilih design baju yang saya nak..maksudnya dia akan buatkan sepasang baju sanding baru untuk saya dan En.tunang..tapi En.tunang dah dapat design dia nak. Saya tak kisah sebenarnya nak pakai mana-mana pun sebab nak guna konsep asal ada dan selesa je. Tapi bila dapat peluang macam tu siapa yang nak lepaskan kan???? hehe.. haruslah terima.


Maka jadilah kerja saya google siang dan malam mencari design yang kena di mata dan di hati di samping menepati syariat.. insyaAllah. Nak cantik tak semestinya kena pakai baju yang ketat.. saya sangat berharap dan berusaha supaya aurat saya terpelihara di sepanjang majlis walimah nanti biar apa jua pakaian yang saya gayakan..amin. Impian saya ingin menjadi inpirasi pengantin muslimah masa walimah nanti..biiznillah. Dakwah di sebalik sebuah walimah:)


Kertas dan sampul surat untuk kad jemputan pun dah beli sikit-sikit..kami D.I.Y je kad jemputan kami. Jimat dan boleh design sendiri..alhamdulillah design pun dah ada tinggal nak print je nanti:) InsyaAllah nak edar kad untuk teman-teman guru dan kakitangan sekolah di beberapa buah sekolah pada minggu terakhir sebelum cuti sekolah nanti..untuk yang lain-lain masa cuti sekolah nanti pun boleh edar. 


Dalam kesibukan kami menyiapkan segala persiapan di atas, sehingga ke hari ini saya belum hadiri kursus kahwin lagi..haha. InsyaAllah bulan ini juga akan saya hadiri. Tinggal nak tunggu sepupu confirmkan tarikhnya saja..insyaAllah semoga segala urusan dipermudahkan.



Tuesday, October 1, 2013

AKU SEDANG DIUJI

Bismillahirrahmanirrahim...


Sejak zaman sekolah lagi saya memang ada masalah dengan sistem perkumuhan yang satu itu..jarang buang air besar! Dulu saya tak rasa apa pun malah rasa macam satu kelebihan pun ada sebab tak payah susah payah pergi tandas setiap hari. Lebih-lebih lagi sekolah menengah saya dulu selalu tak ada air paip. Tapi nyata saya silap bila akhirnya sembelit dan buasir pula menyerang.. saya tak malu berterus terang sebab perkara ni sangat serius sebenarnya.


Bila dah zaman U, lagi jarang saya ke tandas..seminggu dalam 2 atau 3 kali sahaja. Lepas tu bila ke tandas mesti saya duduk dalam tu nak dekat-dekat sejam.. kadang sampai nangis-nangis baru dapat keluar dari tandas dengan perasaan lega.. Bila dah macam tu baru saya nak kelam kabut makan sayur, yogurt, minum air putih banyak-banyak dan makan buah-buahan.. lumrah manusia kan, bila dah terkena baru nak sedar.. wawawa.


Kini dah masuk alam pekerjaan keadaan perut dan sistem pencernaan seakan makin merajuk dengan tuan punya badan.. setiap malam saya alami kembung perut. Berangin satu badan sampai nak buat apa pun tak selesa.. ingatkan ada masalah batu hempedu ke apa. Bila cek kat klinik, doktor kata dalam perut saya ada banyak angin @ gas.. Angin tu berpunca dari perut saya yang banyak menyimpan hasil pencernaan yang tidak tercerna  @ tidak dibuang mengikut saluran betul.. Makanan pun sama. Saya dah tak boleh makan yang berminyak dan berlemak.. wawawa.


Sekarang tiap masa perut saya kembung..nak berkompang kat perut ni pun boleh. Kadang-kadang kepala naik pening dan muntah-muntah saya dibuatnya akibat angin yang banyak dalam badan. Kini saya sedang berusaha meraih kembali kesihatan diri.. doakan saya ya. Rasa sangat terkilan sebab dari dulu tak pernah ambil tau tentang penjagaan kesihatan dan pemakanan yang sihat. Beringat sebelum kena:(


Sabda Rasulullah SAW:
 'Perut manusia itu punca segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan'
(Riwayat ad-Dailami)




Teringin sangat nak dapatkan usus yang sihat dan normal..:(

Sunday, September 22, 2013

BACK TO SCHOOL

Bismillahirrahmanirrahim...



Setelah lebih kurang 3 bulan berehat di rumah alhamdulillah saya kembali memulakan tugas sebagai guru interim di sekolah saya menjalani latihan mengajar selama setahun setengah sebelum ni..rasa sangat teruja sebab dapat bertugas semula dan berjumpa teman-teman setugas serta anak-anak saya di sana:)


Minggu pertama ke sekolah saya menumpang bot abang brahim bersama En.tunang dan kakak PPM..kakak tu pun baru mula bertugas sebab masa mula bertugas hari tu kakak tu terus ambil cuti bersalin. Alang-alang lepas bersalin dan cuti 3 bulan baru kakak tu datang bertugas..kesian kakak tu sebab kena ulang alik setiap hari dari petagas-sk jabang. Jaraknya lebih kurang 2 jam perjalanan juga..kena seberang sungai lagi kan. Simpati saya dengan kakak tu..


Walaupun sudah berada di sekolah ni setahun setengah dan selalu juga berulang naik bot tapi tak pernah pula ambil gambar sepanjang perjalanan ke sekolah dengan bot. Ni pun terfikir nak ambil gambar sebab pagi jumaat baru-baru ni masa dalam perjalanan ke sekolah kami tercengang melihat buaya beristirehat di atas pesisir sungai..sebelum ni memang dah dengar cakap-cakap orang yang sungai tu ada buaya tapi tak pernah nampak. Sampailah hari jumaat baru ni saya akhirnya melihat sendiri buaya tu.. seramnya.


Saya tak sempat nak ambil gambar buaya tu sebab bila kami lalu je kawasan dia berehat tu cepat-cepat dia masuk dalam air..konon-konon malu la tu. Lepas tu, masa balik dari sekolah kami tengok lagi kawasan tu..buaya tu masih ada di sana berehat-rehat. Abang brahim pun perlahankan bot, kononnya nak bagi kami semua tengok dengan lebih jelas buaya tu atau ambil gambar. Malangnya bot kami tiba-tiba mati enjinnya di tempat kejadian.. haha.


Dapat bayangkan perasaan saya ketika tu..dah la kami berada di kawasan buaya berehat, bot pula mati enjin. Dalam 15 minit juga camtu kami tersadai kat kawasan tu. Nasib baik buaya tu stay je kat tebing sungai.. kalau dia masuk dalam air mesti saya dah curiga yang amat yang buaya tu datang sapa kami..haha.


Nasib baiklah jarang-jarang naik bot..sebab kami biasanya naik jambatan gantung je ke sekolah. Takut rasanya pergi sekolah bersama buaya setiap hari..haha. Demi anak-anakku di sekolah..buaya pun buaya lah..redah je. InsyaAllah sesiapa yang berniat baik demi Allah taala akan sentiasa berada di bawah jagaan dan lindungannya setiap saat dan ketika. 


Ni je lah gambar-gambar yang sempat saya ambil masa kami tersadai di kawasan buaya tu.. gambar buaya je tak sempat nak ambil:)
















Lain kali kalau saya jumpa buaya tu lagi saya terus ambil gambar dan cepat-cepat upload kat sini ya..:)


p/s: Bersyukurlah dengan persekitaran yang kita ada kini..kerana kita tidak tahu mungkin ada insan lain yang bertugas di kawasan yang lebih mengancam keselamatan diri. Syukur alhamdulillah..



SIAP AKHIRNYA..:)

Bismillahirrahmanirrahim...


Seperti yang telah dirancang hari tu..ketika saya ada masa yang berlebihan, saya akhirnya berjaya menyiapkan jahitan manik pada 2 helai tudung yang pada asalnya kosong tiada hiasan. Alhamdulillah saya berjaya melakukan transformasi pada tudung tu..hehe.


Mulanya saya ingat nak lukis lakaran manik yang saya inginkan di atas tudung tu tapi entah kenapa pensel lukis manik tu tak bekerjasama dengan baik pula dengan saya..last sekali saya ambil keputusan cuba jaya. Jahit je ikut gerak hati walaupun sedikit payah sebab tak ada landasan yang nak diikut. Alhamdulillah di sebalik kepayahan dan usaha gigih itu saya berjaya walaupun hasilnya tak berapa nak sama macam tudung yang ada jual kat kedai..(ada hati rupanya nak lawan jahitan kedai..haha).


Jom lihat hasilnya:)




 Kedua-dua tudung asalnya kosong macam ni tapi saya ambil gambar 1 tudung je..




 Tudung purple: jahitan manik di atas kepala



 Tudung purple: Jahitan manik di bahagian bawah



Tudung maroon: Jahitan manik di atas kepala


 
Tudung maroon: Jahitan manik di bahagian bawah


Itulah hasilnya..saya buat sedikit-sedikit, berhari-hari juga lah untuk siapkan kedua-duanya.. entah kenapa bila ambil gambar dua-dua tudung nampak macam sama warna pula. Maklumlah ambil gambar dengan hp 'canggih' kan..haha.


Agak-agaknya boleh tak usaha jahit manik ni diteruskan?? Ada juga niat nak jahit manik kat tudung bawal yang kosong tak ada hiasan.. boleh la jadi ala-ala bawal crown tu kan, hehe. Jahit kat shawl pun boleh.. dapatlah jadikan tudung dan shawl lama berwajah baru:)


Menjahit sangat enjoy sebenarnya..:)