Sunday, February 28, 2016

FOOD REVIEW : RADHA'S BANANA LEAF

Bismillahirrahmanirrahim...

First time ni buat food review tapi memang rasa terpanggil sangat untuk share sikit tentang restoran Radha's Banana Leaf ni.

Terletak di wawasan plaza..sebelah lobi Tang Dynasty hotel. Kebetulan masa check in hotel TD hari tu, rasa malas nak cari tempat makan. Terus abang decide apa kata cuba restoran sebelah lobi tu. Terus saya pun ok saja lah yang penting makan..lapar kot.

Restorannya ok.. Sangat bersih dan kemas. Tapi lupa pula ambil gambar restoran tu..lalala. Apa yang boleh saya katakan restoran tu sangat India. Lagu- lagu dalam restoran semua lagu dalam filem shah rukh khan..hahaha.

Special menu pada hari itu..paratha,chapati dan idi apam. Idi apam tu macam mihun Kari Katanya..kami pun try chapati dan paratha. Paratha dia sedap....fuhh!

Ok.. Ini dish pertama yang sampai. 3 jenis sayur tu untuk nasi set daun pisang yang kami order sebab macam itu je yang masuk di tekak. Nasi goreng dan mi goreng bagai semua tak ada ye..hahaha.

Yeah..nasi sudah sampai. Pelayan datang je terus letak dua helai daun pisang lepas tu sendukkan nasi kat depan-depan kita tu. Boleh lah request nak nasi banyak mana kan. Bekas nasi dia pula macam baldi tin ala-ala tempat perah susu lembu..India sangat ni.

Set daun pisang kami dengan ayam goreng. Lauk untuk set nasi daun pisang ada pelbagai juga tapi ayam goreng je yang berkenan. Set nasi tu siap bagi kuah Kari dan dal ye..

Keseluruhannya kami puas hati dengan servis.. Makanan pun sedap. Tak pasal merasa makanan India malam tu..hahaha. Harga pun sangat berpatutan. Kami bayar dalam Rm 37 kot macam tu.

Sesiapa yang suka makanan India tu datanglah sini..roti dia pun ada banyak jenis. Murtabak pun pelbagai juga. Abang Kata, kuah Kari dia memang kaw! Selamat mencuba..


Monday, February 15, 2016

FANTASI DI ELLUSE TRICK EYE MUSEUM

Bismillahirrahmanirrahim..

Entri ni ala-ala kesinambungan entri 3D Art hari tu..rasa tak puas lagi bergambar dengan lukisan 3D, Kali ni kami serbu sebuah lagi muzium 3D tapi ni kira yang terbesar di Sabah..terletak di One Borneo Kk. Dia punya besar bayangkan lukisan dalam tu saja ada 60..fuh, tak cukup sejam duduk dalam tu. Lebih-lebih lagi untuk kaki posing macam kami..haha. Bayaran masuk rm25 untuk dewasa..tutup mata je bayar demi berkeping kenangan. 

 Kaunter tiket..

Pintu masuk pun ada lukisan 3D..jangan main-main.

Mujur tidak koyak seluar..haha

Ni siapa yang protect siapa sebenarnya..??

Zahrah duk fikir, macam mana ummi boleh terror dukung dia sambil posing acah-acah rileks ni..

Nak pengsan hidu bau kaki..haha

Gambar ni nampak macam sweet sikit..dinding depan yang ambil gambar ni. Thanks en. Dinding... Lalala

Wow..kuatnyaaaaa!!

Mendidik zahrah melancarkan roket..

Hampir mati naga tu saya cekik tau..haha

Boleh pula senyum girang dalam mulut jerung..ish..

Zahrah..tolong ummi tahan frame ni!!

Wow..dua beranak dalam komik yang comel. Terus kita pun fefeling comel juga..haha

Ni gambar paling favorite..siap buat profile pic whatsapp lagi..sekali lagi dinding depan tolong ambil gambar.

Wow..100 dollars dah ada wajah baru!! Limited edition yeeee..

Selama ni kamilah yang bagi minum susu panda dari China tu..shhh, rahsia tau!

Zahrah sikit pun tak hairan dengan lion tu..haha

Zahrah teman zirafah makan..

Eeeewwww..

Nasib baik sempat elak serangan secara tiba-tiba tu..fuhh!!

Eh..tiba-tiba rasa macam dalam zoo pula.

Zahrah..ish..ish..

Wow...jumpa Obama tak ajak pun.




Hanyut tanpa dayung.. Wawawa

Kaya kita.. Duit oh duit!

Selamat malam..zahrah tidur dulu ye.

Doraemon terkejut tengok kami muncul sebab dia tengah tunggu nobita..

Cak!!

Wow..zahrah muncul dalam CNN..tak ajak ummi pun.

Ish..sweetnya couple ni, haha. Zahrah ke ambil gambar??

Tolong jangan culik saya....!!




Zam zam ala kazam..



Sebelum balik posing lagi di pintu gerbang..amboi, macam pintu masuk sekolah ada gerbang.


Yeah..selesai sudah entri banyak gambar ni. Itu pun ada je lukisan yang kami skip, tak ambil pun gambar dan ada juga gambar yang tak upload sebab macam tak best. Tu yang tak sampai 60..tapi kalau upload gambar sampai 60 Ada ke orang nak tengok?? Haha..

Kalau ada lagi muzium 3D kami nak pergi lagi..lalala.



Sunday, February 7, 2016

TRIP TO KUNDASANG PART 3 - IKAN KELAH SG. MOROLI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Punya lama baru nak update part 3..bukan main lagi kan. Ok ini yang terakhir untuk trip ke kundasang..2 hari 1 malam je pun:) destinasi terakhir di kundasang sebelum kami balik ke kk.

Sampai je terus baris beli tiket masuk..

Ni kaunter kedua..untuk dapatkan giliran masuk ke sungai. Jangan main-main, kena gilir-gilir tau nak tengok ikan..haha. Dekat kaunter ni juga boleh beli makanan ikan..

Camera ticket..tak ada ni tak boleh ambil gambar dengan ikan..dah serupa retis dah ikan, haha.

Ni baru tiket masuk..rm5 ye dewasa. Kalau nak mandi bayar rm10.

Masuk ikut pintu ni ye..

View pintu masuk dari dalam..

Ni pula view pintu keluar..nun di pagar tu.

Persiapan diri sebelum ke gigi dan lidah air..

Motif gambar ni ialah saja nak tunjuk ramai orang untuk sekali masuk kat sana..

Gambar ni pun motif sama macam tadi..cuma view dari sisi lain:)

Mereka suda turun di gigi air..saya hanya mampu berada di bibir air sebab takut kena gigit ikan..haha


Zahrah..fishhhhh, fishhhhh.

Ikan jadi banyak kumpul situ sebab dapat makanan..

Zahrah tak ada perasaan pun masa ni..Ibu bapa dia je excited lebih..haha

Kesian zahrah..sampai basah seluar kena turun dalam air.

Yang tadi dekat bibir dah mula tunjuk berani..haha

Siap sempat sembang lagi tu..


Zahrah tak sporting..sibuk tengok fish.

Sebelum pulang sempat bergambar lagi..lalala

Akhirnya berjaya sampai bawa abang dan zahrah tengok ikan kelah. Saya dah pernah pergi dah sebelum ni..tapi tak bosan pun..insyaAllah kalau ada rezeki lebih nak juga datang lagi bawa family yang lain.. Biiznillah.

    © Friends Forever Template by Emporium Digital 2009

Back to TOP