Sunday, December 28, 2014

WALIMATUL'URUS DI PENGHUJUNG TAHUN

Bismillahirrahmanirrahim...

Di sebalik majlis perkahwinan kakak sepupu yang baru sahaja selesai semalam, saya sebenarnya ada trip dengan keluarga mertua. Serba salah juga mulanya sebab tarikh trip tu kebetulan tarikh walimah kakak sepupu ni. Namun alhamdulillah segala plan kami berjalan lancar walaupun saya cuma dapat hadir ke walimah tu sehari saja. Kira ok la tu kan dari tak hadir langsung..haha.

Lagipun dalam majlis macam ni, orang tak cari sangat mak buyung ni..orang pun faham juga kalau kita ada pun kerja apa sangatlah yang boleh nak tolong kan. Rasa lega sikit di situ..lalala.


Sekitar majlis akad nikah..


Gambar ihsan family..masa majlis nikah saya tak hadir, hehe.


Yang ni esok harinya..awal pagi datang terus ambil gambar di pelamin nikah, lalala.


Pengantin yang sedang anniversary..bajet sanding semula, haha.


Ni baru pengantin original..gambar di hari kedua.

Semoga perkahwinan yang baru dibina kekal bahagia dilimpahi rahmat dan hidayahNya sehingga ke akhir hayat..semoga juga keduanya dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah yang bakal memimpin kedua mereka ke jannah..amin. Selamat pengantin baru Rosehayatie dan pasangannya Mohd Nasquirel Indra Jaya..barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair:)

DI SEBALIK 27HB

Bismillahirrahmanirrahim...

Kalau nak ikutkan, 27hb tu cuma tarikh semata-mata..tak ada apa pun. Tapi bagi saya, 27hb yang saya nak cerita ni sangatlah penting. Kena ingat sampai bila-bila sebab dah anggap sebagai satu sejarah. Kira macam hari ini dalam sejarah lah. Ada 3 peristiwa besar dalam hidup saya yang berlaku pada 27hb ni..

**********
27 Februari 2014

*Gambar dari Google*

Paling tak dapat nak lupakan bila saya keguguran pada tarikh ni..awalnya memang sangat sedih dan sedikit kecewa tapi perlahan-lahan saya buang perasaan tu dan ganti dengan perasaan redha. Setiap hari saya pujuk hati dan kata mungkin ini yang terbaik untuk kami suami isteri, mungkin belum masanya lagi masa tu untuk kami menerima kehadiran baby, mungkin Allah nak bagi rezeki yang lebih baik buat kami, mungkin kalau kandungan tu dapat diteruskan keadaan tak seindah yang disangkakan..dan macam-macam sangka baik yang saya cakap dengan diri sendiri untuk pujuk hati. Alhamdulillah saya berjaya bebaskan hati saya dari perasaan negatif akibat keguguran tu dan alhamdulillah selepas *berehat* 3 bulan, saya mengandung semula dan kini menunggu detik kelahiran baby kami..alhamdulillah syukur sangat-sangat ya Allah atas nikmat tidak terhingga ini:)

**********
27 Mac 2014

*pinjam gambar dari mr.google*

Alhamdulillah di saat kami masih dalam situasi *kehilangan*, Allah permudahkan urusan untuk saya keluarkan kereta baru..:) Asalnya beli kereta ni untuk kemudahan ke tempat kerja, demi keselamatan saya dan baby..tapi bila dah keguguran tu, kami teruskan juga dengan rancangan nak keluarkan kereta ni untuk kemudahan masa akan datang. Seperti yang kami dah rancang, semua berjalan lancar..dan kereta ni bukan sahaja memudahkan urusan kami ke mana-mana malahan sangat penting untuk bisnes jual ayam kami..haha. Terima kasih ya Allah..:)

**********
27 Disember 2014





Pada tarikh ini iaitu semalam genaplah setahun perkahwinan kami..alhamdulillah. Pada tarikh ni juga kandungan saya sudah memasuki minggu ke 31..semoga keluarga kecil kami ini akan sentiasa dilimpahi rahmat dan berterusan berada dalam lindunganNya. Semoga Allah permudahkan segala urusan keluarga kami dan kekalkan nikmat bahagia ini hingga ke akhir hayat kami dan semoga permudahkanlah bagi kami untuk menjadi suami dan isteri yang soleh solehah dan bakal abi dan ummi yang mithali..amin!

Tak sangka dah setahun menjadi seorang isteri..rasa macam rindu pula nak pakai baju pengantin kat atas tu, haha. Juga rasa macam baru semalam saya masih di alam bujang, keluar bersenda dengan bff sekalian..:) Happy anniversary yang pertama buat kami suami isteri..:)


Tuesday, December 23, 2014

BANJIR DATANG LAGI!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Daerah beaufort dan banjir memang tak dapat dipisahkan..kali ni banjir datang lagi di saat-saat ramai yang mengambil kesempatan melangsungkan walimah, termasuk sepupu saya yang akan diijabkabul jumaat ni..

Dalam 1 malam je air naik dengan begitu cepat..nasib baik tengah cuti sekolah. Kalau tidak..cuti sendiri lah jawabnya, haha.

Pagi tadi masa ke pekan, sempat jugalah jadi wartawan sekejap ambil gambar suasana banjir di pekan beaufort ni..itupun baru anak banjir. Mak bapa banjir belum sampai lagi, saya agak dalam petang ni atau malam kot air banjir akan jadi semakin dalam.












Itulah dia antara gambar-gambar banjir kat pekan yang sempat saya ambil tadi..jangankan pekan, rumah keluarga mertua pun dah rupa macam rumah terapung bila banjir ni..tengoklah nanti kalau rasa rajin saya share gambar *rumah terapung* tu ye :-)

Sedikit renungan kita bersama, bencana banjir yang melanda tak kira walau di mana juga lokasinya sebenarnya merupakan ujian dari-Nya dalam menguji hamba-hamba Nya..semoga kita tidak terleka dan mengambil pengajaran dari setiap bencana yang diturunkan..renung-renungkanlah :-)

Monday, December 22, 2014

MAJALAH UTAMA SETIAP BULAN

Bismillahirrahmanirrahim...

Sejak mengandung, ni memang jadi majalah utama bacaan setiap bulan. Tak rugi beli dan baca, banyak sangat info baru..kadang info yang saya sendiri tak pernah tau dan tak pernah terfikir. Nak-nak lagi yang tak pernah ada pengalaman jadi ibu macam saya ni..memang sangat memerlukan bahan bacaan macam ni. 

Ini bukan entri berbayar untuk promote majalah tau..ni memang serius saya nak share pengalaman bersama majalah ni..Hehe.


Semestinya majalah pa&ma..ni antara koleksi sepanjang mengandung yang saya dah kumpul. Semangat baca sebab tak sabar nak tunggu keluaran seterusnya pula. Ni siap dah beli yang januari punya lagi..lalala. Paling tak tahan bila tengok ramai baby comel amat dalam majalah ni..serius sangat geram tau.

Untuk ibu-ibu dan bakal ibu sekalian, kalau tak ada lagi koleksi pa&ma ni jomlah adakan juga koleksi tu sekarang ye..berbaloi-baloi :-)

Sunday, December 21, 2014

ZIARAH KE HOSPITAL

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah beberapa hari lalu saya berkesempatan bersama suami dan ibu bapa mertua untuk melawat saudara yang sedang sakit di hospital..saya kurang pasti ikatan keluarga antara kami, namun kaitannya tetap ada. Namun kami terpanggil untuk melawatnya di hospital kerana sudah menjadi tanggungjawab kita yang sihat ni untuk menziarah saudara yang sakit..dalam pada ziarah tu boleh juga ambil ibrah daripadanya.

Alhamdulillah urusan ziarah kami dipermudahkan dan kami juga dapat masuk melawat ke dalam wad tapi tak boleh masuk sekali..kena masuk berdua lepas dah keluar dua baru boleh masuk dua orang yang lain pula. Masa kami masuk melawat, saudara yang sakit tu tak boleh berkomunikasi macam biasa..sebab dia bernafas guna alat pernafasan tu. Dia berkomunikasi sikit-sikit je dengan kami guna bahasa isyarat..sedih rasanya, tak sampai hati nak bawa sembang ke apa.



Ni view dari pintu wad..



Antara keluarga dan orang-orang kampung yang ada kat luar wad..



Masa ni dah lepas melawat..duduk je kat luar wad sambil habiskan masa melawat.

Oh ya..antara adab-adab ketika ziarah orang yang sakit:

* Berniat menziarahi orang sakit sebagai mengikut sunnah Rasulullah saw. 

* Memberi nasihat agar bersabar dan tabah menghadapi ujian.

* Bertanyakan tentang ibadatnya; solat dan lain-lain, sekiranya dia tidak mampu ajarlah mereka atau bertanyakan kepada orang yang pandai. 

* Menyampaikan ucapan yang baik agar dapat menghiburkan hati pesakit dan menguatkan jiwanya. 

* Pendek dan jarakkan waktu ziarah, jangan terlalu lama dan kerap menziarahinya. (kecuali pesakit itu mengkehendaki sebaliknya).

* Mendoakan pesakit agar lekas sembuh.


Hadis riwayat Nabi SAW,  Jabir bin Abdillah ada mengatakan, “Aku mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa menziarahi orang sakit, maka dia telah menyelam di dalam rahmat, hingga ketika dia duduk, maka dia tenang di dalamnya.”

Oh, ya,,nak tambah lagi 1. Sekiranya kita menziarah orang yang sakit, hulurkanlah sedekah buatnya biarpun sedikit. Semoga dengan sedekah itu dapat mengurangkan sedikit beban yang ditanggung olehnya mahupun ahli keluarganya. Tahu sajalah semasa sakit banyak perbelanjaan yang diperlukan..apatah lagi jika yang sakit itu terpaksa menggunakan pampers dan memerlukan ubat-ubatan yang memerlukan kos tinggi.

Renung-renungkanlah..:)

Thursday, December 18, 2014

SANAH HELWAH ANAK-ANAK SAUDARAKU:)

Bismillahirrahmanirrahim...

Sempena hari lahir puteri yang ke 4 tahun 12hb hari tu, kakak ipar dan keluarga mertua yang lain sepakat lah nak celebrate sikit hari lahir dia tu..sambil-sambil nak raikan juga cici yang birthdaynya sudah berlalu berbulan yang lalu. Kasihan kata kak ipar sebab dia tak pernah lagi merasa sambut birthday dengan kek segala..itu yang semua setuju nak raikan 2 budak kecik tu..hehe.

Kek dua-dua untuk cici dan puteri *kami* decide buat sendiri sebab ipar-ipar memang terror bab buat kek..serius sedap. Kita yang mak buyung ni tolong hias dan komen je lah sambil tolong makan..haha.


Kat sebelah sini ada ramai lagi..ni sebahagian je yang masuk dalam gambar.



Ini kek birthday girl..tapi stickernya ben10 pula, hehe. Saya dan abang ikut deco kek ni la..



Ni hasilnya kat dalam setelah dipotong..



Ini kek cici..budak kecik yang saja join bagi meriah majlis, hehe. Kek dia ni sedap..paling cepat habis sebab cheese kek kan. Mak dia sendiri yang bakar dan deco kek ni:)



Tu dia terserlah cheese..



Tengoklah tu 2 orang yang tak menyabar nak potong kek



Tiba-tiba kek menjadi 3..puteri nak juga kek yang beli, itulah dia yang kat tengah tu. Kek buah..



Cantikkan semuanya..rasanya pun seindah parasnya juga:) Nyam-nyam..

Buat puteri dan tak ketinggalan juga cici walaupun birthday dah lepas berbulan-bulan..selamat hari lahir untuk 4 dan 3 tahun. Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan solehah serta menguntungkan orang tua..Semoga ikatan kekeluargaan antara kita terus akrab dan kehidupan kita seharian diberkati yang Esa..amin.

Saturday, December 13, 2014

TRIMESTER KEDUA SUDAH BERLALU..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah saat ini kandungan sudah memasuki minggu ke 30..baru pula teringat nak berkongsi pengalaman sepanjang trimester kedua yang lalu. Terlalu banyak kenangan indah yang tak mungkin dapat dilupakan..

Seawal memasuki bulan keempat sudah mula terasa pergerakan baby..dari seakan jentik sikit-sikit sehinggalah tendangan yang semakin kuat..badan juga terasa semakin bertenaga, tak macam masa trimester pertama dulu..lemah rasa nak tidur je, hehe.

Memasuki bulan ke 5 pula, perut yang sebelum ni nampak *slim* je mula menampakkan pembesarannya sikit demi sikit..masa ni juga jubah yang ada terpaksa reject buat sementara waktu. Semua kena tukar ke saiz yang saya tak pernah pakai, haha.

Bila dah masuk bulan keenam pula, Pergerakan baby dah makin kuat..boleh terkejut dibuatnya. Perut pula dah mula mengeras..silap kedudukan dan perbuatan alamatnya keraslah perut. Masa mula-mula rasa takut juga kenapa asyik mengeras je..tapi cepat-cepat tanya dengan pakcik google. Lepas tu baru tau tentang simptom braxton hicks..

Alhamdulillah dah masuk bulan ketujuh ni pula, dah kena start kira pergerakan baby setiap hari..mula-mula rasa susah juga dan asyik lupa je tapi dah lama sikit kira jadi rutin dah.

Oh, ya..semakin hampir ke penghujung kehamilan ni selalu sangat mudah lapar. Kena makan dengan kerap berbanding dulu. Kulit muka pula semakin berminyak, sampai tak selesa jadinya. Selain tu juga, suhu sekeliling pun rasa panas je selalu. Jarang  dah nak rasa sejuk sekarang ni. Harap-harap keadaan semakin baik sehingga penghujung kehamilan nanti dan segalanya dipermudahkan, insyaAllah..


Thursday, December 11, 2014

PERSIAPAN MENYAMBUT ORANG BARU:)

Bismillahirrahmanirrahim...

Seperti yang saya janjikan..entri beli belah keperluan baby menjelma jua:) Memang dah lama rancang dengan abang untuk beli barang-barang baby masa cuti sekolah..senang nak berjalan, tak kelam kabut, santai..Lagipun masa kandungan 7 bulan ni kira ok la nak start membeli sebab ini anak pertama..takut banyak barang tercicir tak terbeli pula kalau hujung-hujung kandungan baru nak mula beli.

Tambah pula..saya kadang-kadang risau juga kalaulah tiba-tiba *terbersalin* awal..kan dah macam mana kalau persiapan dan kelengkapan tak ada lagi. Sebab tu kami dah plan memang nak start masa cuti sekolah dan ngam kandungan dah masuk 7 bulan.

Tapi...kami tak pergi beli terus tau. Saya dan abang sebenarnya dari trimester kedua dah mula survey barang-barang baby kat mana yang jual lebih murah atau kat mana yang ada barang lebih kualiti..kami tak mau terburu-buru nampak dan terus ambil..tak macam tu.

Maka..setiap kali kami berjalan, mata masing-masing akan survey samada area tu ada barang baby ke tak..kalau ada kami akan tengok harga dan masing-msing ingat. Macam tu lah setiap kali kami berjalan. Survey je tau..hati dan perasaan semua kena pastikan sabar je bila tengok barang-barang comel..kena istiqamah gitu, haha.

Akhirnya final survey kami, dapatlah kami hasilkan list barang dan keperluan baby serta nama-nama kedai yang kami kenal pasti kami akan beli barang tu kat situ..melainkan tiba-tiba ada sale yang boleh kalahkan jualan di kedai yang dah kami senaraikan tu lah. Alhamdulillah..berpandukan list kami tu lah, kami mula beli barang-barang baby..sangat teratur dan lancar perjalanan beli belah kami sebab sama-sama dah tau arah tuju dan berapa bajet yang bakal dilaburkan.

Oh, ya..tentang bajet pula, kami sama-sama keluarkan *modal* sama banyak dan masukkan dalam 1 dompet khas..khas untuk beli barang-barang baby ni saja. Makan-makan, tinggal hotel dan duit minyak langsung tak ambil dari dompet tu. So..masa bayar barang baby, ambil dari dompet ajaib tu je lah..hehe. Sedikit mudah dan dapat elak dari perbelanjaan di luar jangka.

Eh? Jom la kita tengok antara barang-barang yang kami dah beli..


Nampak tak simbol % tu..saya dan abang pantang nampak tau, terus nak belek tanda harga..haha



Kami tak berani nak beli baju yang bercirikan girl ni..sama-sama nak selamat, ambil baju yang dua-dua jantina boleh guna..haha



Antara topi, sarung kaki dan sarung tangan yang dah beli..semua yang selamat kan, haha. Sarung kaki dan tangan tu paling murah RM1.90 1set..kami beli sampai 4 ke 5 pasang terus tapi warna lain-lain.



Dah beli tilam, abang tambah lagi set bantal yang warna biru pink tu..katanya cian kat baby bantal sikit..haha. Lampin tu pula memang tebal jenisnya..puas hati, siap ada kartun lagi. Nanti saya share kat mana beli ye:) Kelambu pula beli yang besar terus, boleh baby pakai sampai dah besar sikit..



Breast pump tu banyak tempat kami survey dan akhirnya saya akur dengan jenis tu..harap-harap ok:) botol susu pula akan ditambah lagi kemudian untuk kemudahan baby menyusu hasil perahan. Barut ready made beli 1 je sebab niat nak minta mak tolong jahitkan je.. pampers pula beli yang new born tu sikit tu je lah, nanti nak tambah guna saiz s pula..kot lah baby besar, kejap je pakai new born punya..hehe. Beg pula paling laaaaama kami survey dan cari yang betul-betul selesa buat kami yang akan kendong nanti:)



Kebetulan masa kami beli baju-baju ada banyak sale..maka kami perlu tekadkan hati beli yang betul-betul nak je. Kami beli baju new born tak banyak, dalam 5 pasang je kot sebab baby cepat besar. Silap-silap seminggu je paling lama dia boleh pakai saiz tu. Selebihnya kami beli saiz 0-3m dan ada sikit yang 3-6m..fesyen dan warna baju macam biasa kami ambil yang selamat, haha.



Haa.. bab romper ni yang tak tahan. Mujur ada abang yang selalu ingatkan tau. Asal nampak murah je mesti rasa nak ambil, haha. Romper kan mahal sikit, maka bila jumpa yang murah memang rasa rugi tak ambil..lalala. Tapi 2 ni memang rasa tak cukup, insyaAllah akan tambah lagi..dah tau dah kat mana nak cari, hehe. Tak tahan tengok romper sebab sangatttttt comel.



Sangat tiba-tiba kan terselit doraemon seketul ni..haha. Saya dan abang memang minat doraemon. Baju-baju baby memang payah nak jumpa kartun ni..banyak baju budak yang dah besar sikit je. Makanya bila je saya nampak ni, saya tak fikir panjang..terus ambil. Tutup mata je tengok harga..cakap kat abang tak apalah 1 ni jeeeee..haha



Saja asingkan gambar baju yang jenis lubang-lubang ni..hehe. Cian kat baby kepanasan nanti, so bagi lah pakai yang lubang-lubang bagi ada angin sikit..:)


Yang ini pula bagi saya sangat perlu sebab pakaian kecil-kecil macam sarung tangan dan kaki semua senang nak sangkut..baju pun kecil, maka ampaian macam ni sangat sesuai:)

Tak habis lagi ni sebenarnya list kami..ada lagi beberapa tak terbeli tapi insyaAllah kami akan penuhi semuanya perlahan-lahan. Macam tuala tu memang saja tak beli lagi sebab kami ada tempat yang boleh dapat murah 1 dozen..hehe. Minyak angin semua pun tak beli lagi..Macam carrier, car seat dan stroller kami decide tak nak beli dulu..insyaAllah selepas baby lahir kot baru nak beli. 

Set berpantang pula, ada dah yang saya memang nak cuma belum order je lagi..awal lagi kan. Tapi jenama tu memang saya akan ambil setelah beberapa survey yang dibuat. Hm..rasa macam dah panjang sangat dah menaip ni..insyaAllah akan datang yang tak tau lagi bila saya akan share kat mana saya beli barang-barang baby yang boleh kata murah atau kualiti atau banyak pilihan:) Tapi kat sabah je lah area KK..saya pun sebelum ni banyak buat survey kat internet tau.

Cukuplah kot setakat ni..letih dah menaip..hehe.


CUTI SEKALI SEKALA

Bismillahirrahmanirrahim...

Selalunya bila cuti, orang akan balik kampung..tapi lain pula saya dengan abang. Kami bercuti ke bandar pula..lalala. Dah nama pun sekali sekala kan..lagipun selama ni memang duduk kat kampung, itu yang mencari angin bandar yang tak berapa segar pula..

Lagipun sambil bercuti sebenarnya kami ada misi..hehe. Misi melengkapkan barang kelengkapan baby..yeah:) Siap dengan bajet dan jadual destinasi yang cukup padat lagi tau..bukan main-main pergi bercuti ni. Kami habiskan 4 hari sepenuhnya tu untuk bersantai sambil membeli belah..tambah pula hujung tahun macam ni banyak sale..so, kena lah rebut peluang yang ada:)

Tapi tak nak share dulu hasil beli belah kami tu dalam entri ni..insyaAllah saya akan share dalam entri lain. Entri ni just untuk aktiviti santai kami saja..lalalala.


Nah..kita mulakan dengan breakfast dari courtyard hotel..



Sempat jumpa cikgu mardiana..kawan yang dah pindah balik ke penang.



View waktu pagi dari courtyard hotel..



Lagi view dari sisi 1Borneo..



Tiba-tiba menyelit gambar orang tu..haha



Nah..makan lagi. Yang pasti sayap ayam TLC ni memang sedap!

Gambar memang tak banyak sebab fokus kami ialah membeli belah..nak gambar yang banyak, ada dalam entri seterusnya. Alhamdulillah memasuki kandungan 7 bulan saya masih larat dan mampu lagi berjalan dan membeli belah tak ingat dunia..haha. Syukur sangat-sangat ya Allah atas nikmat kesihatan ini:)


WALIMATULURUS DI SANA SINI

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah pada kesempatan yang ada ni di samping ada sedikit kerajinan maka terpublish jugalah entri ini akhirnya.. hehe. Biarpun semua saya kumpulkan sekali saja dalam satu entri..

Majlis perkahwinan pertama ialah sepupu abang..rumah selang sebuah je dengan rumah mertua. Perkahwinan antara Mohd Nuh dan Norfadziedah..:)




Majlis kedua pula ialah perkahwinan antara Mohd Norhizwan dan Masnah..Hizwan rakan sekolah saya dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5 dan sahabat abang juga..Masnah pula orang kampung saya:)




Majlis ketiga pula ialah kawan sekelas abang masa tingkatan 6 dulu..salwani namanya. Nama pasangannya tu saya tak ingat pula, hehe. Seronok pergi majlis ni sebab dapat berkenalan dengan kawan-kawan abang..semua best!


Gigihlah mak buyung naik atas pentas nak bergambar dengan pengantin..haha. Tak mengapalah..bukan selalu kan:)

Syukur alhamdulillah semua dah selamat diijabkabul..semoga perkahwinan yang dibina berkekalan hingga akhir hayat dan beroleh keberkatan dari-Nya..amin. Seronok je tengok pasangan pengantin..teringat masa kita kahwin dulu, haha.

Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wajama'a 'alaikuma fi khair..