Wednesday, December 23, 2015

AIR MENARI PADA WAKTU MALAM

Bismillahirrahmanirrahim...

Ok tajuk entri agak pelik..haha. Biarlah..asalkan kena dengan entri, lalala. Entri ni kesinambungan entri di 1B tu. Lepas balik dari 1B petang tu kami terus ke Tg. Aru, ke Perdana Park..abang dan zahrah belum pernah pergi so layankan je lah..

 Di tepi tasik yang menyala tu semuanya orang yang sedang tengok air menari ikut muzik..



 Tak berkelip mata zahrah tengok air bertukar-tukar warna tu







Perdana Park ni dibuka kepada umum setiap hari..sekeliling tasik tu ada trek jogging. Siang malam orang pergi jogging situ. Taman permainan untuk kanak-kanak pun ada.. Sambil jogging boleh dengar muzik sambil tengok air menari tukar-tukar warna. Anak-anak pun enjoy main kat taman.

CERITA DI 1BORNEO HYPERMALL

Bismillahirrahmanirrahim..

Walaupun ni cerita sebulan yang lalu tapi ok je baru update..tiada apa pun yang terlambat. Masa ni saja-saja jalan-jalan pusing-pusing 1B..kebetulan pula ada event sempena krismas, so bawalah zahrah menyibuk dalam kesesakan orang ramai tu..haha.

 Ini view dari atas.. Nampak meriah je kan.


 Kami tak main pun..pusing-pusing je tengok orang main



 Ni duckling Pound..entah macam mana main dia

 Tengok zahrah tu..bukan main jual mahal lagi kena ambil gambar

 Teringin sangat naik ni..dia bawa pusing-pusing 1B tapi kalau naik ni stroller zahrah mana pula letaknya..hmmm

 Masa ni turun nak pergi tengok rumah hantu. Kononnya lah...hahaha

 Entrance ke rumah hantu..



 Masa operasi rumah hantu..

 Kaunter tiket masuk..boleh tahan mahal jugalah. Teringin nak masuk tapi risau zahrah terkejut pula nanti tengok hantu..terus tak jadi tengok, haha.

Ni kami tak sabar tunggu..harap-harap sudah dibuka, lalala.

Sekian..itu saja untuk entri Kali ni, haha...

Tuesday, December 15, 2015

1ST TIME KE TAMU GADANG UMS 2015

Bismillahirrahmanirrahim....

Hari tu masa baru-baru je start cuti sekolah dan kebetulan memang kami stay di kk lepas dari dinner tu so marilah ke tamu gadang..konon-konon tak pernah lagi pergi dan kebetulan terbaca kat Instagram Irina headband yang diorang ada buka booth kat Sana..jadi bertambah-tambahlah keinginan untuk pergi,  haha.

Headband zahrah memang kebanyakan beli yang Irina headband ni lah.. Pantang jumpa booth dia kat mana-mana confirm akan diserbu..lalala.

Tamu gadang ni sebenarnya adalah sempena konvokesyen ums..so kira macam sambil-sambil mengimbau balik kenangan konvo lah juga hari tu, haha.


Betul kan tak tipu..memang kat tamu gadang..lalala

 Inilah booth Irina tu..pusing-pusing cari tau. Patut zahrah dah boleh jadi duta diorang dah, hahaha.

Ni kk FM punya buskers..best jugalah, siap nyanyi lagu ketuhanan lagi..

Tak banyak ambil gambar hari tu.. Nak buat macam mana, sibuk tengok jualan je.. Zahrah alhmdulillah sangat behave. Seronok dia tengok ramai orang. Nasib baik belum pandai minta mainan..banyak gila jual mainan hari tu, fuhh. Peminat zahrah pun ramai juga hari tu.. Nasiblah Zahrah belum pandai autograf lagi, haha..itu sudah lebih ummi zahrah oi.

Friday, December 11, 2015

ANNUAL DINNER @ PLATINUM HOTEL

Bismillahirrahmanirrahim...

Tengah godek-godek hp tadi tiba-tiba terjumpa pula gambar dinner hari tu...maka haruslah terus diupdate.

Tahun ni buat dinner jauh sikit..buat dekat hotel platinum di putatan, jauhlah sikit kan. Macam biasalah bila jauh sikit ada lah yang tak boleh hadir dan sebagainya. So dinner tahun ni ada macam kurang meriah sikit sebab tak cukup ahli. Tapi apa pun yang penting majlis terlaksana dan semua enjoy!! Haha..

 1st sekali mestilah ucapan big boss..masa ni lapar dah ni, perut dah bunyi macam-macam..haha

Lepas je acara potong Kek ni alhamdulillah boleh makan dah. Tapi Kek ni boleh tahan sedap juga..rasa nak habiskan semua, haha.

 Tengok zahrah tu..elok je di pangkuan orang lain. Tak ingat parents dia dah..haha

 Masing-masing dengan anak..affiya kat sebelah zahrah tu anak cikgu Prasekolah. Zahrah tua 2minggu je dari affiya tu.

 Ini entah bila diorang selfie ni..ai is jeles tau, haha.  Kat belakang tu mak si affiya..

 Inilah barisan kami yang hadir malam tu.. Rugi yang lain-lain tu tak datang tau, lalala.

 Sebelum balik sempat bergambar lagi bertiga..lalala. Tema merah tauu..

 Masa ni zahrah dah tidur..

Gambar tuan tanah mesti kena ada.. Zahrah dah tidur senang sikit posing..lalala.

Selesai je dinner kami terus ke kk..balik hotel. Esok pagi abang ada urusan lagi sebab tu kena stay d kk. Next entry saya update tentang percutian ringkas kami pula ye.. Eh, percutian ke..tak kisahlah, haha.