Thursday, March 26, 2015

BABY SEAT 3 IN 1

Bismillahirrahmanirrahim....

Sebelum zahrah lahir lagi kami suami isteri memang dah decide seboleh mungkin tak nak anak tidur dalam buaian. Nak biasakan anak tidur atas tilam je macam biasa..rasionalnya sebab memudahkan bila nak travel atau tidur bermalam kat mana-mana, tak payah susah-susah nak angkut segala buaian tiap kali jalan.

Suatu hari tu, tengah kami jalan-jalan survey barang-barang baby, kami ternampak baby seat yang kena display..dah lah tengah dilema nak beli car seat ke tak,  ternampak pula  baby seat tu..memang bonus lah.



Benda ni ada fungsi 3 dalm 1..pertama boleh jadikan baby seat aka car seat. Pandai-pandai adjust la ye..hehe. Kedua, boleh dijadikan carrier untuk angkat baby ulang alik pergi kereta dan sebagainya. Ketiga pula, benda ni berfungsi macam kerusi malas untuk baby. Baby baring atau separuh baring kat situ dan boleh tolak seat tu ke depan dan belakang.

Kira benda ni boleh guna untuk menggantikan fungsi buaian yang kami tak nak tadi tu. Kalau jalan-jalan pun senang je nak bawa ni, dah memang wajib dalam kereta sebagai car seat..oh, mudahnya :-)




Zahrah  memang tidur lena kalau tidur dalam ni..bila dia tersedar,tolak-tolak seat lepas tu zahrah akan sambung tidur semula. Dalam kereta pun lah asyik nak tidur je sepanjang perjalanan bila duk dalam tu.. takdelah lenguh tangan riba baby sepanjang perjalanan lagi dah, yeah!

Kami beli seat ni kat survey, jenama my dear dengan harga RM259..mana nak dapat lagi seat 3 in 1 dengan harga murah camtu kan,  hehe. Seat ni baby umur tak sampai sebulan pun dah boleh masuk sampai baby dah umur 8 bulan. Waa..lepas ni zahrah boleh lah jadi duta my dear..sungguh-sungguh ummi review ni, haha.


Monday, March 23, 2015

PERCUBAAN UNTUK HOLIDAY!!

Bismillahirrahmanirrahim...

Masa hidup berdua lagi kami suami isteri memang suka berjalan..tak kira lah nak jalan ke mana, asalkan dapat keluar rumah. Tapi kalau dapat jalan cuti-cuti malaysia lagi best..bonus sangat, haha.

Masa mengandung sekalipun memang kuat jalan juga..tak peduli pun kaki bengkak, yang penting dapat berjalan..padanlah muka zahrah suka sangat tidur sambil dukung jalan-jalan, lalala.

Bila dah ada baby, ingatkan aktiviti berjalan ni akan automatik terhapus tapi rupanya tidak..zahrah baru umur sebulan 7 hari kami dah angkut bawa jalan, haha. Bukan main baby sekarang ye..tak sempat nak tunggu besar, haha.

Zahrah tak mau bagi kerjasama..dah letak depan doraemon pun still nangis juga, haha.


Ni masa sarapan pagi..ummi dan abi dah mandi, zahrah je tak mandi lagi..tidur je sepanjang sarapan tu :-)

Lena je dia tidur dalam kereta baru dia tu..lalala

Ummi dan abi yang excited lebih bergambar dengan pororo..haha

Macam biasalah zahrah tak mau bagi kerjasama..haha

Masa ni saya masuk dalam tengok cooler bag..

Terpaksa makan ganti-ganti masa dinner sebab zahrah tak mau duduk dalam stroller

Biar je budak kecik main sorang-sorang..

Alhamdulillah..pengalaman bawa zahrah jalan-jalan tak adalah susah mana..cuma zahrah jenis yang suka sejuk, kami bawa jalan dalam kawasan ada aircond je. Nak makan pun kena fikir dulu kat mana yang ada aircond tapi makanan sedap dan suasana best..

Bawa baby jalan-jalan kena sedia juga macam mana nak susukan dan tukar pampers. Tukar pampers ok je, boleh buat kat stroller dia. Nak susukan pula kena cari tempat yang jauh sikit dari orang lalu lalang dan kena sediakan kain untuk cover..aurat tetap kena jaga ye.

InsyaAllah nanti boleh bawa zahrah jalan-jalan lagi..:-)


Sunday, March 22, 2015

STROLLER UNTUK ZAHRAH

Bismillahirrahmanirrahim...

Dulu masa mengandung zahrah, kami suami isteri dah pernah survey stroller dan car seat. Tapi masa tu just survey je dan tak terfikir pun nak beli lagi. Kami sama-sama decide untuk beli lepas zahrah lahir, itupun ikut  keperluan..kot lah tak perlu kan.

Tapi pada usia zahrah dah lebih sebulan dan saya pula masih dalam pantang yang tak berapa sangat pantang, saya terpaksa juga keluar bersama zahrah sambil nak shoping beberapa keperluan yang mustahak..(konon). Dah lah bersalin caeserean,  zahrah pula makin berat naik lenguh tangan bila dukung. So..kami decide beli stroller untuk zahrah, demi memudahkan setiap urusan juga keselesaan zahrah bila keluar jalan-jalan..

Memandangkan kami bawa zahrah sekali masa nak mencari stroller, mudah untuk kami letak dia terus dalam stroller tu untuk tengok keselesaan dia macam mana. Akhirnya stroller my dear jadi pilihan zahrah..yeah!

Alhamdulillah Allah permudahkan kami selesaikan keperluan zahrah..murah je stroller ni. Harga asal dalam Rm289 lepas tu dapat offer untuk jenama my dear cuma perlu bayar Rm269 je..

Masa ni dah lepas try masukkan zahrah..nampak selesa je dia baring dalam tu :-)

Dah zahrah berkenan, cepat-cepat bayar sebab tak sabar nak sorong zahrah dalam tu..hehe.

Oh, ya..stroller ni ringan je dan pemegangnya boleh ubahsuai samada nak menghadap baby atau membelakang baby. Sesuai dipakai sehingga  baby berumur 3tahun. Kira ok lah kan..:-)

Dah ada stroller nampaknya rajinlah bawa zahrah jalan-jalan lepas ni..haha.

Thursday, March 12, 2015

SEBULAN SUDAH.....:-)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah dalam tak sedar hari ni zahrah dah sebulan umurnya..rasa gembira dan teruja pula bila anak makin membesar. Pagi tadi saya dan zahrah ditemani mak untuk check up sebulan..pergi jalan kaki je, dekat sangat klinik dengan rumah. 

Zahrah lahir dengan berat 2.7kg, masa umur 10 hari beratnya dah pun 3kg. Masa umur 20 hari beratnya 3.25kg dan hari ni umurnya sebulan berat zahrah 3.7kg dah..patut rasa lenguh je bila dukung dia sekarang. Berbaloi sangat kuat menyusu dengan berat macam tu..haha.



Zahrah timbang berat, ummi pun mesti nak timbang juga..lalala. Terkejut pula tengok berat dah turun sebanyak 14kg..hehe. Tapi still belum dapat lagi berat macam masa sebelum kahwin, haha.

Nantilah kalau dah dapat balik berat badan ideal tu baru saya akan share total berat saya berapa masa last pregnant hari tu..insyaAllah. Tapi yang penting memang naik banyak tau..

Hm..orang kata muka zahrah macam abi dia. Nak suka ke nak jeles ye..:-)

Tuesday, March 10, 2015

PENGALAMAN PERTAMA MANDIKAN ZAHRAH :-)

Bismillahirrahmanirrahim...

Sekarang ni entri memang mak-mak sangat, almaklumlah 1st time jadi ibu katakan.. haha. Hari ni nak share  macam mana masa saya mula-mula sekali mandikan zahrah.

Sejak keluar hospital hari tu, saya terus balik berpantang rumah mak.. zahrah pula setiap hari mak yang mandikan. Saya cuma tengok dan tolong pakaikan baju je..

Sehinggalah pada suatu hari, umur  zahrah masa tu belas-belas hari kot tapi tak ingat hari yang tepat. Masa tu abang balik rumah mentua kejap. Dalam pukul 5.30 petang camtu abang call..tiba-tiba ajak balik bermalam rumah mentua malam tu sebab abang nak pergi memancing dekat-dekat sana.

Abang tanya, "macam mana ye?"..saya dah er..err..macam-macam saya fikirkan sebab tak pernah lagi jauh dari mak sepanjang tempoh  pantang. Dalam hati risau fikir siapa nak tolong saya pantau  zahrah nanti..wawawa. Tapi akhirnya saya jawab ok juga kat abang.

Malam tu ok jugalah jaga zahrah tanpa mak, keadaan terkawal tapi esoknya bila tiba masa nak mandikan saya dah cuak sikit macam mana nak buat. Mak mentua pula tak ada pagi tu..

Nak tak nak saya try juga mandikan, ikut macam mana yang saya selalu tengok mak buat..haha. assistant saya pula abu zahrah. Alhamdulillah walaupun zahrah menangis waktu dimandikan tapi saya berjaya, haha. Rasa macan satu kemenangan besar kot berjaya mandikan zahrah..haha.

Sekarang walaupun mak masih mandikan zahrah tiap hari, bila mak tak ada saya dah tak kekok mandikan zahrah..alhamdulillah :-)

Thursday, March 5, 2015

GIVEAWAY SAFI BALQIS WHITE TRILOGY BY AYUE IDRIS

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum~

(Klik banner di atas untuk join)


facebook link : Tiada
instagram id : Tiada


Jom ramai-ramai meriahkan GA Ayue Idris!! 

Tuesday, March 3, 2015

10 TAHUN LALU..

Bismillahirrahmanirrahim...

Ini kisah 10 tahun lalu..tiba-tiba rasa macam oh, tuanya diri ini bila pandang ke 10 tahun lalu. 10 tahun yang sudah berlalu ketika saya menduduki spm. Dah 10 tahun ye saya tinggalkan exam besar tu.

Masa tu saya ambil 12 subjek..bukan suka-suka pun nak  ambil banyak subjek tapi dah sekolah tetapkan camtu. Tapi dalam hati masa tu bangga lah juga bila kawan-kawan tanya ambil berapa subjek..haha. Masa tu kan dah macam trend semua  berlumba-lumba nak ambil subjek banyak-banyak. Sekarang je dah tak boleh..

Tapi lepas je result keluar, serius saya menyesal sebab ambil banyak subjek. Masa tu baru tersedar yang banyak subjek saya tak boleh nak fokus belajar sebab ada banyak..eleh, padahal sendiri yang salah tak study betul-betul, haha.

Dari 12 subjek yang saya banggakan tu, 6 jeeeee yang kredit tau. Terus rasa bangga merundum jadi malu..wawawa. Konon aliran sains tapi subjek sains 1 pun tak kredit..padahal minat sekali kat subjek kimia, wawawa. Terus menyesal tak ambil sains biasa je, boleh fokus 1 je.

Lepas tu rasa tak adil sebab kena ambil subjek EST (English For Science and Technology)..nama bukan main lagi, pheww. Subjek ni pada saya susah ya amat..dah la bi pun tak ok, est ni lagi lah susah..sabar je lah. Tak tau nak study macam mana masa nak exam.

Addmath. Saya minat math dan berusaha sungguh-sungguh study dan buat latihan semua tapi tak ada rezeki nak kredit addmath, nak buat macam mana. Tapi saya A1 math moden..haha.

B.Arab pula boleh dibanggakan sebab saya memang tak pandai pun arab ni..selalu kena soal je dalam kelas dan selalu terkial-kial nak jawab, haha. Tapi faktor utama yang jadi  pendorong masa tu sebab saya suka cara ustaz tu mengajar, mudah faham. Bukan saya suka ustaz tu ye..jangan salah faham.

Biarpun cuma lulus 6kredit je dan cuma ada 2A je, alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kini saya dah berjaya..peluang yang datang di hadapan saya, saya jadikan sebagai ruang memperbaiki diri. Alhamdulillah saya berjaya menjadi pendidik..

Siapa sangka pelajar yang dulu selalu terkial-kial dan  mohon ihsan kawan-kawan tunjuk jawapan bila kena soal kini jadi guru untuk subjek tu pula..giliran saya pula buat anak murid terkial-kial, haha.

Hari ni result spm diumumkan..kepada yang cemerlang  dan terbilang tu tahniah dan syabas. Tapi buat yang tak full kredit macam saya tu, jangan putus asa. Jadikan ini sebagai permulaan untuk berjaya..peluang sentiasa ada, rebut dan guna peluang tu sebaiknya :-)

Pepatah arab ada mengatakan, "siapa yang berusaha dia akan berjaya  dan siapa menanam dia akan menuai"..