Monday, February 25, 2019

HAPPY BIRTHDAY ZAHRAH

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah tanggal 12 Februari 2019 yang lalu zahrah genap 4tahun. Memandangkan zahrah sudah ke sekolah, maka kami suami isteri pun sepakat agar birthday zahrah tahun ni disambut di sekolah. 

Lebih meriah sambut beramai-ramai sambil jamu kawan-kawan dengan kek dan sedikit cupcake😉

Persediaan kami untuk birthday zahrah tak banyak pun. Kek tempah sahaja, tema pinky pie si little pony by birthday girl. 


Gambar kek ni snap di kedai saja..sebabnya pagi sebelum ke sekolah tu baru pergi ambil dan terus bawa ke sekolah zahrah. 

Goodies bag pula kami buat sendiri..banyak masa nak buat kan, haha. Sebenarnya lebih kepada nak jimat dan berbaloi sebab kawan-kawan zahrah ramailah juga dalam 50 orang macam tu dan dalam masa yang sama kami tak nak lah beli mahal-mahal lepas tu dibuang macam tu je. So kami buat sendiri..




Kami guna pembalut makanan yang biasanya diguna untuk balut waffle, pisang goreng. 100pcs hanya rm4.50..untuk tulisan pada bag tu kami print je. Husband design kemudian print terus pada bag tu. Tapi perlukan sedikit kegigihan jugalah sebab tak boleh print banyak-banyak terus. Kena adjust betul-betul supaya tulisan dan gambar betul-betul berada pada kedudukan yang kita nak.

Husband kata dah boleh dah ni kalau nak open order untuk goodies bag😅 Dalam bag tu kami isikan air teh bunga dan kek apollo je. Seboleh mungkin tak nak bagi jajan kat budak-budak.


Saya bekalkan chocolate moist cupcakes je untuk zahrah dan kawan-kawan. Itu saja mampu disediakan masa hari bekerja ni😅 Alhamdulillah zahrah kata kawan-kawan cakap sedap.







Terima kasih sangat untuk guru-guru Pasti Baitul Hikmah kerana bantu menjayakan majlis hari lahir zahrah. Belon-belon dan hiasan belakang tu kami sediakan tapi guru-guru zahrah yang tiup dan hias. Alhamdulillah..

Thursday, February 7, 2019

KELEBIHAN SCRUB

Bismillahirrahmanirrahim..

Kali ni nak share tentang kelebihan scrub. Mungkin ramai yang sudah tau tentang kelebihannya tapi tak rajin apply kan. Scrub ni sebaiknya digunakan pada wajah dan badan sekali atau 2 kali dalam seminggu.

Kenapa scrub ni penting? Haa..ni yang nak cerita ni sebenarnya. Antara kelebihannya ialah:

🌸 Membersihkan & menyingkirkan kulit mati
🌸 Menyelamatkan pori yang tersumbat
🌸 Memutihkan & mencerahkan kulit terutama di bahagian tersembunyi pada badan
🌸 Memudahkan penyerapan produk pada wajah & badan
🌸 Menghaluskan kulit
🌸Memudarkan parut

Kalau ada yang masih tercari-cari scrub apa nak guna atau mungkin nak cuba scrub lain dari yang sebelum ni, tak perlu risau sebab #sisfel ada keluarkan scrub yang boleh digunakan ada wajah & badan sekaligus. Jimat kan tak perlu guna sampai 2scrub. Apa yang lebih lagi jimat ialah ianya adalah FREE😍😍.


Cantik kan..nampak ekslusif sangat. 

Macam mana nak dapatkan scrub yang free ni? Dengan pembelian Felinna Hot Lotion & Teatox dapat free scrub..hanya perlu bayar Rm104 sahaja dapat 3 barang. Berbaloi sangat tau..promosi ni tak lama, selagi stok masih ada. So kena cepat-cepat tau.




Saya yang tengok promosi ni pun rasa tak sabar-sabar nak guna scrub yang free ni..kalau nak pakej ni jangan segan-segan tau pm je saya di no. 0135380556.. Nak dm di instagram pun boleh😍😍

Sambil-sambil kuruskan badan, kita cantikkan kulit..baru berseri😍😍

Wednesday, February 6, 2019

ZAHRAH POSITIF INFLUENZA

Bismillahirrahmanirrahim..

Sebelum ni memang saya ada share di ig tentang zahrah yang sakit & warded. Tapi baru ni berkesempatan untuk share tentang influenza.

Zahrah mula dengan batuk kering pada khamis 24.01.2019. Petang tu juga kami terus bawa ke Klinik Medisinar di Beaufort. Waktu tu doktor cuma bagi ubat batuk dan titis hidung sebab zahrah mengadu hidung dia tersumbat. Keesokannya 25.01.2019 hari Jumaat pun zahrah masih batuk kering.

Hari sabtu, 26.01.2019 batuk zahrah sudah mula berkahak..lega sikit la kan. Kemudian hari Ahad 27.01.2019 zahrah mula demam. Suhu badan dia akan tinggi pada waktu malam. Hari isnin 28.01.2019, saya belikan zahrah ubat demam di klinik Medisinar. Hari selasa 29.01.2019 zahrah masih demam & kami bawa zahrah ke KliniK Dr.Tan di kk. Di sana, Dr.Tan kata zahrah sakit yang sama macam masa kecik dulu. Demam biasa 3serangkai macam tu. Kali ni dapat antibiotik & beberapa lagi ubat lain.

Hari Rabu 30.01.2019, saya cuti & fokus jaga zahrah di rumah & pantau sepenuhnya jadual makan ubat supaya tiada yang terlepas. Saya mandikan zahrah lebih dari 7kali tapi suhu tak turun juga. Malam tu, suhu badan zahrah terus naik sampai 39.3°c, cepat-cepat kami bawa semula ke klinik Medisinar untuk masuk ubat sumbat punggung. Balik rumah suhu zahrah turun dari 39°c tapi masih demam.

Keesokan hari, hari khamis 31.01.2019 kami buat keputusan untuk bawa zahrah ke Hospital Gleneagles..memandangkan gleneagles salah satu hospital panel untuk medical card zahrah. Kami sampai dalam lebih kurang 1.30pm dan terus minta untuk jumpa dengan Dr.Fauziah. Cantik kliniknya tapi tak sempat pula ambil gambar😅.

Dr.Fauziah suspect zahrah dijangkiti influenza..macam menakutkan bunyinya kan. Tapi untuk sahkan kena buat test. Test agak mahal sedikit, dalam Rm700+..so kami rela zahrah masuk wad & test akan dibuat. Hasil test memang zahrah positif influenza. Influenza B..














Selama 4hari 3malam dalam wad, demam zahrah memang on off..kalau siang hari suhunya 36°c, malam boleh naik mendadak ke 38°c macam tu. Doktor kata memang begitulah simptom influenza..demam on off & suhu tinggi pada waktu malam. Batuk & selesema zahrah juga dipengaruhi oleh influenza tu sebenarnya.

Alhamdulillah..syukur sangat sebab kami ambil tindakan segera bawa zahrah ke hospital. Mommies kalau anak-anak demam lebih 3hari cepat-cepat bawa ke hospital tau lebih-lebih lagi kalau suhu yang tinggi pada waktu malam.

Kalau tanya kami, dari mana zahrah dapat jangkitan ni kami pun tak tau nak jawab apa. Macam-macam kemungkinan..mungkin sekolah, tempat awam, kedai..so mommies berjaga-jaga saja & rajin apply sanitizer kat anak setiap kali keluar rumah k.

Oh ya..info yang saya dapat, untuk mengesahkan jangkitan influenza kena buat test ya. Sebab tu klinik tak dapat mengesahkan sebab klinik tak ada lab. Kena pergi hospital..influenza juga boleh menjangkiti semua peringkat usia. Syukur juga kami suami isteri tak dijangkiti zahrah..alhamdulillah.