Sunday, September 22, 2013

BACK TO SCHOOL

Bismillahirrahmanirrahim...



Setelah lebih kurang 3 bulan berehat di rumah alhamdulillah saya kembali memulakan tugas sebagai guru interim di sekolah saya menjalani latihan mengajar selama setahun setengah sebelum ni..rasa sangat teruja sebab dapat bertugas semula dan berjumpa teman-teman setugas serta anak-anak saya di sana:)


Minggu pertama ke sekolah saya menumpang bot abang brahim bersama En.tunang dan kakak PPM..kakak tu pun baru mula bertugas sebab masa mula bertugas hari tu kakak tu terus ambil cuti bersalin. Alang-alang lepas bersalin dan cuti 3 bulan baru kakak tu datang bertugas..kesian kakak tu sebab kena ulang alik setiap hari dari petagas-sk jabang. Jaraknya lebih kurang 2 jam perjalanan juga..kena seberang sungai lagi kan. Simpati saya dengan kakak tu..


Walaupun sudah berada di sekolah ni setahun setengah dan selalu juga berulang naik bot tapi tak pernah pula ambil gambar sepanjang perjalanan ke sekolah dengan bot. Ni pun terfikir nak ambil gambar sebab pagi jumaat baru-baru ni masa dalam perjalanan ke sekolah kami tercengang melihat buaya beristirehat di atas pesisir sungai..sebelum ni memang dah dengar cakap-cakap orang yang sungai tu ada buaya tapi tak pernah nampak. Sampailah hari jumaat baru ni saya akhirnya melihat sendiri buaya tu.. seramnya.


Saya tak sempat nak ambil gambar buaya tu sebab bila kami lalu je kawasan dia berehat tu cepat-cepat dia masuk dalam air..konon-konon malu la tu. Lepas tu, masa balik dari sekolah kami tengok lagi kawasan tu..buaya tu masih ada di sana berehat-rehat. Abang brahim pun perlahankan bot, kononnya nak bagi kami semua tengok dengan lebih jelas buaya tu atau ambil gambar. Malangnya bot kami tiba-tiba mati enjinnya di tempat kejadian.. haha.


Dapat bayangkan perasaan saya ketika tu..dah la kami berada di kawasan buaya berehat, bot pula mati enjin. Dalam 15 minit juga camtu kami tersadai kat kawasan tu. Nasib baik buaya tu stay je kat tebing sungai.. kalau dia masuk dalam air mesti saya dah curiga yang amat yang buaya tu datang sapa kami..haha.


Nasib baiklah jarang-jarang naik bot..sebab kami biasanya naik jambatan gantung je ke sekolah. Takut rasanya pergi sekolah bersama buaya setiap hari..haha. Demi anak-anakku di sekolah..buaya pun buaya lah..redah je. InsyaAllah sesiapa yang berniat baik demi Allah taala akan sentiasa berada di bawah jagaan dan lindungannya setiap saat dan ketika. 


Ni je lah gambar-gambar yang sempat saya ambil masa kami tersadai di kawasan buaya tu.. gambar buaya je tak sempat nak ambil:)
















Lain kali kalau saya jumpa buaya tu lagi saya terus ambil gambar dan cepat-cepat upload kat sini ya..:)


p/s: Bersyukurlah dengan persekitaran yang kita ada kini..kerana kita tidak tahu mungkin ada insan lain yang bertugas di kawasan yang lebih mengancam keselamatan diri. Syukur alhamdulillah..



SIAP AKHIRNYA..:)

Bismillahirrahmanirrahim...


Seperti yang telah dirancang hari tu..ketika saya ada masa yang berlebihan, saya akhirnya berjaya menyiapkan jahitan manik pada 2 helai tudung yang pada asalnya kosong tiada hiasan. Alhamdulillah saya berjaya melakukan transformasi pada tudung tu..hehe.


Mulanya saya ingat nak lukis lakaran manik yang saya inginkan di atas tudung tu tapi entah kenapa pensel lukis manik tu tak bekerjasama dengan baik pula dengan saya..last sekali saya ambil keputusan cuba jaya. Jahit je ikut gerak hati walaupun sedikit payah sebab tak ada landasan yang nak diikut. Alhamdulillah di sebalik kepayahan dan usaha gigih itu saya berjaya walaupun hasilnya tak berapa nak sama macam tudung yang ada jual kat kedai..(ada hati rupanya nak lawan jahitan kedai..haha).


Jom lihat hasilnya:)




 Kedua-dua tudung asalnya kosong macam ni tapi saya ambil gambar 1 tudung je..




 Tudung purple: jahitan manik di atas kepala



 Tudung purple: Jahitan manik di bahagian bawah



Tudung maroon: Jahitan manik di atas kepala


 
Tudung maroon: Jahitan manik di bahagian bawah


Itulah hasilnya..saya buat sedikit-sedikit, berhari-hari juga lah untuk siapkan kedua-duanya.. entah kenapa bila ambil gambar dua-dua tudung nampak macam sama warna pula. Maklumlah ambil gambar dengan hp 'canggih' kan..haha.


Agak-agaknya boleh tak usaha jahit manik ni diteruskan?? Ada juga niat nak jahit manik kat tudung bawal yang kosong tak ada hiasan.. boleh la jadi ala-ala bawal crown tu kan, hehe. Jahit kat shawl pun boleh.. dapatlah jadikan tudung dan shawl lama berwajah baru:)


Menjahit sangat enjoy sebenarnya..:)


SYUKUR ALHAMDULILLAH

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah kini saya sudah mampu tersenyum lebar selebarnya..:) Semalam dua keluarga duduk bersama berbincang tentang tarikh walimah kami yang belum ada kata putus itu. Alhamdulillah akhirnya setelah beberapa jam berlalu akhirnya pihak sebelah sana akur dengan tarikh yang pihak saya cadangkan.. tak sia-sia saya curi-curi dengar di balik dinding, haha.


InsyaAllah jika segalanya berjalan lancar tarikh walimah kami adalah pada 27 dan 28 Disember 2013.. semoga segalanya baik-baik saja dan niat suci kami ini diberkati Ilahi..amin.


InsyaAllah kad jemputan akan menyusul kemudian..sekarang kena laju-laju pergi tempah pelamin dan pakaian pengantin dulu. Lambat-lambat nanti takut tak ada yang tinggal untuk kami..haha. Nampak gaya selepas ni entri yang mendatang akan lebih kepada cerita b2b..:) bukan selalu pun kan.. hehe.


رَبَّنَا ءَاتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
 “Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)
  

Thursday, September 19, 2013

KAHWIN OH WALIMAH


Bismillahirrahmanirrahim...






Entri ini sekadar luahan rasa dari sudut hati yang sudah lama terpendam..maaf andai terlebih emosi:( Cuti sekolah semakin menghampiri tapi tarikh walimah tidak juga dapat diputuskan. Asalnya antara saya dan En.tunang rancang nak buat walimah pada seminggu sebelum cuti sekolah berakhir. Niat di hati kami untuk meraikan teman-teman setugas yang asal dari semenanjung sebab kalau buat masa cuti sekolah masing-masing dah balik kampung.


Tapi tarikh yang kami rancang tu tak dipersetujui oleh keluarga dengan alasan nak buat masa cuti sekolah sebab semua keluarga dapat berkumpul sekali..maka kami pun menukar segala rancangan demi keluarga tercinta lalu pihak saya yakni pihak perempuan mencadangkan pula pada penghujung bulan Disember..tapi tidak dapat dipersetujui oleh pihak lelaki sebab mereka tak cukup ahli keluarga masa tu. Lalu pihak lelaki mencadangkan dibuat pada bulan November.. tapi tidak dipersetujui oleh pihak perempuan.. wawawawa


Terkini..keputusan abah tersayang pula andai kedua-dua pihak tak jumpa tarikh sesuai, walimah kena tangguh ke tahun hadapan @ 2014.. ????????


Lalu saya dengan sedihnya mencadangkan pada En.tunang agar kami bernikah sahaja dulu..kerana hanya nikah yang wajib. Majlis meraikan kedua-dua buah keluarga tu boleh buat kemudian.. tapi En.tunang tak setuju sebab tak mahu orang berburuk sangka pada kami.. ( kalau di tempat saya, perkahwinan sebegini lazimnya dikatakan berlaku kerana sudah terlanjur..sebab tu nikah dulu dan kemudian baru majlis ).


Oh..sebenarnya apalah yang ada pada tarikh dan cakap-cakap orang..mengapa lah sebuah pernikahan diberatkan dengan perkara-perkara macam ni. Agaknya inilah ujian buat kami dalam mahu mendirikan masjid. Tidak ada perkara yang dapat dilalui dengan begitu mudah melainkan dengan kesabaran dan ketakwaan.. Pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Pasti ada sebabnya mengapa tarikh itu dan ini tidak dapat membantu dalam penyatuan hati kami.. 


Akhir sekali..kami hanya mampu berdoa dan berdoa agar segala urusan jodoh kami dipermudahkan dan segala ujian ini dapat dilalui dengan baik. Kami serahkan saja semuanya kepada keluarga kerana kami yakin mereka pasti dapat membuat keputusan yang terbaik buat kami..insyaAllah.

-Renung-renungkanlah-

* Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama..

* Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.


Friday, September 13, 2013

MASYA ALLAH..TENANGNYA WAJAH DIA!

Bismillahirrahmanirrahim...


Beberapa bulan yang lalu kalau tak silap bulan mei rasanya..saya dan En.tunang telah pergi office SKMM cawangan daerah Beaufort. Ada sedikit urusan di sana dan kebetulan ex classmate EN.tunang bekerja di sana. Kiranya sambil settlekan urusan sambil nak bersilaturrahim dengan sahabat En.tunang.


Sahabat tu ukhti L seorang muallaf..saya tak pasti dah berapa lama dia menjadi saudara baru tapi rasanya baru lagi. En.tunang pun baru juga jejak kasih dengan ukhti L ni..dia sendiri terkejut tengok ukhti L ni dah bertudung litup. Alhamdulillah masa kami pertama kali jumpa tu, ukhti L bagitau lagi 2 bulan dia akan jadi zaujah kepada rakan En.tunang juga merangkap ex classmate beliau juga. Seronok dengar dari classmate bakal menjadi suami isteri.


Ukhti L tu tak banyak cakap..dia lebih banyak melakukan tugasnya dan hanya bercakap bila perlu saja. Ralit je saya tengok tingkah laku ukhti L masa kat office tu..pemakaiannya sempurna, memakai selendang labuh serta bersarung kaki..kagum saya dengan saudara baru tu. Agaknya bakal suaminya didik sungguh-sungguh dengan ajaran Islam.


Bulan Ramadhan yang lalu..

En.tunang cerita yang dia solat terawih sekali dengan suami ukhti L..kebetulan mereka sekampung tapi suami ukhti L jarang ada di kampung atas kesibukan bisnes..suami ukhti L ni anak datuk sebab tu selalu sibuk. Kesempatan yang ada tu mereka ni pun berbual..masa tu baru sebulan kot pasangan tu jadi suami isteri.


Suami ukhti L sempat cakap kat En.tunang,kalau boleh dia mengharapkan saya boleh tolong bimbing ukhti L lebih mendalam tentang agama. Kalau boleh memanglah suaminya nak bawa ukhti L solat terawih bersama di masjid tapi ukhti L pun masih dalam proses mendalami agama..sekarang pun katanya ukhti L solat 5 waktu bersama dengannya di rumah. Suami ukhti L tak banyak kesempatan nak ajar isterinya lebih mendalam tentang agama, sebab tu dia mengharapkan saya boleh bantu isterinya tu lepas dah nikah dengan En.tunang nanti.


Rasa kagum sangat dengan suami ukhti L..meskipun sibuk tetap tak mengabaikan tanggungjawabnya membimbing isteri yang masih baru dengan agama ni. InsyaAllah jika diizinkan suami lepas nikah nanti saya tak akan keberatan membantu pasangan tu:)


Beberapa minggu lalu..

Saya terserempak dengan ukhti L di parking kereta masa nak masuk kedai di pekan. Masa tu ukhti L dah nak balik, saya pula baru je sampai. Sempat bersalam dan bertegur sapa dengan ukhti L.. Sampai sekarang saya tak boleh lupakan saat tu sebab saya rasakan ukhti L sangat berbeza dengan masa sebelum dia nikah hari tu. Wajahnya sangat berseri-seri walaupun tanpa mekap..bayangkan masa tu balik kerja dah pukul 5.30 kot. Wajahnya tenang dan bercahaya..saya teruja sangat menatap wajah ukhti L. Rasa macam tak nak berhenti tatap wajahnya pun ada.

  Sampai saya terfikir-fikir hingga kini, apalah agaknya amalan yang dilakukannya sampai wajahnya kelihatan sangat menenangkan hati bila dipandang. Tu baru saya yang pandang..agaknya kalau zaujnya pandang macam mana lah ya..hehe. Adakah kerana dia seorang saudara baru maka segala amalannya terus terpancar di wajah? Ataukah suaminya yang sangat membahagiakannya? Wallahualam..segalanya mungkin.


Puas saya fikir tapi saya tak jumpa jawapan.. jujur memang saya cemburu melihat ketenangan dan kebersihan yang terpancar di wajahnya sampai saya berazam mahu menjadi sepertinya..saya juga mahu cahaya ketenangan terpancar di wajah:)

Bila saya ceritakan pada En.tunang..katanya, 'kita tunggu je lah lepas kita dah nikah nanti bercahaya ke tak wajah tu'..haha. Ada ke patut?? 


Monday, September 9, 2013

REBUNG YANG SEDANG DILENTUR


Bismillahirrahmanirrahim...


Alkisahnya bermula pada hari sabtu lalu..kakak sepupu datang ke rumah kami bersama anak perempuannya yang kuat nangis,haha. Pantang disentuh,mesti dia menangis..nasib baik comel. Dijadikan cerita, kakak sepupu duduk bersembang dengan mak. Anaknya si Fina tu pula saya lalaikan dengan sebakul makanan saki baki raya hari tu..


Masa dia duk 'berkemas' bekas-bekas makanan tu entah macam mana tumpah pula ke lantai. Emak si Fina saja la cakap dekat Fina tu pergi sapu makanan yang tumpah tu. Sekali tengok betul-betul budak Fina tu bangun dan pergi ambil penyapu..haha. Sayangnya saya tak sempat ambil gambar dia dengan penyapu yang 2x ganda tinggi dari dia tu. Lepas tu adik saya ganti penyapu tinggi tu dengan penyapu mini..sesuai lah budak Fina tu guna, sambil duduk je dia menyapu.

 



 







 

Tengok..tengok..sampah kat sini tak sapu lagi dah pindah gi jauh-jauh..haha
 


Ni lah budak Fina yang kuat nangis tu masa dia masih baby..



Kat belakang tu mak Fina..yang dukung tu mom to be..haha


Melentur buluh biar dari rebung..masa anak-anak kecil macam ni lagi dah boleh didik dan ajar cara menjaga kebersihan supaya bila besar nanti kita tak payah susah-susah nak didik lagi. Masa tu rebung dah menjadi buluh, cakap sekali pun belum tentu nak buat atau dengar.. anak-anak ibarat kain putih, kita sebagai ibu bapalah yang mencorakkan kain putih itu.. sama-sama lah kita renungkan:)




Tuesday, September 3, 2013

DESIGN BARU


Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah masih berkesempatan untuk mencurah idea-idea kreatif bermain dengan pelbagai warna-warna indah..seronok sebenarnya bila dapat hasilkan sesuatu yang kita sangat minat apatah lagi bila dapat gabungkan pelbagai jenis warna untuk disatukan dalam sejenis pin..rasa sangat puas!


Tak mau tampil dengan design yang sama saja maka saya pun berusaha menghasilkan pin design baru..design ni dah ada pun di pasaran (bunyi macam bisnes besar je), tapi sebelum ni saya tak terfikir nak buat sebab ingatkan susah. Tapi bila berusaha cuba jaya sendiri, alhamdulillah saya dapat hasilnya:)


Sebelum ada yang baru mesti ada yang lama kan..jadi kita tengok dulu design lama yang terbaru yang telah ditempah dan dijual. Lepas tu baru tengok design baru pula yang juga telah saya pasarkan.


DESIGN LAMA



 















 













DESIGN BARU


 
















ps: Bila pakai aksesori yang comel,automatik diri pun terasa comel semacam..haha. Motif di sebaliknya- jom ramai-ramai pakai pin saya:)