Monday, March 31, 2014

CUTI-CUTI SABAH

Bismillahirrahmanirrahim...


Kenapa rasa macam rajin semacam je update blog ye.. haha. Jangan dihairankan..bukan senang nak dapat Hana Farhana yang 'rajin' update macam ni.. haha. Kebetulan pula terajin semacam je dengan abang jalan-jalan kat Sabah ni maka rajin jugalah update blog..:)


RUMAH TERBALIK

Lokasinya di Tamparuli.. tepi jalan je. Nak masuk dalam tu cuma bayar RM 10 setiap seorang.. masa datang dengan abang kat rumah terbalik ni, dah masuk kali yang ketiga. Kesian dekat abang yang tak pernah pergi lagi.. terpaksalah saya menjadi pemandu pelancong pada abang.. hehe.










 Taman bunga yang terbalik..



 Ups! kami di tandas terbalik..






 Parking kereta terbalik..abang tu konon-konon nak tunjuk kuat, haha.



 Mango restaurant..yang penting ianya pilihan JJCM, haha.





REKREASI AIR MASJID BANDARAYA

Saja nak buat tabiat.. kami pun main lah benda alah ni. Selalu tengok je orang pusing-pusing keliling masjid, kali ni kami cuba sendiri.. haha. Rileks dan tenang je duduk atas tu.. paling penting dapat bagi kaki exercise sebab gerakkan benda tu kena guna kaki. Kalau tak silap bayaran untuk main rekreasi air ni dalam RM 5 kot.. tapi tak ingat sangat dah cuma yang pasti tak sampai pun RM 10. Sambil riadah air, sambil tengok keindahan masjid:)













Semoga dilapangkan lagi buat kami suami isteri ruang dan kesempatan untuk sentiasa bersama seperti ketika ini di masa akan datang.. amin ya Rabb.



Sunday, March 30, 2014

TRIP TO SIMPANG MENGAYAU

Bismillahirrahmanirrahim...


Trip kali ni membawa kami ke utara negeri Sabah pula..kami ke kudat di mana lokasi Simpang Mengayau berada.. haha. Kalau tak tau, simpang mengayau ni ialah salah satu tempat yang berbentuk tanduk dalam peta sabah tu.. dah lama dengar tentang keindahan tempat ni dan alhamdulillah akhirnya dah bergelar isteri baru dapat merasa ke sana..:)






 Kami lalu sini dari pekan kudat..






 Glob peta dunia pun ada..haha


 


















 Kat sini fasiliti semua lengkap:)






 Abang dan kuda tunggangan kami sepanjang perjalanan:)







Syukur alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan sepanjang dari kk ke kudat.. kalau kira jarak perjalanan dari kampung dalam 5 jam juga perjalanan. Apa pun Simpang Mengayau bukan indah dari khabar semata-mata tapi betul-betul indah di depan mata.. Subhanallah.
 

TRIP TO PULAU MANUKAN

Bismillahirrahmanirrahim..

Entri yang ni pula tak tertangguh..masih segar lagi sebab baru semalam pergi, haha. Alhamdulillah tercapai juga impian kami suami isteri untuk mencuba parasailing..tapi kali ni kami ke Pulau Manukan. Macam biasa tak sah rasanya kalau ke pulau tapi tak snorkeling.. maka percutian kami dilengkapi dengan parasailing dan snorkeling.. yeah!





 Di kaunter tiket..









Pekerja tengah setting para para sakura kami... haha











Tenggelam timbul di atas air..









Alhamdulilah..selamat mendarat dengan jayanya.. hehe





 Posing dulu sebelum snorkeling..



 Sebelum balik sempat ambil gambar lagi:)






 Banyak ikan kecil..



Alhamdulillah tercapai sudah impian kami untuk berpara para sakura.. haha. Tapi kami pasang pula angan-angan baru, nak try banana boat pula next time tapi di pulau mamutik pula.. abang kata lepas dah habis tiga-tiga pulau ni nak try snorkeling kat pulau sipadan pula.. amboi abang!


Sebelum ni tak pernah sangka snorkeling ni sangat seronok..walaupun sebelum ni saya tak pandai langsung berenang, tapi sekarang dah pandai dah sedikit demi sedikit.. tengoklah siapa gurunya, abang yang tersayang.. haha. Thanks abang.. mmmmuaah!



TRIP TO PULAU SAPI

Bismillahirrahmanirrahim...


Entri ni sudah tertangguh agak lama..mau tak mau saya 'paksa' diri update juga pada hari ni..hehe. Salah satu destinasi bulan madu konon-konon kami di pulau sapi, salah satu pulau yang ada di Taman Tunku Abdul Rahman selain pulau manukan dan pulau mamutik..snorkelling dan berenang berduaan secara halal..syukur ianya sangat seronok!


 kaunter tiket di jesselton point..





 Masa ni inai masih merah lagi di jari jemari kami:)


 Jeti pulau sapi..yeah!








Ready to snokerling..:)







 Di cafe pulau sapi..jangan risau, harga makanan minuman semua standard..hehe














Setengah hari kami di pulau sapi..seronok sangat sebab dapat tengok banyak jenis ikan yang pelbagai bentuk dan warna...antara 3 pulau yang terdapat di Taman Tunku Abdul Rahman ni, pulau sapi ialah tempat palinggg best untuk snorkelinh sebab banyak ikan.


Ramai juga orang yang buat snokeling..meriah pesisir pulau tu. Bila sekumpulan orang tu jumpa lubuk yang banyak ikan, kami dan yang lain-lain pun berlumba-lumba pergi kat tempat tu juga.. haha. Yang lain-lain tu siap bawa kamera lagi masuk dalam air..serius jeles, haha.


Kos ke pulau ni tak mahal sangat pun.. kalau tak silap kami cuma bayar RM 90 untuk tambang ulang alik dan sewa peralatan snokeling tu. Kat Taman Tunku Abdul Rahman ni juga kita boleh main parasailing, banana boat, fly fish dan jalan dalam air sambil tengok pemandangan di dasarnya menggunakan seawalking..comel benda tu tau, dari jauh macam permainan kanak-kanak.. haha.  KIta tinggal pilih je nak try semua yang best tu kat pulau mana 1 dalam taman ni.


Kami tinggalkan pulau sapi dengan angan-angan menggunung nak datang balik next time untuk cuba parasailing pula:)