Friday, December 11, 2015

ANNUAL DINNER @ PLATINUM HOTEL

Bismillahirrahmanirrahim...

Tengah godek-godek hp tadi tiba-tiba terjumpa pula gambar dinner hari tu...maka haruslah terus diupdate.

Tahun ni buat dinner jauh sikit..buat dekat hotel platinum di putatan, jauhlah sikit kan. Macam biasalah bila jauh sikit ada lah yang tak boleh hadir dan sebagainya. So dinner tahun ni ada macam kurang meriah sikit sebab tak cukup ahli. Tapi apa pun yang penting majlis terlaksana dan semua enjoy!! Haha..

 1st sekali mestilah ucapan big boss..masa ni lapar dah ni, perut dah bunyi macam-macam..haha

Lepas je acara potong Kek ni alhamdulillah boleh makan dah. Tapi Kek ni boleh tahan sedap juga..rasa nak habiskan semua, haha.

 Tengok zahrah tu..elok je di pangkuan orang lain. Tak ingat parents dia dah..haha

 Masing-masing dengan anak..affiya kat sebelah zahrah tu anak cikgu Prasekolah. Zahrah tua 2minggu je dari affiya tu.

 Ini entah bila diorang selfie ni..ai is jeles tau, haha.  Kat belakang tu mak si affiya..

 Inilah barisan kami yang hadir malam tu.. Rugi yang lain-lain tu tak datang tau, lalala.

 Sebelum balik sempat bergambar lagi bertiga..lalala. Tema merah tauu..

 Masa ni zahrah dah tidur..

Gambar tuan tanah mesti kena ada.. Zahrah dah tidur senang sikit posing..lalala.

Selesai je dinner kami terus ke kk..balik hotel. Esok pagi abang ada urusan lagi sebab tu kena stay d kk. Next entry saya update tentang percutian ringkas kami pula ye.. Eh, percutian ke..tak kisahlah, haha.

0 comments:

Post a Comment

    © Friends Forever Template by Emporium Digital 2009

Back to TOP