Friday, January 23, 2015

35 WEEKS ALREADY..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah kandungan sudah memasuki minggu 35.. satu fasa yang semakin sukar untuk saya lalui, apa tidaknya..dengan perut yang semakin besar pergerakan juga semakin terbatas. Nak duduk kat lantai dan apatah lagi membongkok memang sangat mencabar..fuhh.

Duduk terlalu lama dengan kaki tergantung, biasanya duduk atas kerusi akan membuatkan kaki jadi bengkak. Begitu juga kalau berjalan atau berdiri terlalu lama.. tapi tetap semangat nak pergi shoppping even tak larat dan kaki bengkak-bengkak, haha.

Untuk perkembangan baby pada fasa ni, semakin hari semakin susah saya nak rasa pergerakan sebab ruang baby dah makin sempit. Kena letak tangan atas perut baru boleh rasa baby gerak atau tendang-tendang. Sedikit mencabar jugalah nak catat pergerakan harian baby tu. Semakin membesar kandungan ni, rasa macam risau je takut salah kedudukan boleh jadi apa- apa kat baby dalam perut. Selalunya lepas dah habis 10 kiraan pergerakan tu baru rasa sedikit senang hati.

Selalu juga baby gerak sangat aktif sampai perut gerak-gerak, macam berombak..haha. Tapi ada masa tertentu je lah baby gerak macam tu, sampai kena pujuk usap-usap perut bagi baby bertenang..haha.

Alhamdulillah masa check antenatal baru-baru ni, semuanya baik je. Cuma bab edema tu positif la kat buku klinik dan macam biasa berat terus bertambah. Nasib baik tambah 1.5kg je dalam masa 2minggu ni.

Selera makan pula sekarang ni macam dah makin kurang..makan sikit cepat je kenyang. Agaknya sebab ruang dalam perut dah makin sempit, tu yang cepat je kenyang. 

Oh,ya..nurse sempat juga pesan suruh masukkan siap-siap beg barang baby dalam kereta kalau nak ke mana-mana. Kot lah masa jalan tu ada rasa nak bersalin kan..boleh terus je ke hospital. Maka kami suami isteri patuh dan dah mula buat macam tu :-)

Dalam fasa akhir ni juga, saya selalu ajak baby berbual-bual dan pujuk baby supaya lahir dengan mudah dan tak susahkan ummi masa lahir nanti. Lepas tu selalu juga nasihatkan baby supaya jadi anak mithali pada ummi dan abi..semoga baby dengar kata lah hendaknya :-)

Start minggu depan lepas dah masuk minggu 36, check antenatal kena buat setiap minggu dan minggu depan juga last scan dengan doktor..semoga semuanya baik-baik saja hingga akhir kehamilan nanti, amin.

0 comments:

Post a Comment

    © Friends Forever Template by Emporium Digital 2009

Back to TOP