Tuesday, February 17, 2015

ALHAMDULILLAH.. SELAMAT BERGELAR IBU :-)

Bismilhirrahmanirrahim...

Alhamdulillah saya dan abang kini dah jadi ummi wa abi.. yeah :-) kisah kelahiran bayi kami sedikit complicated namun semuanya berakhir dengan baik.

Asalnya saya dah lapor diri di hospital likas pada 9 februari lalu lepas sambut hari lahir pagi-pagi tu.. petang juga kami sampai di hospital likas, kira-kira jam 3 petang lebih kurang. Saya terus diperiksa oleh doktor dan nurse di bilik penilaian. Agak lama juga saya di bilik tu, hampir nak 2 jam juga rasanya.. kesian sangat kat abang sampai duduk bersila kat depan bilik penilaian.

Pengalaman dalam bilik penilaian tu saya tak akan lupa bila mana perut saya digodek oleh seorang doktor cina.. dia sentuh biasa saja tapi tak tau kenapa seolah rasa macam kena cengkam je.. sakit woo. Sampai saya terpaksa bagitau doktor tu yang saya kesakitan.. baby dalam perut pun keras semacam je.

Lepas je dari bilik penilaian, saya terus admit wad.. nasib baik masa tu masa melawat, dapatlah abang temankan saya sampai jam 7.30 malam. Tapi yang sedihnya, katil saya hanya di koridor.. betul-betul tepi kaunter.. wawawa. Tu untuk menunggu sementara nak dapat wad kosong yang ada bilik-bilik tu. Bayangkanlah.. nak dapatkan bilik 1st class single pun dapat giliran ke 13. Untuk 1st class double pula saya giliran ke 8. Fuhh..kesian sangat kat abang, terpaksa tidur dalam kereta je sepanjang malam tu.

Malam tu juga saya start puasa pada pukul 2 pagi. Hanya dimasukkan air glukos je dalam badan.. serius sepanjang malam saya tak dapat tidur. Nak tidur macam mana, pesakit nak bersalin bersilih ganti je disorong kat koridor.. belum lagi dengar bunyi troli ubat dan jarum disorong.  Aih..boleh kurang rehat dibuatnya.

Esoknya.. 10 februari saya masih menunggu jam berapa nak kena operate ni. Puasa tetap teruskan, tak boleh makan dan minum tau. Oh, ya.. malam tadi saya dah dapat 1 suntikan kat punggung kanan untuk matangkan jantung baby lepas tu 1 lagi saya dapat pagi ni. Sakit woo.. nak nangis pun ada masa ubat tu mengalir masuk tau. Tengahari tu dalam pukul 12 macam tu kot, sekumpulan doktor datang. Saya rasa yang sorang tu pakar bedah kot..dorang tanya macam-macam. Last sekali doktor tu kata saya tak jadi bedah hari ni sebab dewan bedah penuh dan wad juga penuh. Ok..terpaksa rela biarpun dah puasa hampir 12 jam. Doktor decide saya balik  beaufort je dan bedah di sana..itupun masa kandungan dah masuk 38 minggu 6 hari. Hari tu kandungan baru 38 minggu 2 hari. Kena tunggu lagi 4 hari baru admit wad sekali lagi di beaufort..aih.

11 februari..saya dah rasa sakit perut macam memulas dan kejap-kejap mengeras yang lama pada pukul 10 malam ke atas.. dalam hati terfikir juga ni sakit nak bersalin ke apa tapi rasa macam tak mungkinlah. Dah tengah malam camtu, sebelum nak tidur sempat cakap kat abang yang perut rasa lain macam tapi ok lagi ni..tak ada apa-apa. Abang yang memang dah mengantuk sempat pesan kalau sakit kuat cepat-cepat bangunkan dia. Dalam masa yang sama juga, macam setiap 5 minit kot asyiklah kencing je..sampai letih ulang alik ke tandas.

Lepas tu dalam pukul 1 macam tu masa pergi kencing tengok-tengok dah ada darah sikit..hati dah takut, terus cepat-cepat bangunkan abang. Abang pula cepat je bangun, terus berdiri tau capai baju..saya pula yang terkesima tengok abang kelam kabut camtu. Abang terus panggil mak mertua dan saya bersiap-siap.  Dalam pukul 1.40 pagi kot kami sampai di hospital. Saya terus masuk dalam dan kena check macam-macam..masa tu bukaan dah 2cm tau dan kaki baby dah kat laluan. Walaupun bakal dibedah tapi saya dapat merasa juga macam mana sakit contraction tu walaupun sikit..

Hm..entri macam dah panjang sangat, rasa tak boleh nak pendekkan dah. Entri di bilik bedah, pengalaman caeserian saya akan kongsi dalam next entri ye :-)   

2 comments:

  1. Tahniah hana. Alhamdulillah dah selamat bergelar ummi. Tak sabar nak tgk baby :)

    ReplyDelete

    © Friends Forever Template by Emporium Digital 2009

Back to TOP