Monday, February 23, 2015

SUSAHNYA NAK BAGI FAHAM..

Bismillahirrahmanirrahim...

Masa kat wad hari tu, *tiba-tiba* bibir zahrah kering.. macam menggelupas camtu. Saya syak sebab kering disebabkan aircond..lepas tu, bila tiba masa melawat, seorang hamba Allah datang. Tiba-tiba desak suruh bagi zahrah minum air masak supaya bibir dia tak kering di samping nak bagi tekak dia basah.. 

Saya cuba pertahankan yang zahrah tak perlukan air masak, saya boleh susukan dia je tapi orang tu tetap kata air masak tetap perlu. Last sekali saya dengar je kata dia tapi tak layan...haha. Terpaksalah buat hati keras camtu.

Sekali lagi situasi sama berulang bila orang sama datang rumah tengok zahrah..sekali lagi kami berdebat isu air masak vs susu ibu. Fuh..saya dah puas cakap yang zahrah takkan kenyang minum air masak tapi teori minum air masak untuk basahkan bibir dan tekak tetap menjadi  keutamaan. Macam nak cakap je yang dalam susu ibu tu sendiri sebenarnya dah ada air, maka baby tak perlukan air lagi dah.. cukup susu ibu sahaja. Tapi tak sampai hati juga nak cakap camtu sebab rasa diri muda lagi nak bandingkan orang tu yang dah banyak makan garam..wawawa.

Lepas isu air masak, isu bedung pula. Saya bedungkan zahrah hanya pada waktu malam bila dia dah tidur lena..tapi orang tu cuba patahkan semangat saya dengan kata tak perlu bedung semua tu, tak penting dan seolah menyeksa anak..erk???

Bab tu tak tau nak cakap apa tapi yang penting saya tetap akan bedung zahrah..saya ada sebab sendiri kenapa nak bedung dan yang pasti ianya untuk kebaikan  baby itu sendiri..dah lah saya berusaha  untuk belajar  bedung zahrah sekemas mungkin. Belajar sendiri tau, tak ada siapa ajar saya pun..

Maaflah kalau entri kali ni macam emosi sikit tapi saya cuma nak luahkan betapa susahnya nak bagi orang faham tentang apa yang kita mahu untuk anak sendiri.. tiba-tiba mood mak-mak sangat, haha.

2 comments:

  1. saya sokong isu air masak tu. baby tak perlukan air masak seawal itu nurul. tapi bab bedung tu 5 stars untuk nurul. masyitah tak pandai bedung dan tak bedung sangat sebab masyitah kesian tengok anak kena bedung. keh3...tengok video budak kena bedung pun rasa nak nangis. adoi...but bedung is good for baby actually. masyitah je macam tak sanggup. senget. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..2 la, ssh nk fhmkn org skeliling bab air msk n bedung 2. Tp nsb baik sy ni ati krs skit, tak nak blmbut dgr org ckp.. haha.

      Delete