Wednesday, February 4, 2015

KANDUNGANKU MASIH SONGSANG

Bismillahirrahmanirrahim..

Minggu ni kandungan dah masuk 37 minggu..dan minggu ni juga seharusnya adalah last scan untuk tengok kedudukan baby samada masih breech lagi atau dah normal.

Masa doktor scan, saya dimaklumkan yang baby masih dalam keadaan songsang..maka saya redha sajalah andai itu takdir untuk saya, lahirkan baby lebih awal secara pembedahan..


Doktor kata baby saya mungkin pada kedudukan pertama tu..Mula-mula doktor nak tetapkan appointment untuk proceed ecv iaitu pusing semula kedudukan baby tapi savya tak mahu..tak mahu setelah berbincang dengan abang dan juga setelah mendengar nasihat doktor di klinik swasta juga nurse di klinik.

Peluang untuk berjaya melakukan ecv hanya 46.1% sahaja bagi kandungan pertama..tapi bagi kandungan kedua dan seterusnya peluang adalah 70% ke atas..

Sebab tu saya tak nak buat ecv sebab kalau boleh biarlah sakit tu hanya sekali je..biar sakit dibedah je terus. 




Lepas je saya buat keputusan tak nak proceed ecv, doktor pun aturkanlah tarikh untuk elective caeser dengan hospital likas..maka redhalah saya bila doktor dah bagi tarikh 9feb ni untuk masuk wad dan tunggu giliran untuk *disiang*..wawawa.

Agaknya baby memang nak lahir sama tarikh dengan ummi kot 9feb..tapi naluri saya rasa macam bukan 9feb je tarikh baby akan lahir. Agaknya 10feb kot..lalala. Bagi peluang ummi makan kek dulu ye nak sebelum kena pantang tak boleh makan itu ini..

Tapi dalam pada dah dapat tarikh untuk masuk wad ni, dalam hati masih berharap supaya dapat bersalin normal..semoga dalam beberapa hari yang tinggal ni baby akan pusing semula, amin. 


Sekarang memang amalkan juga doa ni setiap hari sambil pujuk-pujuk baby..semoga segalanya akan baik-baik saja, amin ya rabb. Doakan saya dan baby ye :-)


1 comment:

  1. lama tak jenguk blog. nurul baby songsang ke? huhuhu...kalau ceaser memang sekapal la kita. tapi masyitah dulu emergency case. dari awal hingga akhir tak pernah terfikir nak kena ceaser. tak pernah ambik tahu pasal cesaer pun. how so confident i am. tapi kuasa Allah. masa tu rasa macam terhantuk sekejap. saya terlupa akan semua kemungkinan yang akan berlaku. yang saya tahu saya nak bersalin normal tapi saya tak tahu Allah dah aturkan yang terbaik untuk saya. watever pun nurul, semoga selamat semuanya.....

    ReplyDelete