Thursday, September 4, 2014

TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA!!

Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam aka kelmarin terpaksa pergi sekolah sorang-sorang sebab abang ada taklimat kat pejabat..terpaksalah juga saya drive sendiri ke sekolah, wawawa. Jalan pun berseorangan..dah la jauh :(

Masa rehat kat sekolah, tiba-tiba je hujan turun dengan lebatnya..tak sangka pula akan hujan kan, dalam hati dah terbayang tempias air hujan masuk dalam kereta sebab masa pagi tu memang saya turunkan lebih sikit cermin tingkap..pasrah je lah dalam hati sambil tunggu hujan berhenti.

Tengahari tu saya pulang sekolah macam biasa cuma bezanya kena jalan sorang la..wawawa. Cikgu K yang lintas saya dengan motornya siap pesan kat budak-budak tahun 6 supaya tunggu saya dan iring jalan sama-sama..maklumlah lepas hujan, jalan licin masa tu. Lebih lagi jambatan gantung..terharu juga rasa hati bila jalan diiringi para dayang, haha.

Bila turun dari jambatan, saya dah pelik sebab tengok cikgu-cikgu lelaki berkumpul kat pondok dekat tempat saya parking kereta..termasuk cikgu K tadi. Rupanya mereka itu sedang menunggu saya sebab risaukan saya tak boleh keluarkan kereta dari tempat parking.

Bayangkanlah, kawasan parking tu dipenuhi air..senang cerita banjir kilatlah kiranya. Parit yang ada di tepi tu pula airnya sudah melimpah rata dengan tanah..macam mana saya nak keluarkan kereta?? Sekalipun saya boleh guna gear fourwheel sekalipun, saya tetap tak berani nak reverse kereta dari kawasan tu sebab takut termasuk pula ke dalam parit.. maklumlah mata pun tak jelas mana, dah pakai 4 mata pun masih samar-samar juga..wawawa.

Syukur sangat cikgu-cikgu lelaki tu semua prihatin dengan ibu mengandung yang lemah ni. Akhirnya cikgu K tolong reversekan kereta..alhamdulillah. Dalam perjalanan balik rumah memang tak berhenti mendoakan kebaikan orang-orang di sekeliling yang banyak membantu. Agaknya berkat kebaikan abang juga kot yang selalu bantu orang lain, hinggakan saya dan baby dapat tempiasnya sekali..syukur yang amat:)

Buat semua yang telah membantu, terima kasih sangat-sangat..kalau masa tu tak ada sesiapa, agaknya macam mana lah saya berusaha untuk pulang ke rumah kan.. saya tak mampu nak balas pertolongan tu, hanya doa saja atas kebaikan yang telah dihulur. Jazakallahu khairan kathira.. hanya Allah SWT saja yang dapat membalas segala kebaikan itu☺




No comments:

Post a Comment