Monday, September 15, 2014

1st TRIMESTER SUDAH BERLALU :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah trimester pertama yang penuh dugaan sudah pun berlalu..yeah! Minggu ni kandungan dah masuk 4 bulan..syukur ya Rabb. Saja je tunggu trimester pertama tu berlalu baru nak cerita balik semua pengalaman sepanjang 3 bulan yang panjang tu.. haha. Syukur sangat dah lepas saat-saat tu:)

Sepanjang mengandung ni memang saya tak ada apa-apa alahan pada makanan..kiranya semua boleh masuk je macam masa tak mengandung sebelum ni..syukur sangat. Tapi yang sangat mencabar ialah pada bulan kedua..masa tu bulan puasa, badan sangat-sangat lemah longlai..aduhailah. Ingatkan boleh puasa penuh bila mengandung, tengok-tengok terbocor juga lah 6hari masa puasa tu atas sebab-sebab yang tak dapat nak elak..insyaAllah wajib diganti dan dibayar fidyahnya nanti.

Antara perubahan-perubahan yang saya alami sepanjang trimester 1 hari tu:-

Selera makan tinggi..haha. Tak dinafikan masa awal-awal tu sikit-sikit rasa lapar lepas tu makan apa-apa je mesti nak lebih sikit padahal saya bukan jenis yang makan banyak pun realitinya..haha. Sebab tu kot badan cepat naik masa awal mengandung hari tu:) Sebab tu juga bulan puasa hari tu saya lalui dengan penuh mencabar sebab tak tahan berlapar..wawawa. Balik dari sekolah je mesti sakit perut kelaparan..

Alah pada ubat fumurate. Sesiapa yang pernah mengandung memang tau lah ubat tu memang kena suruh makan untuk tambah darah atau supaya darah dalam badan tak kurang. Pesakit anemia pun ambil ubat ni juga. Masa bulan puasa tu, saya makan ubat ni bersama vitamin-vitamin lain masa lepas sahur. Mula-mula makan ubat ni ok je tapi bila dah lama-lama saya tak boleh dah nak makan sebabnya automatik akan rasa mual dan loya lepas tu semua yang saya makan masa sahur tu terkeluar balik (muntah). Fuhh..cukup muntah 3hari berturut-turut saya dah tak mahu makan ubat tu lagi..tinggal macam tu je, haha.

Malas. Tak tahu nak cakap mcam mana rasa malas yang membelenggu diri masa awal-awal tu.. semua malas nak buat macam masak, mengemas, buat kerja-kerja sekolah, seterika baju, lipat kain..nak dijadikan cerita, kain baju hampir sebulan tak berlipat.. haha. Bab seterika baju tu pula sampai abang ambil keputusan nak beli seterika macam kat butik-butik pakaian yang guna wap tu je..cepat dan mudah sikit nak gosok kata abang, Kerja sekolah pula bertimbun kot tak buat masa tu terutama RPH dan segala minit serta laporan.. haha. Tengok je lah blog ni, entri bulan Julai langsung tak ada..masa tu lah bulan paling malas..haha.

Kuat tidur. Bab yang ni memang saya tak dapat nak kawal..kat sekolah saya tidur, balik dari sekolah pun tidur, malam pun tidur awal.. haha. Memanjang je tidur..rasa macam sentiasa tak cukup rehat dan badan sangat-sangat tak larat nak buat kerja.

Penat. Penat je memanjang..jalan sikit penat, buat kerja sikit penat..semua penat. Tu lah antara sebabnya penyakit kuat tidur tu bermaharajalela..haha.

Kurang berat badan. Hah yang ni sebenarnya saya agak pelik sampai ke hari ni..kali pertama saya ke klinik berat saya dah ok, masa tu bulan puasa..lepas raya saya pergi klinik kali kedua, cek berat kurang 1.5kg. Agak pelik di situ sebab masa raya saya makan yang agak banyaknya setiap hari tapi hasilnya berat kurang pula.. hm..pelik-pelik.

Tak suka bau suami. Masa ni dah bulan ketiga..saya memang sensitif dengan bau abang yang kurang wangi macam masa dia tengah berpeluh atau dah lama lepas mandi. Kalau boleh setiap saat nak bau abang macam lepas mandi je yang ada bau sabun..kejam kan, haha. Sampaikan sarung bantal semua saya cuci dengan sabun dan softlan yang banyak sebab nak hilangkan bau abang kat sarung-sarung bantal tu..haha.

Emosi lebih. Bab yang ni memang tak suka sangat tapi alhamdulillah saya berjaya kawal dan tak dikuasai oleh emosi. Biasa kat sekolah mula lah emosi marah tu memuncak nak marah je anak-anak murid tapi saya cepat sedar mungkin ni pembawaan baby..tak boleh nak ikutkan sangat. Dengan abang pula kadang ada juga terasa hati bila abang tegur sikit-sikit..kadang saya dapatlah kawal perasaan tu tapi kalau ada yang tak terkawal tak tau lah pula..haha.


Rasa macam tu je kot yang saya alami masa trimester pertama tu.. insyaAllah saya akan panjangkan ke entri lain tentang saya tak boleh nak telan ubat fumurate tu. Saya akan kongsi kat situ macam mana nak atasi masalah tu yang saya dapat dari para nurse yang baik hati:) Alhamdulillah satu persatu perubahan-perubahan yang saya alami masa trimester 1 tu dah beransur hilang bila dah nak masuk trimester 2 hari tu..syukur sangat. Badan pun dah rasa lebih bertenaga dan cergas sekarang ni..alhamdulillah.


No comments:

Post a Comment