Thursday, October 9, 2014

ANTARA MENGANDUNG DAN KERJAYA

Bismillahirrahmanirrahim..

5 bulan lalu masa baru-baru lagi sah mengandung, saya dan abang rancang nak usaha supaya saya dapat tumpang bertugas kat sekolah lain sementara dalam tempoh mengandung ni..almaklumlah saya kan pernah keguguran masa awal tahun hari tu..kiranya tak nak lah pisang berbuah 2 kali, nak jaga sebaik mungkin kandungan yang kali ni. 

Tapi rancangan cuma tinggal rancangan bila semua tu rupanya bukan mudah..kena minta surat doktor bagai lagi tau sebagai sokongan. Surat doktor tu pula bukan boleh dapat terus bila kita minta..doktor kena cek macam-macam lagi..kena kenal pasti lagi punca keguguran dulu dan sebagainya..Allah, mana lah kami nak sanggup turun naik hospital nak urus perkara tu semata-mata kan..

Akhirnya kami redha je..naik kereta slow-slow je masa first trimester dulu. Lagipun Allah kan ada untuk jaga baby..mungkin yang dulu tu memang bukan rezeki walau macam mana baik sekalipun kandungan tu dijaga..jadi kami pun lupakan segala rancangan dan terus berdepan realiti..haha.

Antara sebab-sebab utama kami buat rancangan macam tu dulu ialah jalan ke sekolah yang agak teruk tak sesuai untuk ibu-ibu mengandung ni..jom lah tengok saya share sikit perjalanan saya pergi sekolah setiap hari kat bawah ni :)

Ni jalan yang tak seberapa berbatu yang kami lalui setiap hari..gambar ni diambil masa hujan.


Nampak tak nun di sana jambatan gantung sedia menanti setiap hari..kereta sampai kat sini je tau lepas tu kena jalan kaki atau naik motor ke seberang..


Perjalanan naik ke atas jambatan..masa ni jambatan licin sebab hujan. 


masa ni kat atas dah..bawah tu garaj tempat kami parking kereta. Berebutlah parking dengan orang kampung..hehe

Ni pula kat atas jambatan dah..jauh kan nak sampai hujung. Dalam 5 minit juga berjalan atas jambatan ni..siap dengan goyang-goyang lagi.


Rupa sungai yang kami seberangi setiap hari..tak ada jalan darat tau. Kalau tak nak naik jambatan, silalah naik bot atau berenang je dengan en.buaya..lalala.


Watak utama dalam cerita ni haruslah bergambar juga kan..meskipun perut 5 bulan seakan nampak slim je..haha

Hah..yang ni serius mencabar terutama waktu hujan macam ni. Licin tau..ibu mengandung sorang ni kalau turun siap bergayut di sepanjang pagar kat tepi tu. Silap langkah boleh bersalin kat situ juga..haha


Bermulalah perjalanan di daratan..kena jalan lagi ok.


Teruskan lagi berjalan..


Lagi dan lagi..


Tak sampai lagi..pagar hijau tu baru masjid kampung ni ye..


Jalan lagi..jalan licin lagi ye. Depan tu jambatan kecil..


Teruskan perjalanan lagi..tak jauh lagi dah.


Tak sampai lagi ni..fuh..


Ok..kali ni betul-betul dah sampai. Bangunan warna oren tu lah tempat saya dan abang bertugas..lalala

Sampai dah..bertakung air sana sini bila hujan. Bila banjir tiba jangan cakaplah..sampai lutut pun ada paras air kat sekolah ni..lalala.


Penat kan tengok gambar perjalanan yang panjang tu..yang melaluinya lagi penat tapi apakan daya. Itulah namanya tanggungjawab dan amanah yang harus ditunaikan. Bayangkan masa kat jalan berbatu yang tak seberapa batu tu abang cuma pandu 15km/j je setiap hari masa 3 bulan pertama mengandung dulu..bersaing dengan kura-kura pun kami akan kalah, haha. Tapi sekarang alhamdulillah dah boleh bawa laju sikit dari tu.

Perjalanan dari turun jambatan sampai ke sekolah tu pula, sebelum mengandung paling laju saya boleh jalan selama 10 minit tapi sekarang 20 minit kot. Tapi masa belum mengandung dulu saya dan abang *rempit* je sampai sekolah..tak adanya naik kereta dan jalan kaki.

Oh..ya, laluan simen tu panjangnya lebih kurang 1 km. Masa antenatal cek up hari tu, nurse ada cakap kemungkinan mudah bersalin nanti sebab tiap hari saya jalan kaki ulang alik sejauh tu..wallahualam tapi harap-harap betul lah..hehe.

Begitulah alkisah saya..antara mengandung dan kerjaya, kedua-duanya penting dan saya berusaha memelihara keduanya. Semoga baby sentiasa sihat dan membesar dengan baik sehingga detik kelahirannya nanti dan menjadi anak yang kuat cekal sebagaimana cekalnya saya turun naik jambatan gantung dan berjalan sejauh itu setiap hari..amin!


2 comments:

  1. nurul, tahniah. jaga diri & baby elok2. memang mencabar nak pergi kije. masyitah yang sekadar naik kete sampai tekan lift ting 8 pun rasa ngokngek dah. memang jarang2 drive sebab tak larat campur dengan perangai ibu mengandung. keh3 so encik suami kena jd driver. lewat bininya siap, lewat la lakinya masuk ofis....enjoy this moment okey!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah tuk masyitah jg dah ada baby comel:) mmg mncbr tp nk xnk kna harungi jg..aggp ni mcm dugaan n ujian tuk sy spnjg mgndg ni:)syukurlah stakat ni sume baik2 je..

      Delete

    © Friends Forever Template by Emporium Digital 2009

Back to TOP