Thursday, November 13, 2014

KISAH ANTENATAL CHECK UP HARI NI

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni pergi klinik dengan ditemani abang ingatkan kena suntikan tetanus dos kedua sahaja tapi rupanya buat check up macam biasa juga. Bila bab timbang berat badan, saya berdebar-debar sebab last check up 2 minggu hari tu berat saya telah *bertambah* sebanyak 2 kg dalam tempoh sebulan..ok itu tak mengapa. Tapi hari ni saya terkejut bila dalam tempoh 2 minggu berat saya bertambah lagi 2 kg..?????

Alhamdulillah tak ada kandungan gula dalam urin..bila nurse tanya sama ada saya kuat makan atau tak, saya laju je jawab selera makan macam biasa saja..tak ada peningkatan. Kadang-kadang tak selera makan lagi ada. Macam itu punya tabiat pemakanan pun boleh naik 2kg ke 2 minggu??? Saya sangat pelik dan macam tak puas hati dengan alat timbang berat tu..haha. Rasanya ada ralat kot sebab abang cek berat pun, beza 4kg dengan cek masa kat sekolah pagi tadi..hm, something wrong sangat. Kalau nak kata baby besar, hm..perut saya tak macam orang mengandung 6 bulan. Macam baru nak masuk 5 bulan atau 4 bulan je ni kot.. haha.

Apa-apa pun saya tetap kena berjaga-jaga dan kawal pemakanan..rasa takut nak makan manis-manis, kot-kot lah itu punca berat naik mendadak macam tu. Nanti nak timbang berat semula lah..tak boleh biar macam ni. 

Lepas tu pula, macam biasa nurse akan ambil bacaan jantung baby..agak lama jugalah nurse cek dan gerakkan alat tu di sekitar perut saya tapi tak jumpa-jumpa juga denyutan jantung baby. Sampaikan nurse tanya baby ada bergerak tak..saya jawab ada gerak tapi ada masa-masa tertentu. Dia tak gerak aktif setiap masa tapi bila dah gerak macam tak nak berhenti.. haha. Tiba-tiba..dush! baby menendang dengan kuat. Terkejut nurse tu, bulat mata dia sambil cakap kat saya yang baby tendang dia.. haha.

Tapi masa tendang tu, denyutan jantung tak jumpa lagi..last sekali, nurse tu panggil nurse yang lain. Dia minta tolong kat nurse tu pula cari denyutan jantung. Dia siap kata lagi, baby ni main-main dekat aku..dia tendang aku tadi tapi tak bagi kita baca denyut jantung dia..haha. Nurse yang kedua pun gigihlah gerakkan alat tu juga tapi kena tendang juga berkali-kali..haha. Tapi akhirnya dia dapat jumpa juga denyutan jantung tu, macam agak ke dalam sikit sebab tu payah nak jumpa. Alhamdulillah irama denyutan jantung baby cantik kata nurse dan saya seronok biarpun hanya dengar denyutan jantung je.. haha.

Lepas je cek tu, nurse kedua tu pun cakaplah sambil gelak-gelak..'budak zaman sekarang, dalam perut lagi dah pandai bergurau main tendang-tendang tak nak bagi bacaan jantung..kalau dah keluar nanti tak tau macam mana..' alahai, sampai macam tu sekali nurse tu kata kat baby..semoga baby jadi anak yang soleh / solehah lah hendaknya:) Tak jadi budak nakal..insyaAllah.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Anfal:28 :
Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.


5 comments:

  1. Mesti selera mkn bertambah tu ulul. Mcm fiza haritu... Mula2 maintain... Then terus naik 1.8kg dlm masa 2 weeks. Mcm tak caya pun ada... Haha. Slalu kalau x pregnant jgn harap nak naik gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 la..family pun plik dgr brat naik cmtu. Tkt rsnya..haha

      Delete
  2. ami dulu bila msk 7 bln, berat 2kg utk 2 minggu...ahaha....serius takut. tp itu biasa asalkan jgn kita ada kencing manis dan sewatu dengannya....huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..sy mcm xbleh trima brat naik cmtu. Tetap rs nk slhkn pnimbang, haha.

      Delete
  3. nurul dengan penimbang sejak dulu tak pernah nak berbaik. keh...

    ReplyDelete