Monday, November 10, 2014

-SIMPTOM DIALAMI MASA TRIMESTER KEDUA-

Bismillahirrahmanirrahim...

Bila kandungan dah masuk 6 bulan ni saya baru terperasan, tersedar dan tahu tentang simptom yang sedang saya alami. Mula-mula ingatkan sebab kecuaian sendiri ke atau ada silap pergerakan kat mana-mana ke..rupanya memang simptom semasa mengandung. Itu pun dapat tau lepas cerita dekat kakak ipar dan tanya pada biras di samping pembacaan ilmiah..lalala.

Sebenarnya dari awal mengandung dah mula rasa sakit dekat bahagian jari telunjuk dan jari tengah..tapi masa tu sakit sikit-sikit je dan datang kejap-kejap. Masa tu ingatkan sakit sebab selalu buat bunyi macam patahkan jari tu..kot-kot la terlebih pula. Tapi bila buat tak tau dan biarkan je sakit tu lama-lama hilang dengan sendirinya.

Sampailah masa kandungan 5 bulan baru ni, terlalu banyak kerja sekolah yang saya kena buat..banyak yang kena taip. Itu belum masuk menaip sebab online dan update blog, haha. Bila dah terlalu kerap menaip dan boleh dikatakan setiap hari siang dan malam menaip, saya mula rasa kesakitan semula dekat bahagian 2 jari tu. Sakit sangat..tak macam dulu sakit manja je, ni siap dengan bengkak lagi. Lepas tu mengadu lah kat abang..abang suruh tunggu dalam seminggu, kot-kot baik sendiri. kalau tak baik juga baru bawa berurut.

Oleh sebab masa tu tersangat sibuk, maka kami sama-sama *lupa* untuk pergi berurut dan masa tu kesakitan tangan pun semakin menjadi..oh, ya jari yang sakit tu belah kanan. Tu yang tak dapat nak bagi rehat sebab kanan kan sentiasa nak guna..sampailah baru-baru ni, tercapai juga hajat nak pergi berurut jari tu. Memang rasa sakit sangat masa kena urut..macam sakit kat sendi rasanya kot. Tapi dua tiga hari lepas berurut tangan jadi makin sakit. Agaknya kesan berurut tu kot..

Sekarang ni nak buat apa-apa guna tangan kanan memang agak susah..nak sikat rambut payah, pegang gayung masa mandi, menggenggam sesuatu..even masa tidur yang kita letak tangan saja-saja atas bantal tu pun sakit juga. Sabar je lah abang dengar si zaujah ni mengadu siang dan malam. Sakit tu paling kuat dirasa masa bangun pagi..silap pergerakan je dengar lah perkataan *aduh* tu keluar, haha. Mujurlah setakat ni tak mengganggu situasi makan dan minum..syukur sangat.

Bila cerita dekat kakak ipar yang baru bersalin, rupanya dia pun macam tu juga dulu masa mengandung anak pertama..lepas tu tanya pula dekat biras yang sedang tunggu hari nak bersalin, dia pun alami situasi sama juga katanya. Fuh..lega sikit rasa hati. Harap-harap lepas bersalin nanti hilanglah kesakitan ni harapnya. Sekarang ni pun menaip guna jari manis je sebelah kanan..terpaksalah demi merehatkan 2 jari yang tengah tenat.

Saya redha je dengan kesakitan ni..anggap ia cabaran dan dugaan semasa mengandung dan pengorbanan seorang ibu..:) Yang penting baby sihat-sihat je dalam rahim ni..

4 comments:

  1. Oh yer ke Zaujah. Fiza alhamdulillah takde simptom gitu. Kalau sakit belakang. 2 kali pregnant, 2 kali jugak merasa.

    ReplyDelete
  2. Xtaula..ikut org jgk kot.mgkin lain org lain bhgiannya☺

    ReplyDelete
  3. ami sakit kat sendi2 jari. dua-dua tangan tp sebelah kanan lg sakit. semakin dekat nak bersalin semakin sakit. dan selepas bersalin pun sakit lagi. huhu...skrg ni baru hilang.mungkin bila dah pregnant ni urat kita dah kembang. ye kot. haha

    ReplyDelete
  4. Waa..tktnya.skrg pun dah rs skitnya,klu dkat nk bsalin ntah cmne la agknya..wawawa

    ReplyDelete

    © Friends Forever Template by Emporium Digital 2009

Back to TOP