Tuesday, March 3, 2015

10 TAHUN LALU..

Bismillahirrahmanirrahim...

Ini kisah 10 tahun lalu..tiba-tiba rasa macam oh, tuanya diri ini bila pandang ke 10 tahun lalu. 10 tahun yang sudah berlalu ketika saya menduduki spm. Dah 10 tahun ye saya tinggalkan exam besar tu.

Masa tu saya ambil 12 subjek..bukan suka-suka pun nak  ambil banyak subjek tapi dah sekolah tetapkan camtu. Tapi dalam hati masa tu bangga lah juga bila kawan-kawan tanya ambil berapa subjek..haha. Masa tu kan dah macam trend semua  berlumba-lumba nak ambil subjek banyak-banyak. Sekarang je dah tak boleh..

Tapi lepas je result keluar, serius saya menyesal sebab ambil banyak subjek. Masa tu baru tersedar yang banyak subjek saya tak boleh nak fokus belajar sebab ada banyak..eleh, padahal sendiri yang salah tak study betul-betul, haha.

Dari 12 subjek yang saya banggakan tu, 6 jeeeee yang kredit tau. Terus rasa bangga merundum jadi malu..wawawa. Konon aliran sains tapi subjek sains 1 pun tak kredit..padahal minat sekali kat subjek kimia, wawawa. Terus menyesal tak ambil sains biasa je, boleh fokus 1 je.

Lepas tu rasa tak adil sebab kena ambil subjek EST (English For Science and Technology)..nama bukan main lagi, pheww. Subjek ni pada saya susah ya amat..dah la bi pun tak ok, est ni lagi lah susah..sabar je lah. Tak tau nak study macam mana masa nak exam.

Addmath. Saya minat math dan berusaha sungguh-sungguh study dan buat latihan semua tapi tak ada rezeki nak kredit addmath, nak buat macam mana. Tapi saya A1 math moden..haha.

B.Arab pula boleh dibanggakan sebab saya memang tak pandai pun arab ni..selalu kena soal je dalam kelas dan selalu terkial-kial nak jawab, haha. Tapi faktor utama yang jadi  pendorong masa tu sebab saya suka cara ustaz tu mengajar, mudah faham. Bukan saya suka ustaz tu ye..jangan salah faham.

Biarpun cuma lulus 6kredit je dan cuma ada 2A je, alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kini saya dah berjaya..peluang yang datang di hadapan saya, saya jadikan sebagai ruang memperbaiki diri. Alhamdulillah saya berjaya menjadi pendidik..

Siapa sangka pelajar yang dulu selalu terkial-kial dan  mohon ihsan kawan-kawan tunjuk jawapan bila kena soal kini jadi guru untuk subjek tu pula..giliran saya pula buat anak murid terkial-kial, haha.

Hari ni result spm diumumkan..kepada yang cemerlang  dan terbilang tu tahniah dan syabas. Tapi buat yang tak full kredit macam saya tu, jangan putus asa. Jadikan ini sebagai permulaan untuk berjaya..peluang sentiasa ada, rebut dan guna peluang tu sebaiknya :-)

Pepatah arab ada mengatakan, "siapa yang berusaha dia akan berjaya  dan siapa menanam dia akan menuai"..

0 comments:

Post a Comment

    © Friends Forever Template by Emporium Digital 2009

Back to TOP