Monday, September 9, 2013

REBUNG YANG SEDANG DILENTUR


Bismillahirrahmanirrahim...


Alkisahnya bermula pada hari sabtu lalu..kakak sepupu datang ke rumah kami bersama anak perempuannya yang kuat nangis,haha. Pantang disentuh,mesti dia menangis..nasib baik comel. Dijadikan cerita, kakak sepupu duduk bersembang dengan mak. Anaknya si Fina tu pula saya lalaikan dengan sebakul makanan saki baki raya hari tu..


Masa dia duk 'berkemas' bekas-bekas makanan tu entah macam mana tumpah pula ke lantai. Emak si Fina saja la cakap dekat Fina tu pergi sapu makanan yang tumpah tu. Sekali tengok betul-betul budak Fina tu bangun dan pergi ambil penyapu..haha. Sayangnya saya tak sempat ambil gambar dia dengan penyapu yang 2x ganda tinggi dari dia tu. Lepas tu adik saya ganti penyapu tinggi tu dengan penyapu mini..sesuai lah budak Fina tu guna, sambil duduk je dia menyapu.

 



 







 

Tengok..tengok..sampah kat sini tak sapu lagi dah pindah gi jauh-jauh..haha
 


Ni lah budak Fina yang kuat nangis tu masa dia masih baby..



Kat belakang tu mak Fina..yang dukung tu mom to be..haha


Melentur buluh biar dari rebung..masa anak-anak kecil macam ni lagi dah boleh didik dan ajar cara menjaga kebersihan supaya bila besar nanti kita tak payah susah-susah nak didik lagi. Masa tu rebung dah menjadi buluh, cakap sekali pun belum tentu nak buat atau dengar.. anak-anak ibarat kain putih, kita sebagai ibu bapalah yang mencorakkan kain putih itu.. sama-sama lah kita renungkan:)




0 comments:

Post a Comment

    © Friends Forever Template by Emporium Digital 2009

Back to TOP