Friday, September 13, 2013

MASYA ALLAH..TENANGNYA WAJAH DIA!

Bismillahirrahmanirrahim...


Beberapa bulan yang lalu kalau tak silap bulan mei rasanya..saya dan En.tunang telah pergi office SKMM cawangan daerah Beaufort. Ada sedikit urusan di sana dan kebetulan ex classmate EN.tunang bekerja di sana. Kiranya sambil settlekan urusan sambil nak bersilaturrahim dengan sahabat En.tunang.


Sahabat tu ukhti L seorang muallaf..saya tak pasti dah berapa lama dia menjadi saudara baru tapi rasanya baru lagi. En.tunang pun baru juga jejak kasih dengan ukhti L ni..dia sendiri terkejut tengok ukhti L ni dah bertudung litup. Alhamdulillah masa kami pertama kali jumpa tu, ukhti L bagitau lagi 2 bulan dia akan jadi zaujah kepada rakan En.tunang juga merangkap ex classmate beliau juga. Seronok dengar dari classmate bakal menjadi suami isteri.


Ukhti L tu tak banyak cakap..dia lebih banyak melakukan tugasnya dan hanya bercakap bila perlu saja. Ralit je saya tengok tingkah laku ukhti L masa kat office tu..pemakaiannya sempurna, memakai selendang labuh serta bersarung kaki..kagum saya dengan saudara baru tu. Agaknya bakal suaminya didik sungguh-sungguh dengan ajaran Islam.


Bulan Ramadhan yang lalu..

En.tunang cerita yang dia solat terawih sekali dengan suami ukhti L..kebetulan mereka sekampung tapi suami ukhti L jarang ada di kampung atas kesibukan bisnes..suami ukhti L ni anak datuk sebab tu selalu sibuk. Kesempatan yang ada tu mereka ni pun berbual..masa tu baru sebulan kot pasangan tu jadi suami isteri.


Suami ukhti L sempat cakap kat En.tunang,kalau boleh dia mengharapkan saya boleh tolong bimbing ukhti L lebih mendalam tentang agama. Kalau boleh memanglah suaminya nak bawa ukhti L solat terawih bersama di masjid tapi ukhti L pun masih dalam proses mendalami agama..sekarang pun katanya ukhti L solat 5 waktu bersama dengannya di rumah. Suami ukhti L tak banyak kesempatan nak ajar isterinya lebih mendalam tentang agama, sebab tu dia mengharapkan saya boleh bantu isterinya tu lepas dah nikah dengan En.tunang nanti.


Rasa kagum sangat dengan suami ukhti L..meskipun sibuk tetap tak mengabaikan tanggungjawabnya membimbing isteri yang masih baru dengan agama ni. InsyaAllah jika diizinkan suami lepas nikah nanti saya tak akan keberatan membantu pasangan tu:)


Beberapa minggu lalu..

Saya terserempak dengan ukhti L di parking kereta masa nak masuk kedai di pekan. Masa tu ukhti L dah nak balik, saya pula baru je sampai. Sempat bersalam dan bertegur sapa dengan ukhti L.. Sampai sekarang saya tak boleh lupakan saat tu sebab saya rasakan ukhti L sangat berbeza dengan masa sebelum dia nikah hari tu. Wajahnya sangat berseri-seri walaupun tanpa mekap..bayangkan masa tu balik kerja dah pukul 5.30 kot. Wajahnya tenang dan bercahaya..saya teruja sangat menatap wajah ukhti L. Rasa macam tak nak berhenti tatap wajahnya pun ada.

  Sampai saya terfikir-fikir hingga kini, apalah agaknya amalan yang dilakukannya sampai wajahnya kelihatan sangat menenangkan hati bila dipandang. Tu baru saya yang pandang..agaknya kalau zaujnya pandang macam mana lah ya..hehe. Adakah kerana dia seorang saudara baru maka segala amalannya terus terpancar di wajah? Ataukah suaminya yang sangat membahagiakannya? Wallahualam..segalanya mungkin.


Puas saya fikir tapi saya tak jumpa jawapan.. jujur memang saya cemburu melihat ketenangan dan kebersihan yang terpancar di wajahnya sampai saya berazam mahu menjadi sepertinya..saya juga mahu cahaya ketenangan terpancar di wajah:)

Bila saya ceritakan pada En.tunang..katanya, 'kita tunggu je lah lepas kita dah nikah nanti bercahaya ke tak wajah tu'..haha. Ada ke patut?? 


No comments:

Post a Comment