Thursday, September 19, 2013

KAHWIN OH WALIMAH


Bismillahirrahmanirrahim...






Entri ini sekadar luahan rasa dari sudut hati yang sudah lama terpendam..maaf andai terlebih emosi:( Cuti sekolah semakin menghampiri tapi tarikh walimah tidak juga dapat diputuskan. Asalnya antara saya dan En.tunang rancang nak buat walimah pada seminggu sebelum cuti sekolah berakhir. Niat di hati kami untuk meraikan teman-teman setugas yang asal dari semenanjung sebab kalau buat masa cuti sekolah masing-masing dah balik kampung.


Tapi tarikh yang kami rancang tu tak dipersetujui oleh keluarga dengan alasan nak buat masa cuti sekolah sebab semua keluarga dapat berkumpul sekali..maka kami pun menukar segala rancangan demi keluarga tercinta lalu pihak saya yakni pihak perempuan mencadangkan pula pada penghujung bulan Disember..tapi tidak dapat dipersetujui oleh pihak lelaki sebab mereka tak cukup ahli keluarga masa tu. Lalu pihak lelaki mencadangkan dibuat pada bulan November.. tapi tidak dipersetujui oleh pihak perempuan.. wawawawa


Terkini..keputusan abah tersayang pula andai kedua-dua pihak tak jumpa tarikh sesuai, walimah kena tangguh ke tahun hadapan @ 2014.. ????????


Lalu saya dengan sedihnya mencadangkan pada En.tunang agar kami bernikah sahaja dulu..kerana hanya nikah yang wajib. Majlis meraikan kedua-dua buah keluarga tu boleh buat kemudian.. tapi En.tunang tak setuju sebab tak mahu orang berburuk sangka pada kami.. ( kalau di tempat saya, perkahwinan sebegini lazimnya dikatakan berlaku kerana sudah terlanjur..sebab tu nikah dulu dan kemudian baru majlis ).


Oh..sebenarnya apalah yang ada pada tarikh dan cakap-cakap orang..mengapa lah sebuah pernikahan diberatkan dengan perkara-perkara macam ni. Agaknya inilah ujian buat kami dalam mahu mendirikan masjid. Tidak ada perkara yang dapat dilalui dengan begitu mudah melainkan dengan kesabaran dan ketakwaan.. Pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Pasti ada sebabnya mengapa tarikh itu dan ini tidak dapat membantu dalam penyatuan hati kami.. 


Akhir sekali..kami hanya mampu berdoa dan berdoa agar segala urusan jodoh kami dipermudahkan dan segala ujian ini dapat dilalui dengan baik. Kami serahkan saja semuanya kepada keluarga kerana kami yakin mereka pasti dapat membuat keputusan yang terbaik buat kami..insyaAllah.

-Renung-renungkanlah-

* Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama..

* Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.


3 comments:

  1. sedih juga..tapi alhamdulillah semuanya berakhir dgn baik kan?

    ReplyDelete
  2. sabarlah, manusia hanya merancang, sebaik baik perancang adalah Allah swt.. mesti ada hikmah disebaliknya, dengar ja ckp keluarga, mesti ada terselit kebaikan :)

    ReplyDelete
  3. kak mia- Alhamdulillah..semuanya sudah berakhir dgn baik:)

    Suel- Syukur suel..akhirnya pkara ni slesai jg:)

    ReplyDelete