Wednesday, April 1, 2015

SAYA SOKONG PENYUSUAN SUSU IBU!

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah hari ni dah 48 hari umur zahrah...dan saya masih menyusukannya secara ekslusif. Berjaya pertahankan zahrah dari diberi makan makanan selain susu ibu..yeah, tepuk tangan untuk diri sendiri..haha.

Sebagai usaha menyokong penyusuan sepenuhnya, saya pun belilah beberapa kelengkapan penyusuan yang sebenarnya agak penting juga lebih-lebih lagi bagi ibu bekerjaya.

Antara yang penting kena ada tu ialah pam. Alhamdulillah saya beli pam masa tengah sale, lebih kurang hampir separuh harga juga dapat. Pam yang saya guna jenama pigeon dan pam elektrik tapi boleh guna bateri juga :-) serius sangat mudah bila ada pam, membantu kita nak stok susu banyak-banyak dalam fridge. Senang juga saya nak keluar sebab stok susu untuk zahrah sentiasa ada..yeah!

Kalau ada susu perahan, warmer pun kena ada juga tau. Tak ada pun takpe sebenarnya tapi bayangkan kalau baby dah nangis-nangis minta susu dan masa tu juga baru nak rendam susu beku dalan fridge tadi dalam air panas, memang lambat jadinya. Bukan mudah nak cairkan susu beku tu..saya dah cuba dan hasilnya kena tukar air panas rendaman tu sampai 2 kali..pheww. Jadi bila ada warmer mudah dan cepat sebab kita dah tau suhu yang sesuai untuk panaskan susu, nanti tak adalah susu rosak sebab rendam dalam air yang over panas kan..hehe. Masuk je botol susu dalam warmer dan selaraskan suhu, lepas tu dah boleh bagi baby minum :-)

Untuk warmer, saya beli jenama little bean..boleh panaskan sekali bubur baby dalam tu. Alhamdulillah dapat yang murah juga..rm59 je. Saya beli kat parkson..lalala.

Seterusnya pula ialah cooler bag..saya beli cooler bag ni untuk angkut stok susu zahrah dari rumah mak atau mentua sebab kami tinggal di kedua-dua tempat dan saya kena pastikan dua-dua tempat ada stok susu yang cukup untuk zahrah, mudah bila kami kena keluar tinggalkan zahrah. Tak adalah masa tu nak keluar dan masa tu juga kelam kabut nak pam susu..

Untuk cooler bag saya beli jenama jingle jungle..untuk bag ni, dia sertakan sekali 3 pek ais dan 6 botol susu 5oz untuk stok susu..suka sangat masa tengok bag ni sebab ada pelbagai warna dan saiz, cantik sangat tau. Saya beli ni dekat happy mums plaza kingfisher..banyak pilihan kat sana :-)
Harga pun sangat berpatutan untuk semua item yang dia dah bagi tu..rm56 je. 


Semoga niat dan usaha saya untuk bf zahrah sepenuhnya akan tercapai dan dipermudahkan..dan semoga murah rezeki zahrah dapat menyusu dengan ummi sepenuhnya..amin!


Geram betul dengan budak pipi gemok ni..haha.




1 comments:

    © Friends Forever Template by Emporium Digital 2009

Back to TOP