Wednesday, September 2, 2015

PERTANDINGAN MAK-MAK SANGAT..HAHA

Bismillahirrahmanirrahim...

Kali ni nak cerita sikit tentang pertandingan gubahan bunga hidup dan bunga plastik yang saya join baru-baru ni sempena sambutan ambang merdeka..siap join 2 pertandingan lagi, haha.

Asalnya tak ada pun niat nak join tapi Mak mertua yang beria-ia suruh join sekali dengan biras..Mak siap sediakan bunga-bunga dia untuk kami guna masa pertandingan tu. Kiranya kami bertanding atas nama je.. Bertuah betul, haha.


Suasana di bahagian pertandingan bunga..


Ruang pertandingan bunga hidup...agak ramai juga join.


Ruang pertandingan bunga plastik..yang ni tak ramai join.


Pengadil sedang beri briefing tentang pertandingan..


Senarai nama peserta..abaikan kertas yang ronyok, haha.


Pengadil sedang beri markah..



Tadaa..ni bunga plastik yang kami pertaruhkan. Biras je sangkut siap dapat nombor 1 lagi, haha.


Kamilah para peserta..zahrah tu tumpang bergambar je,  lalala.


Sempat juga bergambar dengan bunga yang menang..haha

Bunga yang pertama tu yang dapat nombor 3..yeah!

Mak juga yang kurang bernasib baik tak menang tapi bunga-bunga Mak yang kami pegang menang pula..haha. Sorry Mak..

Apa pun kami tak sabar tunggu 16 September untuk penyampaian hadiah..yeah!

2 comments: