Friday, May 29, 2015

5 HARI 4 MALAM DI KEM PLKN

Bismillahirrahmanirrahim...

Bila dapat tau yang saya kena hadiri Program Transformasi Minda (PTM) di kem PLKN, perkara pertama yang saya risaukan ialah zahrah..macam mana nak bawa zahrah pergi kem, boleh ke?? Boleh bawa husband sekali ke?? Ada tempat tinggal disediakan ke?? Macam-macam saya fikir..sampai terfikir nak postpone je, tunggu sampai zahrah besar sikit.

Nasib baik dan syukur sangat bila En. Darriyanto, pihak urusetia tu berusaha tolong saya supaya saya dapat bawa zahrah sekali pergi kursus..alhamdulillah, pihak plkn sediakan bilik untuk saya bersama abang dan zahrah sepanjang kursus berlangsung. Kasihan kat abang terpaksa bercuti panjang sikit teman saya kursus demi untuk jaga zahrah..love u so much abang :-)



Pemandangan sebelum sampai kem.. seberang sana tu jambatan gantung yang jadi penghubung untuk masuk ke kem suatu masa dulu


Pintu masuk utama ke kem..


Atas tu tempat flying fox..ok saya hanya mampu ambil gambar saja


Jalan ke bawah ni la arah ke bilik kami..dah lah terpencil, jauh pula (ish..syukur alhamdulillah dapat bilik)

Sesi latihan kumpulan kami untuk malam penutupan..berlatih last minit tapi...

...kumpulan kami menang persembahan terbaik! Yeah..!



Malam penutup yang best..

Bersama bff tersayang, suel..dan kawan baru, alia..

Hari last..kami nak pulang. Zahrah dan abang tak sabar dah nak pulang..bosan duduk di kem, haha

Alhamdulillah cabaran selama 5hari 4malam berjaya kami lalui dengan jaya walaupun kasihan sangat dekat abang dan zahrah sepanjang tempoh tu.. 

Thanks suel sebab banyak tolong sepanjang ptm tu..kalau tiada suel rasanya saya tak mampu lalui ptm dengan jayanya..sayang suel.

1 comments:

  1. Hahaha.. samala klu x ko long msti krja aku nangisss ja ingat habib. Syg ko juga! Hihiii syukut berjaya jg kita kasi hbis kursus tuu

    ReplyDelete

    © Friends Forever Template by Emporium Digital 2009

Back to TOP