Saturday, June 28, 2014

FIKIR DULU SEBELUM BERTINDAK

Bismillahirrahmanirrahim...

Ini kisah benar..nama pun inibukankisahdongeng kan..hehe.

Kisah ni baru saja berlaku.. di sebuah kampung ala-ala pulau kecil dan di kampung tersebut ada sebuah sekolah rendah, masjid dan tadika. Pada suatu hari, seorang guru lelaki di sekolah rendah tersebut tergerak hatinya ingin menunaikan solat sunat dhuha di surau kampung tersebut. Saya namakan guru itu cikgu teraniaya..cikgu tu seorang saudara baru namun sudah lebih 10 tahun saya agak sudah memeluk Islam.


Al-kisahnya bermula apabila selesai cikgu teraniaya solat dhuha..beliau ternampak selaras (saya tak pasti betul ke tak penjodoh bilangan ni) senapang di tepi masjid tu. Hatinya tertanya-tanya siapa empunya senapang itu dan dalam pada tertanya-tanya tu, cikgu teraniaya menuju ke tadika yang berada tak jauh dari masjid tu.

Cikgu teraniaya pesan kat guru tadika dan pembantu guru tadika tu yang mana orang kampung tu juga supaya tak bagi murid-murid tadika dekat dengan masjid sebab kat sana ada senjata api katanya, bahaya. Lepas dah pesan macam tu, cikgu teraniaya patah balik ke masjid untuk tunggu lagi sekejap, kot-kot ada orang nak datang ambil senapang tu kan.. lama menunggu tak ada sesiapa juga yang datang. Akhirnya cikgu teraniaya pun balik semula ke sekolah.

Apabila pembantu tadika tadi pulang ke rumah, dia pun ceritakanlah pada ayah mertuanya tentang cikgu teraniaya yang datang ke tadika bagitau pasal senapang tu. Ayah mertuanya tu saya namakan Imam terburu-buru. Selepas dengar cerita menantunya tu, Imam terburu-buru teringat yang senapang tertinggal kat masjid tu sebenarnya senapang miliknya.. lalu cepat-cepat dia ke masjid untuk ambil semula.

Malangnya, senapang tu dah tak ada..lalu Imam terburu-buru pun menunggu waktu balik sekolah. Beliau menahan cikgu teraniaya dan tanpa banyak kata terus menuduh cikgu teraniaya yang mengambil senapangnya yang hilang tu. Rumah Imam terburu-buru menjadi tumpuan orang-orang kampung dan ramai yang menyaksikan peristiwa fitnah tersebut. 

9kali Imam terburu-buru mengulang kata-katanya pada cikgu teraniaya..'kamulah yang mengambil senapang aku tu'. Tiba-tiba seorang pakcik yang saya namakan pakcik batu api pula menyampuk mengatakan kes kehilangan duit yang pernah berlaku dulu pun dilakukan oleh cikgu teraniaya juga.. cikgu teraniaya terkedu mendengar satu demi satu fitnah dan tuduhan dilemparkan padanya. Sehingga Imam terburu-buru kemudiannya mengambil keputusan akan melaporkan kejadian itu kepada polis.

Cikgu teraniaya terus berkata bahawa dia redha dengan apa jua tuduhan yang dilemparkan dan juga laporan polis yang dibuat ke atasnya.. lalu beliau terus berlalu dari tempat kejadian dan pulang ke rumah. Penduduk kampung yang lain bersimpati dengan cikgu teraniaya dan berasa malu dengan kejadian yang berlaku namun tidak mampu berbuat apa-apa. Sebaik cikgu teraniaya beredar, penduduk kampung beramai-ramai mencari senapang yang hilang itu.

Tidak lama kemudian, pada waktu petang senapang itu pun dijumpai sendiri oleh Imam terburu-buru dan pakcik batu api di sebalik pokok.. orang-orang kampung menyalahkan Imam terburu-buru atas kecuaiannya dan tindakan melampaunya menuduh cikgu teraniaya. Imam terburu-buru dan pakcik batu api rasa menyesal dan malu dengan perbuatan mereka namun nasi sudah menjadi bubur.. maruah seorang guru telah mereka pijak dan wajahnya telah mereka conteng arang.


ž
ž ž$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qç7Ï^tGô_$# #ZŽÏWx. z`ÏiB Çd`©à9$# žcÎ) uÙ÷èt/ Çd`©à9$# ÒOøOÎ) ( Ÿwur (#qÝ¡¡¡pgrB Ÿwur =tGøótƒ Nä3àÒ÷è­/ $³Ò÷èt/ 4 =Ïtär& óOà2ßtnr& br& Ÿ@à2ù'tƒ zNóss9 ÏmŠÅzr& $\GøŠtB çnqßJçF÷d̍s3sù 4 (#qà)¨?$#ur ©!$# 4 ¨bÎ) ©!$# Ò>#§qs? ×LìÏm§ ÇÊËÈ  


 Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani
(12    :  Surah al-Hujurat )
  ..Kesimpulannya berfikir dahulu sebelum bertindak kerana apabila sudah terjadinya fitnah buruk akibatnya
..wallahualam bissawab, renung-renungkanlah

No comments:

Post a Comment