Thursday, February 27, 2014

UJIAN DARI ALLAH SWT..

Bismillahirrahmanirrahim...


Belum sempat saya kongsikan dengan ahli keluarga juga teman-teman..juga belum sempat saya menyesuaikan diri sepenuhnya dan mengatur perancangan seterusnya..akhirnya suratan takdir kami begitu. Syukur kami mampu redha dan sabar berbanyak-banyak..alhamdulillah.

 Sejak menikah 2 bulan yang lalu, saya sudah tidak datang period lagi seperti selalunya setiap bulan..alhamdulillah selang beberapa minggu selepas menjadi isteri saya disahkan mengandung. Saya dan abang mendiamkan dulu berita baik tu dari keluarga sebab masih terlalu awal rasanya. Cuma selepas dah tau tentang tu, saya dan abang tidak lagi merempit ke sekolah seperti kebiasaannya..kami tukar alternatif lain iaitu naik bot setiap hari.

Selepas 2 kali percubaan kami untuk scan, doktor sahkan masih belum nampak apa-apa lagi di dalam rahim..walhal masa tu dah beberapa minggu saya mengandung. Syukur peringkat awal saya langsung tak mengalami apa-apa alahan. Cuma saya jadi malas dan selalu tak sedap badan.. kuat mengantuk dan selera makan bertambah.. hehe.

Kami tak putus asa.. genap sebulan lebih kami ke klinik lagi dan alhamdulillah kali ni dah boleh nampak tapi sangat kecil. Doktor anggarkan saiznya dalam 5 minggu macam tu.. Tapi kalau ikutkan kiraan sebenar sepatutnya dah 8 minggu cuma tak tau kenapa saiznya kecil sangat.

Seminggu selepas disahkan mengandung 5 minggu, iaitu masuk minggu ke-6.. tiba-tiba suatu pagi masa kat sekolah saya dapati ada sedikit pendarahan tapi lebih kepada kecoklatan warnanya. Masa tu saya dah rasa sedikit risau tapi saya cuba bertenang. Masuk pejabat terus mengadu kat abang tapi abang tenangkan saya dan kata tu mungkin simptom yang biasa bila kandungan makin meningkat.

Lepas tu nak dekat-dekat tengahari saya terpaksa ganti pantyliner lagi sebab darah macam makin bertambah..tak pernah ganti pantyliner kerap macam tu dalam sehari. Dalam hati dah makin risau tapi buat-buat steady lagi..selang 2 jam lepas tu saya ke tandas lagi dan ganti pantyliner lagi. Kali ni dah memang risau dah, terus cakap kat abang ajak balik awal dan ke klinik sebab tak nak jadi apa-apa pada kandungan.

Petang tu masa kat klinik, doktor scan lagi dan hairan sebab saiz kandungan still macam minggu lalu macam saiz minggu ke 5 lagi..sepatutnya dah bertambah bila dah masuk minggu 6. Tapi masa tu tenang lagi sebab doktor kata kantung masih ada dan dalamnya nampak ada jantung lagi. Doktor nasihatkan supaya rehat banyak-banyak dan kurangkan pergerakan. Siap dapat cuti rehat lagi untuk esok hari. Kata doktor pendarahan tu mungkin sesuatu yang normal dan mungkin juga tanda-tanda nak keguguran. Nasihat doktor kalau ada rasa sakit perut dan darah makin banyak terus ke hospital.

Balik rumah petang tu tengok darah makin bertambah..sampailah malam pun makin banyak. Malam tu saya terus tukar pakai pad je. Masa tengah malam perut dah mula rasa sakit-sakit tapi boleh lagi tahan dan cuba bawa tidur. Alhamdulillah dalam sakit perut tu tak sedar dapat juga terlelap. Kira-kira jam 2.30 pagi macam tu saya tersedar dan terus bangun..terkejut bila tengok tempat tidur dah banyak darah..cepat-cepat saya ganti pad dan kejutkan abang. Perut pun makin sakit masa tu..

Abang tak banyak cakap terus ajak pergi hospital..saya dah cuak masa tu, takut kena tahan dalam wad la takut sakit la..

Dalam 3.30 pagi lebih kurang kami sampai di hospital dan saya terus kena ambil darah. Memang sakit juga la..kena cek air kencing juga masa tu. Dalam jam 5 pagi lebih sikit baru doktor datang dan scan..masa tu doktor kata dah habis jatuh dah darah semua..janin pun dah takde. Masa tu memang sedih tapi saya dah sedia. Suami pun ada sabarkan dan tenangkan saya. Untuk kepastian supaya rahim dah bersih, doktor buat pemeriksaan sekali lagi kat bahagian alat sulit dan masukkan kapas dan jari kat dalam..masa ni memang sakit tak tau lah nak cakap. Tahan je lah..

Syukur tak payah masuk wad.. doktor bagi balik berehat kat rumah sebab rahim dah bersih katanya. Cuma ada pendarahan lagi sikit-sikit. Dapat cuti rehat selama 2 minggu..rasa terkilan pula tak dapat latih murid untuk MTQ dan bertugas dalam MTQ tu nanti..nak buat macam mana, kena sabar je. Mungkin Allah takdirkan janin kami pergi sebab Allah nak ganti dengan yang lebih baik buat kami.. kami terima ketentuannya dengan redha..


2 comments:

  1. salam...

    nurul, sabar banyak2. mungkin bukan rezeki lagi. insyaAllah, masa depan Allah nak bagi yang terbaik. tak semua wanita akan melalui pengalaman ini. be strong, my dear fren. =)

    ReplyDelete
  2. Salam..
    syukran shbt sy masyitah..syukur Allah bg sy kekuatan tuk hdpi semua ni. Semoga masyitah & baby dlm perut sihat slalu..:)

    ReplyDelete