Monday, February 17, 2014

OUR WEDDING (PART 3) - MAJLIS SANDING

Bismillahirrahmanirrahim...


Selesai sudah dua acara, acara kemuncak di siang hari iaitu majlis sanding kedua mempelai..masa ni baru dua mempelai disatukan lepas dipisahkan sekejap lepas nikah hari sebelumnya. Yeah..dapat jumpa en.suami dah..haha.


 Masa ni tengah tunggu en.suami sampai..



 Rombongan pengantin lelaki sampai





Bersama rakan setugas..cikgu dell (tuan punya canopy di kedua majlis)

 
 Ibu bapa saya yang tersayang:)
Mak dengan abah sambut tetamu di pintu gerbang


 Family belah saya..:)




 Kami bertolak ke rumah pihak lelaki..





 Dah sampai di tempat lelaki..






 Keluarga belah suami..


 Teman-teman suami..


 My bff..suel & azie:)




 Azie & suel tak nak lepaskan saya..haha























 


 Perjalanan cinta kami sudah bermula...


Alhamdulillah selesai sudah majlis kami..perjalanan bahtera kami sudah bermula, semoga kami berjaya mengharungi segala suka duka bersama hingga ke akhir hayat kami..amin.


Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh keluarga kedua belah pihak yang banyak bertungkus-lumus sepanjang majlis kami..terima kasih juga kepada semua penduduk kampung yang banyak membantu juga kepada teman-teman yang sudi hadir walaupun kami tahu kalian juga ada komitmen masing-masing. Terima kasih buat suel dan azie yang sudi datang dari jauh-jauh walaupun tak sempat ikut ke rumah saya tempoh hari..saya kamu sangat-sangat!


Doakan kebahagiaan kami di dunia dan akhirat:)


Sunday, February 16, 2014

OUR WEDDING (PART 2) - MALAM BERINAI

Bismillahirrahmanirrahim...

Selesai akad nikah pada sebelah petang, malamnya majlis berinai pula..pihak lelaki di rumah lelaki dan pihak perempuan di rumah perempuan. Terpaksa berpisah sekejap, belum boleh duduk sekali..haha. Sanding pun berseorangan juga lah jawabnya.. majlis perkahwinan di Sabah memang camtu kalau nak tau.


 Mak andam saya kata muka saya lepas disolek malam tu dah macam pakistan belasan tahun..lalala





Tiba-tiba terselit gambar en.suami di sebelah sanaaa..
 

 Dup-dap sebelum keluar dari bilik..


 1 family yang sedondon ungu..





 Suku dari family..hehe


 Adik yang bertuah jadi photographer saya malam itu..







Selesai sahaja majlis sanding malam tu, dalam bilik tukar pakaian terus 1 badan kena lumur dengan bedak dan pakai inai di hujung jari kaki dan tangan..sabar je lah, haha. Orang kat dapur masak untuk majlis besar esoknya, saya pula sedap tidur awal dengan bedak dan inai di badan.. hehe. Next entri ialah wedding part 3..:)


OUR WEDDING (PART 1) - AKAD NIKAH

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah dapat juga akhirnya meluangkan sedikit masa untuk update blog yang dah lama ditinggalkan ni..hehe. Hampir 2 bulan berumah tangga baru kali ni dapat post sedikit gambar-gambar sepanjang nikah hari tu.. :)



Pelamin nikah yang super simple tapi kami suka sangat..hehe
























 

Ibu bapa mempelai lelaki- baju putih kelabu, ibu bapa mempelai perempuan- baju oren..


Kami sudah jadi suami isteri..lalala


Alhamdulillah majlis akad nikah yang dihadiri keluarga kedua belah pihak dengan disaksikan penduduk kampung sekalian berjalan lancar dan dipermudahkan..semoga rumahtangga yang kami bina kekal bahagia hingga ke akhir hayat..amin ya Rabb. InsyaAllah wedding part 2 di entri akan datang..:)



Tuesday, January 14, 2014

SALAM MAULIDURRASUL

Bismillahirrahmanirrahim...




 Alhamdulillah masih berkesempatan dan punya peluang untuk terus berselawat ke atas junjungan kita Rasulullah SAW..semoga kita menjadi umatnya yang gemilang walaupun tidak sempat bersama baginda menegakkan syiar Islam bersama-sama. Namun bagi menunjukkan rasa cinta kita marilah bersama meneruskan perjuangan baginda selagi masih punya peluang dan kesempatan.. insyaAllah.





Monday, January 13, 2014

SELAMAT HARI LAHIR ABANG..

Bismillahirrahmanirrahim...


Kali pertama menulis blog selepas bergelar isteri..alhamdulillah sangat bersyukur sebab menjadi isteri kepada suami yang sangat penyayang dan memahami. Sudah lama nak publish entri ni tapi asyik tertangguh kerana kesibukan pengantin baru..haha. 


Seminggu selepas walimah,hari lahir abang pula tiba..syukur sangat saya berjaya buat suprise untuk abang buat hari lahirnya yang pertama kali kami sambut bersama sebagai suami isteri..gembira melihat wajah suami yang berseri-seri mendapat suprise yang tidak seberapa..haha.






 Pisang goreng cheese..sedappp!












 



 Genap seminggu kami menjadi suami isteri..


 Kek tempah sehari sebelum..by call je,hehe.












Ya Allah semoga abang dilimpahi segala kebaikan dan rahmatmu..semoga bahagialah hubungan yang kami bina ini sehingga ke akhir hayat nanti.. amin ya rabbal alamin.


Thursday, December 19, 2013

JEMPUT DATANG SEMUA:)


Bismillahirrahmanirrahim...


Agak lama tak update blog..banyak perkara nak dikongsi sebenarnya namun apakan daya saya amat sibuk dengan persiapan untuk walimah..maka dengan itu entri ringkas ini saya akhiri dengan jemputan walimatulurus saya:)


NURUL FARHANA & EBNEE

27 NOVEMBER 2013 ( MAJLIS AKAD NIKAH )

28 NOVEMBER 2013 ( MAJLIS SANDING )

TEMPAT : KG PADAS DAMIT, BEAUFORT, SABAH



Semoga kehadiran kalian menambah lagi keberkatan majlis kami..