Sunday, July 19, 2015

SKY HOTEL KOTA KINABALU

Bismillahirrahmanirrahim...

Baru-baru ni masa shopping untuk raya, ingatkan nak stay 1 malam kat hotel kegemaran kami- Tang Dynasty..sekali rupanya full house. Cari hotel lain pun sama..majoriti pun full house. 

Lepas banyak kali survey hotel, akhirnya kami sepakat memilih sky hotel. Kebetulan hotel tu still ada available room..eh boleh panggil room ke, macam tak sampai hati panggil room sebab kalau nak bawa 1 family stay room tu pun boleh sebab ada banyak ruang..nak guling-guling terlentang bagai pun macam boleh..amboi.


Kedudukan hotel betul-betul di belakang maybank kk..sangat strategik. Nampak sangat dari jalan raya ni.


Tu diaa..siap bergambar lagi kat huruf sky,, haha


Nampak macam dalam cermin tapi sebenarnya tu kat beranda luar..salah satu pintu keluar untuk hirup udara segar  atau saya rasa tu ruang untuk yang merokok kot.


Tadaa..saya paling suka gambar ni. Sebab feeling macam dalam frame..haha. Oh ya..saya memakai nursing blouse from jakel. Material sejuk dan tak payah iron..


Tengok bos kecik santai tunggu ummi dan abi bersiap..


Kacau kejap budak kecik tengok tv..



Kat belakang kami tu boleh nampak pemandangan kk..ni tingkap ruang tamu. Tingkap bilik pun boleh nampak..apatah lagi beranda luar.


Santai tengok tv bersama zahrah


Pemandangan  kk


Zahrah siap golek-golek lagi..


Bilik ada kat dalam tu ya.. sebab tu hotel ni best. Ala-ala kondo macam tu..


Ruang tamu..ada tv dan sofa.. terus felling macam kat rumah, haha.


Dapur..boleh panaskan makanan ye.. Ada peti sejuk, pemanas air dan ruang simpan makanan. Dapur ni mula-mula sekali kita akan hadap sebelum ruang tamu.

Best kan sky hotel..:-) untuk bilik macam ni kami hanya bayar rm206 je..berbaloi kan. Nak bawa family pun boleh stay sini..sebab bilik ada pintu. Nak tidur kat ruang tamu pun boleh.

Sky hotel jom..hehe.

0 comments:

Post a Comment

    © Friends Forever Template by Emporium Digital 2009

Back to TOP