Saturday, July 18, 2015

RAYA KAMI BERTIGA

Bismillahirrahmanirrahim..

Dah hari raya kedua baru nak upload gambar..yeah tahun ni kami beraya bertiga :-) Serius kami saaangat excited nak beraya dengan zahrah :-)

Raya tahun ni giliran rumah mak saya..lepas je solat sunat raya dan bergambar-gambar terus kami berdesup ke rumah keluarga abang pula..dekat je, tak sampai pun 15minit..haha.



Gambar atas ni kat rumah sebelah keluarga saya..alhamdulillah bertambah ahli baru. Tahun lalu tak sempat nak bergambar bersama..syukur sangat dapat peluang tu tahun ni.



Tahun ni tema oren..orange group in the house! Ini gambar kat keluarga sebelah abang.


Zahrah bersama atuk, nenek, para makcik dan sepupu-sepupu.


Ini seluruh ahli keluarga sebelah abang..alhamdulillah tahun ni dapat kumpul bersama. Keluarga oren + keluarga hijau + keluarga biru.



Tengoklah zahrah tu..sentiasa sporting. Geram je tengok zahrah berbaju kurung sedondon dengan ummi..

Oh ya..zahrah cucu bongsu dalam keluarga, kesayangans lebih..lalala. Akhir kata, selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin.


0 comments:

Post a Comment

    © Friends Forever Template by Emporium Digital 2009

Back to TOP