Sunday, October 6, 2013

B2B PART 1

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah kami akhirnya telah memulakan langkah kami sebagai b2b..sedikit demi sedikit persiapan mula diatur baik untuk keluarga mahupun juga bagi pihak kami sebagai mempelai..maaf ayat sedikit skema..haha.


Walaupun tak banyak lagi yang selesai memandangkan majlis ada lebih kurang 3 bulan lagi, kami rancang nak cuba selesaikan semuanya sebelum bulan Disember menjelang tiba. Setakat hari ni baru 30% kot yang sudah selesai..


Perkara pertama yang selesai ialah baju nikah..saya ambil jalan mudah, beli ready made je. Tapi tudung dan veil untuk nikah tak sedia lagi..pada saya kalau dah terdesak nanti beli je lah mana-mana yang berkenan. Tudung tak susah sangat nak cari banding dengan baju..cuma untuk baju yang dah beli tu mungkin saya akan tambah sedikit batu-batu atau manik untuk masukkan dengan tema putih biru kami:) Baju yang dah beli tu putih je semua..insyaAllah akan ditambah dengan hiasan biru-biru sikit. Kain baju melayu En.tunang pun dah ada cuma tak jahit lagi..design untuk baju melayu tu pun dah ada juga:)


Set pelamin di kedua belah pihak juga sudah selesai..dah booking mengikut warna tema kami:) Bercerita tentang pelamin, kami dapat peluang design sendiri pelamin yang kami nak..mulanya saya tak terfikir pun nak design bagai. Ingatkan nak ikut je mana-mana koleksi yang butik tu pernah buat tapi bila dapat peluang macam tu kami tak lepaskan..dapat jugalah design yang kami inginkan akhirnya dan dah submit:) macam assignment pula..haha.


Lepas tu untuk pakaian malam berinai juga sudah selesai untuk warna dan design..tinggal nak fitting baju je nanti, alhamdulillah. Pakaian sanding di siang hari untuk saya saja yang belum selesai sebab kakak owner butik yang sangat baik hati & sporting bagi peluang lagi kat saya untuk pilih design baju yang saya nak..maksudnya dia akan buatkan sepasang baju sanding baru untuk saya dan En.tunang..tapi En.tunang dah dapat design dia nak. Saya tak kisah sebenarnya nak pakai mana-mana pun sebab nak guna konsep asal ada dan selesa je. Tapi bila dapat peluang macam tu siapa yang nak lepaskan kan???? hehe.. haruslah terima.


Maka jadilah kerja saya google siang dan malam mencari design yang kena di mata dan di hati di samping menepati syariat.. insyaAllah. Nak cantik tak semestinya kena pakai baju yang ketat.. saya sangat berharap dan berusaha supaya aurat saya terpelihara di sepanjang majlis walimah nanti biar apa jua pakaian yang saya gayakan..amin. Impian saya ingin menjadi inpirasi pengantin muslimah masa walimah nanti..biiznillah. Dakwah di sebalik sebuah walimah:)


Kertas dan sampul surat untuk kad jemputan pun dah beli sikit-sikit..kami D.I.Y je kad jemputan kami. Jimat dan boleh design sendiri..alhamdulillah design pun dah ada tinggal nak print je nanti:) InsyaAllah nak edar kad untuk teman-teman guru dan kakitangan sekolah di beberapa buah sekolah pada minggu terakhir sebelum cuti sekolah nanti..untuk yang lain-lain masa cuti sekolah nanti pun boleh edar. 


Dalam kesibukan kami menyiapkan segala persiapan di atas, sehingga ke hari ini saya belum hadiri kursus kahwin lagi..haha. InsyaAllah bulan ini juga akan saya hadiri. Tinggal nak tunggu sepupu confirmkan tarikhnya saja..insyaAllah semoga segala urusan dipermudahkan.



No comments:

Post a Comment