Tuesday, January 5, 2016

TRIP TO KUNDASANG : PART 2 - DESA DAIRY FARM

Bismillahirrahmanirrahim...

Masa sampai kundasang hari tu, lepas je cek in dan makan tengahari kami terus ke Desa Dairy Farm..kami pergi sebelah petang. Ramai sesangat orang..tak taulah samada ramai sebab cuti sekolah atau memang macam tu keadaan kat Sana. Ramai sampai tahap tak ada parking..sabar je lah jalan kaki jauh dengan kendong zahrah lagi. Tapi ok je..sambil jalan sambil tengok pemandangan yang super cantik. Terus feeling macam kat luar negara..haha.

 Ini pintu masuk utama..kat sini terus bayar tiket masuk sekali. Masuk sini pun kereta dah berbaris tau.

 Sempat ambil view ni masa dalam perjalanan lepas pintu masuk tadi.. Bayangkanlah barn sebesar tu, ada 2 pula tu..entah berapa banyak lah lembu kat sana.

 View ni diambil dekat depan tempat kami parking kereta..berbaloi jugalah dapat parking jauh untuk view secantik ni. Tempat ni sebenarnya betul-betul di kaki gunung tu. Terus imagine macam manalah tempat ni masa gegaran hari tu..

 Tiket masuk..rm5 saja tau.

 Masih dalam perjalanan..sikit je lagi nak sampai kat pintu masuk.

 Masa ni lembu tengah diperah susu..Ada alat khas, laju je dorang pam. Terus samakan diri macam lembu tu bila pam susu untuk zahrah, haha. Boleh tengok live ye tempat perah susu ni..siap nampak dorang mandikan lembu lagi.

 Ni tempat antara ruang perah susu Kat bawah dan atas.. Kira macam laluan kot.









 Gigih tau kami panjat bukit semata nak nampak lembu dalam latar gambar..haha. Dah macam retis dah lembu tu.

 Ni dewan makan lembu-lembu tu kot.. Boleh tengok dari jauh je, tak boleh masuk sampai sana.





 Tak jemu-jemu kami bergambar..setiap sudut tempat ni cantik.

 Dalam bebanyak souvenir kat situ, saya beli fridge magnet je.. Haha

 Masa ni berbaris nak dekat sejam semata-mata nak beli aiskrim je tapi bila sampai kat depan aiskrim dah habis..penat tau baris pepanjang. Dah lah kena potong queue dengan sorang makcik..hmm.

View terakhir dari depan pintu masuk desa dairy farm..sempat grab sekotak susu je, tu pun susu putih je.. Wawawa. Susu coklat dah habis so kami pun beli di supermarket supaya tak kempunan..haha.

Next entry part 3 pula cerita tentang ikan kelah ok..

1 comments:

  1. hai , ain datang singgah dan follow
    salam perkenalan :)

    ReplyDelete

    © Friends Forever Template by Emporium Digital 2009

Back to TOP