Showing posts with label BERSALIN. Show all posts
Showing posts with label BERSALIN. Show all posts

Tuesday, April 28, 2015

BENGKUNG SAYA GUNA SELEPAS BERSALIN

Bismillahirrahmanirrahhim...

Eh, bersalin caeserean mana boleh pakai bengkung..nanti effect kat tempat luka! Ish..ish..boleh je lah sebenarnya. Sangat-sangat boleh tau..saya sebagai seorang yang berpengalaman bersalin czer sangat galakkan anda pakai bengkung.

Ewah..kalah doktor pula cara bercakap tu, hehe. Mula-mula saya pun tak berani nak pakai bengkung, takut woo tempat luka tu terjejas. Tapi segalanya berubah bila saya baca blog namee roslan, ada dia buat entri tentang bengkung. Kebetulan namee pun dah 2x bersalin czer..memang senior lah sangat kan, hehe. Baru tau kalau czer kena pakai bengkung jenis pelekat tu..yang tali-tali tak boleh tau.

Kebetulan masa baca tu saya masih kena ulang alik ke klinik tiap hari sebab bawa zahrah cek kuning..bayangkan dengan luka lagi, jalan laju tak boleh lepas tu kena ampuh perut dengan tangan sepanjang perjalanan supaya tak sakit bila lalu jalan tak rata..

Masa hari kelima lepas bersalin kot saya gagahkan diri ke watson cari bengkung jenis tu..serius murah sangat, jumpa yang harga rm12 lebih (belum ada GST). Laju je saya beli sambil senyum happy dapat bengkung murah..haha.

Lepas pakai bengkung tu, dah boleh jalan laju sikit dan bergerak aktif sebab dah kurang rasa sakit dan tiada lagi peristiwa ampuh perut berlaku melainkan jika bengkung dibuka..Bila naik kereta pun rilek je, dah tak rasa sakit bila terhentak atau lalu jalan tak rata..yeah! 

Tapi lepas setengah bulan guna bengkung tu saya mula rasa tak best...sebab dia murah, maka kualiti pun kurang.  Bengkung tu jadi longgar dan tak fit. Terus tak nak pakai dah..tapi masa 1st time kami bawa zahrah jalan-jalan, agak lama juga saya kena dukung dia dan masa tu memang tak pakai bengkung tu. Akibatnya kat bahagian atas tempat luka tu bengkak..terus menyesal tak pakai bengkung dan kami ambil pengajaran yang saya tak boleh dukung zahrah lama sangat.

Lepas je peristiwa tu, saya tak fikir panjang terus order bengkung moden..haha. Walaupun mahal tapi tak apalah bukan nak guna sekarang je tapi boleh guna sampai bila-bila..walaupun abang bising juga sebab mahal tapi yang penting kualiti dan fit, hehe. Sambil-sambil tu boleh kempiskan perut juga...lalala.


Siap dapat sepit rambut lagi..free gift untuk zahrah :-)

Kalau nak order boleh whatsapp puan sara : 014-8371485..

Selamat bergerak aktif selepas czer dan selamat menjadi langsing juga..lalala :-)

Monday, April 13, 2015

TEMUJANJI FISIOTERAPI

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya tak pasti samada setiap orang yang bersalin secara LSCS tu memang kena jalani fisioterapi ke tak, tapi saya memang jalaninya..masa dekat wad lagi saya digalakkan buat senaman kegel lepas je sehari bersalin. Lepas tu pula diberi temujanji seterusnya selepas 6minggu bersalin..

Awal bulan hari tu saya pun pergilah temujanji tu dengan ditemani abang..tak sangka pula saya kena buat beberapa jenis senaman untuk memulihkan semula otot-otot yang terlibat masa mengandung dan pembedahan hari tu.

Antara senaman yang diajar dalam sesi fisioterapi tu..


Ni senaman kegel..sebelum keluar dari hospital dah kena suruh buat dan amalkan :-)




Senaman-senaman kat atas bukan sahaja diajar masa saya hadiri temujanji tu, tapi juga saya kena amalkan setiap hari..kata je tiap hari tapi entah berapi kali dah skip, haha.

Ingatkan temujanji hari tu berakhir di situ, rupanya dapat temujanji baru lagi bulan mei nanti, sebelum habis bercuti. Entah senaman apa pula yang akan diajar..mujur temujanji tu sekejap saja, hanya setengah jam..

Oklah..nak buat senaman dulu, dah berapa kali dah skip..tadaa :-)



Wednesday, February 18, 2015

PENGALAMAN BERSALIN CAESERIAN

Bismillahirrahmanirrahim...

Seperti yang dijanjikan, ni adalah sambungan kepada entri semalam.. masa kat wad bersalin, saya bagitaulah kat nurse yang kandungan saya songsang dan sepatutnya admit wad pada 14 februari tapi oleh kerana dah mula sakit contraction + keluar darah, saya terus je datang.

Nurse pun cek la macam-macam..tekanan darah, pergerakan jantung baby, bukaan rahim..masa kena cek tu bukaan rahim dah 2cm tau dan kaki baby  dah kat laluan. Macam takut je dengar masa tu..takut kaki keluar dulu, haha. Contraction pula makin kerap sepanjang saya duk dalam tu.

Kiranya saya terpaksa emergency caeser sebab tak boleh nak tunggu lama lagi dah. Nurse bagitau saya start puasa masa tu, kena sambung dengan  air glukos je. Pastu kena pasang salur kencing..ngilu dan sakit sikit masa kena pasang. Kena minum ubat yang pahit lagi untuk elak gastrik lepas selesai pembedahan nanti. Nak operation pakaian kena buka habis tau..pakai pakaian khas je kat dalam bilik bedah. Bab ni saya bersyukur sangat sebab masa tu dah nak pukul 3 pagi, mana ada orang. Yang ada pun nurse je dengan family saya..doktor pun perempuan. Alhamdulillah terpelihara juga aurat pada saat-saat genting macam tu.

Lepas dah sign borang untuk tambah darah dan bius, saya pun disorong ke dewan bedah. Abang ikut sekali masa tu..perasaan saya pula tak tau nak cakap macam mana..hanya mampu zikir dan selawat banyak-banyak tak henti sambil doa harap-harap baby selamat.

Abang dapat hantar sampai pintu dewan bedah je lepas tu pintu kena tutup. Sebelum mula operation tu, saya diminta duduk di hujung katil sambil peluk bantal.  Masa tu la doktor suntik bius kat belakang dekat atas punggung. Lepas je bius, perlahan-lahan saya dah tak rasa kaki..sempat lagi saya test *power* bius tu. Saya gosok-gosok tangan kat dada dan goyang-goyangkan ibu jari kaki. Tak rasa dah..fuh, lega juga. Sepanjang dibedah memang tak rasa sakit tapi saya dapat rasa perut saya macam bergoyang-goyang *dikerjakan*..hehe. 

Dalam pada zikir dan selawat tak henti tu, nurse kat sebelah siap boleh ajak saya sembang-sembang lagi, tanya itu dan ini. Tak lama rasanya, nurse datang tunjuk baby kat saya dan tanya jantina baby..spontan saya jawab, perempuan kot..haha. Terus kena marah sebab tak  konfiden jawab ada kot..tapi memang baby girl pun, tak meleset hasil masa scan. Syahdu je naluri keibuan ni masa nurse bagi cium baby..harum walaupun campur bau darah. Dah la mata dia bulat terbuka..geram betul. Saya dibedah pukul 3.10 pagi dan baby keluar pada 3.19 pagi. Tak terasa cepat je prosedur berlalu.

Lepas dah selesai, saya disorong keluar dan terharu lagi sekali bila wajah pertama saya lihat ialah abang..terus rasa nak bermanja bila abang tanya keadaan masa tu. Semuanya ok cuma sejuk yang amat. Orang yang duduk 100 meter jauh pun boleh nampak kot macam  mana kuatnya saya menggigil. Saya terus dihantar ke wad dan ditukarkan pakaian. 

Lepas pembedahan kena baring terlentang je tau tak boleh mengiring selema 6 jam. Puasa pun kena teruskan juga. Tak lama lepas tu nurse datang bawa baby..abang azankan dan calitkan sedikit madu asli kat bibir baby..dah selesai tu nurse tolong saya untuk susukan baby. Teruja sangat..pengalaman pertama katakan.

Seawal 6 pagi saya dah boleh mula gerak kaki sikit-sikit..lepas tu diikuti dengan sakit sikit-sikit  kat tempat luka tu. Pukul 9 pagi baru boleh minum dan kena belajar baring mengiring. Sakit macam mana pun kena gigih mengiring juga tau..kalau tak nanti lambat dapat bergerak. Lepas tu pukul 12 tengahari salur kencing dah kena cabut dan kena belajar bangun dari katil dan  kencing kat tandas pula. Untuk pertama kali bangun, saya terpaksa berpaut pada abang  dan dipapah ke tandas. Memang perit dan pedih tapi rasa 1 kebanggaan bila boleh bangun dan jalan...haha.

Percayalah..bila dah dapat bangun tu, pergerakan seterusnya menjadi lebih mudah dan semakin mudah bila kerap bergerak. Lepas 3 hari kat hospital baru dapat discaj dan rehat-rehat kat rumah. Terima kasih sangat kat mak mertua yang masakkan bubur dan sup haruan setiap pagi dan petang sepanjang kat hospital. Terima kasih juga pada mak sebab temankan saya dan baby pada malam pertama kami di hospital..tapi malam kedua nurse tak bagi temankan dah. Sedih juga saya malam tu sebab sorang-sorang je dengan baby..dah la sakit nak bergerak, wawawa. 

Bersalin caeserian bagi saya 1 pengalaman berharga yang tak mungkin dilupakan..syukur alhamdulillah puteri kami sihat dan baik-baik saja. Alhamdulillah.. next entri baru akan diperkenalkan puteri kami yang songsang itu..haha.