Showing posts with label ANAK TERSAYANG. Show all posts
Showing posts with label ANAK TERSAYANG. Show all posts

Monday, February 25, 2019

HAPPY BIRTHDAY ZAHRAH

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah tanggal 12 Februari 2019 yang lalu zahrah genap 4tahun. Memandangkan zahrah sudah ke sekolah, maka kami suami isteri pun sepakat agar birthday zahrah tahun ni disambut di sekolah. 

Lebih meriah sambut beramai-ramai sambil jamu kawan-kawan dengan kek dan sedikit cupcake😉

Persediaan kami untuk birthday zahrah tak banyak pun. Kek tempah sahaja, tema pinky pie si little pony by birthday girl. 


Gambar kek ni snap di kedai saja..sebabnya pagi sebelum ke sekolah tu baru pergi ambil dan terus bawa ke sekolah zahrah. 

Goodies bag pula kami buat sendiri..banyak masa nak buat kan, haha. Sebenarnya lebih kepada nak jimat dan berbaloi sebab kawan-kawan zahrah ramailah juga dalam 50 orang macam tu dan dalam masa yang sama kami tak nak lah beli mahal-mahal lepas tu dibuang macam tu je. So kami buat sendiri..




Kami guna pembalut makanan yang biasanya diguna untuk balut waffle, pisang goreng. 100pcs hanya rm4.50..untuk tulisan pada bag tu kami print je. Husband design kemudian print terus pada bag tu. Tapi perlukan sedikit kegigihan jugalah sebab tak boleh print banyak-banyak terus. Kena adjust betul-betul supaya tulisan dan gambar betul-betul berada pada kedudukan yang kita nak.

Husband kata dah boleh dah ni kalau nak open order untuk goodies bag😅 Dalam bag tu kami isikan air teh bunga dan kek apollo je. Seboleh mungkin tak nak bagi jajan kat budak-budak.


Saya bekalkan chocolate moist cupcakes je untuk zahrah dan kawan-kawan. Itu saja mampu disediakan masa hari bekerja ni😅 Alhamdulillah zahrah kata kawan-kawan cakap sedap.







Terima kasih sangat untuk guru-guru Pasti Baitul Hikmah kerana bantu menjayakan majlis hari lahir zahrah. Belon-belon dan hiasan belakang tu kami sediakan tapi guru-guru zahrah yang tiup dan hias. Alhamdulillah..

Wednesday, February 6, 2019

ZAHRAH POSITIF INFLUENZA

Bismillahirrahmanirrahim..

Sebelum ni memang saya ada share di ig tentang zahrah yang sakit & warded. Tapi baru ni berkesempatan untuk share tentang influenza.

Zahrah mula dengan batuk kering pada khamis 24.01.2019. Petang tu juga kami terus bawa ke Klinik Medisinar di Beaufort. Waktu tu doktor cuma bagi ubat batuk dan titis hidung sebab zahrah mengadu hidung dia tersumbat. Keesokannya 25.01.2019 hari Jumaat pun zahrah masih batuk kering.

Hari sabtu, 26.01.2019 batuk zahrah sudah mula berkahak..lega sikit la kan. Kemudian hari Ahad 27.01.2019 zahrah mula demam. Suhu badan dia akan tinggi pada waktu malam. Hari isnin 28.01.2019, saya belikan zahrah ubat demam di klinik Medisinar. Hari selasa 29.01.2019 zahrah masih demam & kami bawa zahrah ke KliniK Dr.Tan di kk. Di sana, Dr.Tan kata zahrah sakit yang sama macam masa kecik dulu. Demam biasa 3serangkai macam tu. Kali ni dapat antibiotik & beberapa lagi ubat lain.

Hari Rabu 30.01.2019, saya cuti & fokus jaga zahrah di rumah & pantau sepenuhnya jadual makan ubat supaya tiada yang terlepas. Saya mandikan zahrah lebih dari 7kali tapi suhu tak turun juga. Malam tu, suhu badan zahrah terus naik sampai 39.3°c, cepat-cepat kami bawa semula ke klinik Medisinar untuk masuk ubat sumbat punggung. Balik rumah suhu zahrah turun dari 39°c tapi masih demam.

Keesokan hari, hari khamis 31.01.2019 kami buat keputusan untuk bawa zahrah ke Hospital Gleneagles..memandangkan gleneagles salah satu hospital panel untuk medical card zahrah. Kami sampai dalam lebih kurang 1.30pm dan terus minta untuk jumpa dengan Dr.Fauziah. Cantik kliniknya tapi tak sempat pula ambil gambar😅.

Dr.Fauziah suspect zahrah dijangkiti influenza..macam menakutkan bunyinya kan. Tapi untuk sahkan kena buat test. Test agak mahal sedikit, dalam Rm700+..so kami rela zahrah masuk wad & test akan dibuat. Hasil test memang zahrah positif influenza. Influenza B..














Selama 4hari 3malam dalam wad, demam zahrah memang on off..kalau siang hari suhunya 36°c, malam boleh naik mendadak ke 38°c macam tu. Doktor kata memang begitulah simptom influenza..demam on off & suhu tinggi pada waktu malam. Batuk & selesema zahrah juga dipengaruhi oleh influenza tu sebenarnya.

Alhamdulillah..syukur sangat sebab kami ambil tindakan segera bawa zahrah ke hospital. Mommies kalau anak-anak demam lebih 3hari cepat-cepat bawa ke hospital tau lebih-lebih lagi kalau suhu yang tinggi pada waktu malam.

Kalau tanya kami, dari mana zahrah dapat jangkitan ni kami pun tak tau nak jawab apa. Macam-macam kemungkinan..mungkin sekolah, tempat awam, kedai..so mommies berjaga-jaga saja & rajin apply sanitizer kat anak setiap kali keluar rumah k.

Oh ya..info yang saya dapat, untuk mengesahkan jangkitan influenza kena buat test ya. Sebab tu klinik tak dapat mengesahkan sebab klinik tak ada lab. Kena pergi hospital..influenza juga boleh menjangkiti semua peringkat usia. Syukur juga kami suami isteri tak dijangkiti zahrah..alhamdulillah.

Saturday, October 24, 2015

CABARAN PENYUSUAN SECARA EKSLUSIF

Bismillahirrahmanirrahim...

Maaflah tajuk entri sedikit skema..haha. Tapi cabaran yang saya nak cerita ni lebih kepada pengalaman diri sendiri je. Alhamdulillah saya berjaya bf zahrah secara ekslusif selama 6bulan dan berterusan hingga kini zahrah dah 8 bulan lebih..

Bf sebenarnya mudah je.. Tak payah susah payah bangun bancuh susu malam-malam, tak payah susah nak angkut segala botol panas botol minum bila tiap Kali nak jalan. Penat kot nak siapkan semua benda tu..mana nak mekap lagi kan, haha. Lagi 1 yang paling penting, jimaaat banyak tau. Tak payah beli susu formula..yeah!!

Tapi....walaupun bf ni secara nyata memang mudah tapi tak juga semudah yang disangkakan. Ada cabaran juga tau..

Cabaran pertama saya bermula seawal masa pantang lagi. Oleh kerana saya bersalin secara caeser, konon nak luka cepat baik saya amalkanlah makan sup haruan. Cukup 3 hari, zahrah asyik kentut bau busuk je. Dah lah baru umur 3 hari masa tu..terus stop makan haruan, sebab tak ngam dengan zahrah. Lepas tu makan roti putih pun sama..dah lah favorite kan. Sama juga, zahrah kentut bau busuk..sabar je lah tak boleh makan. Agak lama juga lah saya tak makan dua tu.

Cabaran kedua pula masa zahrah umur 7 bulan..zahrah berkahak agak teruk juga sampai nak jadi asma. Masa tu lagiii banyak tak boleh makan. Semua makanan yang bersifat sejuk tak boleh makan. Telur tak boleh..sayur yang ada unsur sejuk pun tak boleh. Maka bertabahlah makan apa yang boleh je.

Lepas dah sihat tak ada kahak, umur 8 bulan zahrah kena cacar pula yang halus je merah-merah kat badan tu. Tu pun nasib baik yang halus..masa tu ayam, daging, telur semua tak boleh makan. Sayur yang jenis sifat gatal pun tak boleh makan.. Saya ambil jalan selamat makan lobak dan sayur daun je. Ikan pun tak semua jenis boleh makan. Ada ikan jenis gatal kan.. Seafood jangan cakaplah, lagi tak boleh.

Dekat dua minggu juga saya berpantang makan.. Silap makan tak pasal-pasal nanti 1 badan zahrah yang bekas cacar tu gatal pula kan. Lagipun tak nak lah nanti saya dipersalahkan jadi punca penyakit zahrah kan..hehe.

Alhamdulillah saya berjaya harungi semua dengan baik. Untuk mommy yang bf baby, teruskan usaha anda sebab kita bukan sahaja menurut apa yang disunnahkan nabi malahan kita beri hak anak kita yang sepatutnya. Jangan sesekali rasa down atau putus asa..kalau anak sakit, jagalah makan supaya kita dapat membantu kesembuhan anak dengan lebih cepat..paling penting mesti kuatkan hati dari segala hal:)


Ni lah dia yang dah fully bf selama 8 bulan..

Alhamdulillah..semoga urusan penyusuan saya dan zahrah dipermudahkan sehingga umurnya 2 tahun..amin ya rabb.

Wednesday, September 23, 2015

ZAHRAH @ LITTLE PENYU

Bismillahirrahmanirrahim...

Setelah sekian lama memendam rasa nak tengok zahrah berenang di ala-ala hipopo baby spa kat semenanjung tu, tercapai juga rasa yang terpendam tu di little penyu baru-baru ni.

Konsepnya sama iaitu spa untuk baby dan kanak-kanak sehingga 12 tahun. Terletak di metrotown, lot J-1-5, 1st floor, blok J..berdepan dengan Lucy's kitchen. 
 Di depan pintu masuk..


 View dari luar little penyu..


 Kaunter pendaftaran dan pembayaran

 Masa ni saja datang awal..excited nak tengok zahrah berendam..haha

 Senarai harga..zahrah ambil single session saja.

 Zahrah sempat tidur lagi sementara tunggu giliran. Masa ni baru bangun tidur..

Tu dia lokasi penggambaran zahrah Kali ni..haha

 Geram tengok kolam ni.. Ni untuk baby 0-3 months..

 Masa ni buka pakaian zahrah dan ganti pampers dia..

 Tadaa..dah tukar pampers khas.

 Senam dan senam..warm up sebelum swim.

 Stay dulu di tepi kolam..bagi rasa air di kaki zahrah.

 Ni sebelum mula swim..sempat timbang lagi

 Dah masuk dalam air pun..yeah, tak nangis.

 Zahrah jumpa kawan dalam kolam..tapi kawan tu dah biasa swim. Duk lah heret zahrah dalam air tu, haha.

 Tu parents kawan Zahara..

 Kena hiburkan dia juga..kalau tak dia bosan.


 Dah habis masa.. Dekat setengah jam juga lah zahrah berendam dalam tu.

 Segarnya lepas Mandi...

Air dalam kolam tu tak sejuk pun..sentiasa suam dan sesuai untuk baby. Tengoklah akan datang mungkin akan datang lagi kot bawa zahrah. Bagi zahrah rasa sendiri pengalaman ni bila besar sikit nanti.

Kalau nak datang sini, call dulu tau. Boleh contact nombor ni- 088383639. Masa operasi dari 10am sampai 5pm tau.

Saturday, July 18, 2015

SHOPPING RAYA DENGAN ZAHRAH

Bismillahirrahmanirrahim...

Entri ni sepatutnya dah publish sebelum menjelang raya tapi nak buat macam mana, kekangan masa lapang membataskan peluang saya itu..

Alhamdulillah bila ada sedikit kelapangan ni terus je cepat-cepat update supaya tak terlalu basi entri ni..haha.

Ini sedikit perkongsian pengalaman shopping raya yang pertama bersama zahrah..tak banyak pun gambar tapi bolehlah untuk menceritakan sikit-sikit pengalaman.



2 gambar di atas ni masa jalan-jalan kat wisma muis..masa pergi tu hujung minggu. Hanya tuhan yang tau macam mana sesaknya tempat tu..jalan berlaga-laga bahu. Masa tu risau sangat dekat zahrah..nasib baik zahrah sangat behave dalam carrier yang dikendong abi dia..syukur sangat-sangat.

Konon-konon pergi situ nak cari baju melayu abang tapi tak jumpa warna yang dicari..lepas tu sambil-sambil lah nak cari tudung juga tapi dah keadaan sesak macam tu terus hilang semangat nak cari tudung. Dapat kuih cincin je berbungkus-bungkus..haha. 



Haa..yang ni pula kat centre point..pun ramai orang juga. Bersusun-susun kereta keluar masuk nak parking..nasiblah lepas tengok offer macam ni terus semangat..haha. 

Zahrah yang sporting termenangis jugalah masa mencari pakaian dia ni (gambar atas). Lepas tu abi dia pujuk dengan baju doraemon, terus jadi sporting balik..haha. Dapat jugalah zahrah baju doraemon warna pink sepasang..haha.

Hasil pelaburan duit untuk zahrah kat sale tu boleh tahan juga..hampir rm100 juga habis untuk dia seorang, pheww.

Selain 2 tempat tu, gigihlah juga kami mengusung zahrah di bulan puasa tu ke segama, sinsuran, wisma merdeka dan giant. Kalau ikutkan rasa hati semua tempat nak pergi tapi Kk sangat jam pada masa tu..wawawa..lupakan saja.

Kesimpulannya..shopping dengan zahrah ok je dan sangat menyeronokkan. Nasiblah zahrah kecik lagi, belum pandai nak minta beli toy..kalau tak habislah..haha.

Wednesday, May 13, 2015

RUTI HARIAN SELEPAS HABIS CUTI...!

Bismillahirrahmanirrahim...

Minggu ni tamat sudah cuti bersalin saya selama 3bulan itu..sedih nak tinggal zahrah kat rumah dengan mak tapi apakan daya..wawawa. Tiada sudah moment mandikan zahrah setiap pagi itu..sedih. 

Untuk kurangkan kesibukan setelah balik bekerja, minggu lalu lagi dah siap-siap iron baju banyak sikit untuk stok sepanjang minggu ni..sekali dengan baju abang. Lepas tu siap-siap penuhkan fridge dengan stok susu..alhamdulillah setel bab itu. 

Hari pertama kembali bekerja agak kelam kabut juga sikit..balik je kena masak pula lepas tu ganti mak jaga zahrah. Kena pam susu lagi sebab setengah hari tinggal zahrah, susu terkumpul banyak..sekali pam dapat 2botol saiz 5oz..syukur alhamdulillah.

Lepas tu kena basuh botol-botol bekas zahrah minum..main-main dengan zahrah lagi. Pada usia 3bulan ni zahrah sangat suka bermain..sangat suka ketawa juga..tak sampai hati biar dia main sorang-sorang.

Petang pula bawa zahrah jalan-jalan pula..budak bambam tu sangat suka berjalan tau. Lepas tu sibuk nak mandikan zahrah pula, basuh kain dan kelam kabut pula nak tidurkan zahrah dan nak masak untuk makan malam pula..fuhh!

Bila zahrah tidur, boleh makan dengan tenang dan santai bersama abang..lepas makan pula sambil rehat-rehat buat pula rph..pheww!

Tahan hati jelah rasa macam masa pack sangat..jap lagi sebelum tidur nak pam susu pula lagi..demi zahrah dan niat untuk penyusuan secara ekslusif, sabar sajalah.

Paling penting kena hargai masa dengan sebaiknya..sikit pun tak boleh buang masa. Kena urus masa dengan sebaiknya..insyaAllah semoga setiap urusan kami sekeluarga dipermudahkan..amin.

Cak! Ini pagi tadi masa kami suami isteri sedang bersiap ke tempat kerja..zahrah dah bangun dan masa ni dia tengah bermain..sedih woo nak tinggal dia main.

Tak padan kecik dah pandai posing..hehe

Budak manja..rindu pujuk dia nangis macam ni.

Minggu depan saya kena hadiri kursus PTM..terpaksa abang cuti 5hari untuk jaga zahrah sepanjang saya berkursus di kem PLKN tu nanti. Kesian kat abang dan zahrah..wawawa.

Nanti saya update macam mana pengalaman bawa anak kursus..insyaAllah.

Wednesday, April 22, 2015

SELFIE IBU & ANAK :-)

Bismillahirrahmanirrahim...

Entri ini dibuat dek kerana rasa geram yang amat pada zahrah..lalala :-)


Saya: zahrah pandang kamera ye sayang..
Zahrah: ok ummi..zahrah pandang lah ni (sambil lewa)


Saya: zahrah..pandang kamera tu.
Zahrah: ala ummi..tadi kan zahrah dah pandang..


Saya: zahrah..(teruskan dengan bebelan manja)
Zahrah: (saya tengah marah ni..ummi asyik suruh pandang kamera je)


Zahrah: zahrah dah pandang ni ummi..ok tak? (Muka terpaksa)
Saya: yeah..macam tu lah anak ummi :-) (sambil cium bertubi-tubi)

Nak dapatkan sekeping gambar pun kena posing banyak kali..haha. Geram sangat kat budak bambam tu :-)