Showing posts with label DIRIKU SENDIRI. Show all posts
Showing posts with label DIRIKU SENDIRI. Show all posts

Monday, May 16, 2016

INI ENTRI THROWBACK..HOHO

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah akhirnya terbuka juga hati & ringan jari jemari untuk update blog malam ni..semuanya hanya kerana sekeping gambar.


Ehem.. Itu gambar masa anak dara, masa degree dulu.. Dengan geng-geng sabahan. Kalau tak silap gambar ni masa tahun 2008 kot.. 1st semester & umur masa tu baru 20..muda woo.

Alkisahnya kitorang masuk je u terus join PSSCM..Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Minat punya pasal kan.. Dah tu gigihlah kitorang turun latihan 2x seminggu kalau tak silap & setiap malam jumaat pergi baca yaasin pula kat rumah persatuan kat bandar.

Secara jujurnya rasa enjoy join silat ni.. Badan sihat, maintain berat badan (ehh??), ramai kawan (takdelah asyik dengan kawan-kawan sabahan je kan) & paling terkesan sekali walaupun life dengan silat sepanjang 3tahun tu macam super busy sikit tapi rasa macam kita jadi lebih bijak manage time..siap sempat dapat dean list kot, haha. 

Bila tahap belajar tu dah tinggi sikit, mula lah kitorang selalu pergi berlatih silat kat rumah persatuan..Kat bandar ye, bukan dekat. Dalam setengah jam kot naik kereta kalau tak jam. Perginya selalu lepas isyak & baliknya tak lari 2 ke 3 pagi..anak dara apa la ni, haha. Sebelum pulang singgah makan pula..haa, bab ni kalau boleh elak dah lama nak elak. Yelah masa tu bergantung hidup dengan biasiswa, selalu bila biasiswa lambat masuk mulalah gelabah fikir nak korek duit manalah untuk belanja makan lepas balik silat ni. Kesian my tabung yang tak seberapa & tak pernah sempat nak penuh, selalu jadi mangsa keadaan..haha.

Dah la sampai asrama pernah paling lewat pukul 3.30 pagi.. Fuhh. Paginya pula nak pergi kelas pukul 7, siap ada test lagi kekadang. Tak sempat kot nak study. Tapi makin kita sibuk sebenarnya semakin kita pandai mengurus masa.. Eh, hipotesis apa tu.

Cukuplah kot throwback sampai situ je.. Nanti sedih sebab dah lama tinggal dunia silat. Kat Sabah Sarawak takde psscm..baju silat tu pun dari mula habis study tak pernah dah keluar dari bagasi..buang tebiat ke apa tiba-tiba pakai baju tu & bersilat sorang-sorang, haha.

Tapi yang pasti, saya belajar silat sampai tamat tau.. Walaupun tak kesampaian niat nak jadi jurulatih, ciss.

Tuesday, March 3, 2015

10 TAHUN LALU..

Bismillahirrahmanirrahim...

Ini kisah 10 tahun lalu..tiba-tiba rasa macam oh, tuanya diri ini bila pandang ke 10 tahun lalu. 10 tahun yang sudah berlalu ketika saya menduduki spm. Dah 10 tahun ye saya tinggalkan exam besar tu.

Masa tu saya ambil 12 subjek..bukan suka-suka pun nak  ambil banyak subjek tapi dah sekolah tetapkan camtu. Tapi dalam hati masa tu bangga lah juga bila kawan-kawan tanya ambil berapa subjek..haha. Masa tu kan dah macam trend semua  berlumba-lumba nak ambil subjek banyak-banyak. Sekarang je dah tak boleh..

Tapi lepas je result keluar, serius saya menyesal sebab ambil banyak subjek. Masa tu baru tersedar yang banyak subjek saya tak boleh nak fokus belajar sebab ada banyak..eleh, padahal sendiri yang salah tak study betul-betul, haha.

Dari 12 subjek yang saya banggakan tu, 6 jeeeee yang kredit tau. Terus rasa bangga merundum jadi malu..wawawa. Konon aliran sains tapi subjek sains 1 pun tak kredit..padahal minat sekali kat subjek kimia, wawawa. Terus menyesal tak ambil sains biasa je, boleh fokus 1 je.

Lepas tu rasa tak adil sebab kena ambil subjek EST (English For Science and Technology)..nama bukan main lagi, pheww. Subjek ni pada saya susah ya amat..dah la bi pun tak ok, est ni lagi lah susah..sabar je lah. Tak tau nak study macam mana masa nak exam.

Addmath. Saya minat math dan berusaha sungguh-sungguh study dan buat latihan semua tapi tak ada rezeki nak kredit addmath, nak buat macam mana. Tapi saya A1 math moden..haha.

B.Arab pula boleh dibanggakan sebab saya memang tak pandai pun arab ni..selalu kena soal je dalam kelas dan selalu terkial-kial nak jawab, haha. Tapi faktor utama yang jadi  pendorong masa tu sebab saya suka cara ustaz tu mengajar, mudah faham. Bukan saya suka ustaz tu ye..jangan salah faham.

Biarpun cuma lulus 6kredit je dan cuma ada 2A je, alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kini saya dah berjaya..peluang yang datang di hadapan saya, saya jadikan sebagai ruang memperbaiki diri. Alhamdulillah saya berjaya menjadi pendidik..

Siapa sangka pelajar yang dulu selalu terkial-kial dan  mohon ihsan kawan-kawan tunjuk jawapan bila kena soal kini jadi guru untuk subjek tu pula..giliran saya pula buat anak murid terkial-kial, haha.

Hari ni result spm diumumkan..kepada yang cemerlang  dan terbilang tu tahniah dan syabas. Tapi buat yang tak full kredit macam saya tu, jangan putus asa. Jadikan ini sebagai permulaan untuk berjaya..peluang sentiasa ada, rebut dan guna peluang tu sebaiknya :-)

Pepatah arab ada mengatakan, "siapa yang berusaha dia akan berjaya  dan siapa menanam dia akan menuai"..

Monday, February 9, 2015

KENANGAN SEBELUM JADI UMMI :-)

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni kena *lapor diri* dah pergi hospital likas..perasaan campur-campur antara teruja dengan berdebar..fuhh! Semalam rasa macam tak lena tidur, tak tau fikirkan apa..kejap-kejap asyik terjaga je.

Pagi tadi sedang bersiap-siap untuk *lapor diri*, ada kejutan yang menanti..jeng-jeng. Lepas mandi bila masuk je bilik, tengok atas katil dah ada kek, hadiah dan kad..waa :-)





Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur untuk saya nikmati kebahagiaan ni..sempat lagi sambut berdua, tahun depan insyaAllah sambut bertiga pula.

Semoga Allah murahkan rezeki abang, limpahkan kesihatan yang baik serta kesejahteraan hidup yang melimpah ruah..amin ya rabb.

Ok lah..nak teruskan perjalanan untuk *lapor diri*..nanti saya update lagi ye perkembangan baby :-)

Tuesday, October 1, 2013

AKU SEDANG DIUJI

Bismillahirrahmanirrahim...


Sejak zaman sekolah lagi saya memang ada masalah dengan sistem perkumuhan yang satu itu..jarang buang air besar! Dulu saya tak rasa apa pun malah rasa macam satu kelebihan pun ada sebab tak payah susah payah pergi tandas setiap hari. Lebih-lebih lagi sekolah menengah saya dulu selalu tak ada air paip. Tapi nyata saya silap bila akhirnya sembelit dan buasir pula menyerang.. saya tak malu berterus terang sebab perkara ni sangat serius sebenarnya.


Bila dah zaman U, lagi jarang saya ke tandas..seminggu dalam 2 atau 3 kali sahaja. Lepas tu bila ke tandas mesti saya duduk dalam tu nak dekat-dekat sejam.. kadang sampai nangis-nangis baru dapat keluar dari tandas dengan perasaan lega.. Bila dah macam tu baru saya nak kelam kabut makan sayur, yogurt, minum air putih banyak-banyak dan makan buah-buahan.. lumrah manusia kan, bila dah terkena baru nak sedar.. wawawa.


Kini dah masuk alam pekerjaan keadaan perut dan sistem pencernaan seakan makin merajuk dengan tuan punya badan.. setiap malam saya alami kembung perut. Berangin satu badan sampai nak buat apa pun tak selesa.. ingatkan ada masalah batu hempedu ke apa. Bila cek kat klinik, doktor kata dalam perut saya ada banyak angin @ gas.. Angin tu berpunca dari perut saya yang banyak menyimpan hasil pencernaan yang tidak tercerna  @ tidak dibuang mengikut saluran betul.. Makanan pun sama. Saya dah tak boleh makan yang berminyak dan berlemak.. wawawa.


Sekarang tiap masa perut saya kembung..nak berkompang kat perut ni pun boleh. Kadang-kadang kepala naik pening dan muntah-muntah saya dibuatnya akibat angin yang banyak dalam badan. Kini saya sedang berusaha meraih kembali kesihatan diri.. doakan saya ya. Rasa sangat terkilan sebab dari dulu tak pernah ambil tau tentang penjagaan kesihatan dan pemakanan yang sihat. Beringat sebelum kena:(


Sabda Rasulullah SAW:
 'Perut manusia itu punca segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan'
(Riwayat ad-Dailami)




Teringin sangat nak dapatkan usus yang sihat dan normal..:(

Wednesday, August 28, 2013

KITA HANYA MERANCANG

Bismillahirrahmanirrahim...


Duduk diam-diam di rumah sejak beberapa bulan lalu buat saya banyak merancang itu dan ini yang saya pun tak tau bila nak laksanakan. Lepas 1, 1 lagi plan yang muncul. Sebenarnya boleh je laksanakan cuma saya yang..... MALAS! haha..


1. Dah lama plan nak jahit manik-manik, bunga, labuci dan sebagainya kat 2pasang tudung yang kosong tak ada hiasan. Ingatkan nak buat transformasi kat tudung tu tapi entahlah.. jadi transformer la jawabnya tudung tu, haha.


2. Mak ada bagi cadangan suruh buat kuih-kuih kering macam tausa bun atau kuih sapit dan tumpangkan jual kat kedai. Mak bagi idea yang bagus untuk saya isi poket tapi saya.....mahu tapi entahlah. Alasan dalam hati nak kumpul modal dulu untuk beli bahan mentah. Harap-harap tercapai..


3. Nak kemas bilik baru yang dah siap tapi sampai sekarang saya tak bergerak lagi dan masih menumpang tak tau malu kat bilik tidur adik.. aih, nak kena rotan kot saya ni baru nak buat agaknya.. haha.


4. Kursus kahwin. En.tunang dah banyak kali tanya bila nak kursus. Masa masih praktikum hari tu bagi alasan nantilah lepas dah habis kursus kat IPG baru ambil kursus kahwin dengan alasan masa dan saat ni lah saya sangat free. Tapi dah beberapa bulan berlalu pun tak pergi juga.. haha.


5. Nak bersihkan halaman rumah sikit-sikit. Rumah keluarga saya baru lepas renovate, banyak sisa pertukangan di tepi dan belakang rumah. Hari tu saya dah buat sekali tapi entah bila lah nak sambung lagi ni..


6. Nak design jubah sendiri tapi yang ni memang tak boleh bergerak kalau ketua pereka saya belum bergerak iaitu mak tersayang.. haha.


7. Persiapan walimah. Ni no komen sebab saya tak bincang tarikh lagi dengan usrati walaupun tarikh yang dirancang sudah semakin mendekat.. ohhh, susahnya hati.


InsyaAllah selepas ni saya akan berusaha merealisasikan kesemua plan ni sementara masih dikurniakan masa lapang. Bila dah mula posting nanti mesti dah tak sempat nak gapai plan ni. Insaf sangat dengan kemalasan diri yang melampau ni.. agaknya saya kena buat jadual kot lepas ni:)


Apa-apa pun..kita hanya merancang, Yang Maha Esa jua yang menentukan..semoga segala urusan dipermudahkan..


******************


Semalam tiba-tiba sahaja abah mengadu kesakitan di bahagian atas perut..dekat ulu hati lebih kurang. Ingatkan sakit biasa saja tapi bila abah sampai guling-guling atas lantai menahan sakit, saya dan mak jadi panik. Kami hanya bertiga di rumah sebab adik-adik semuanya di asrama.


 Laju-laju saya dan mak capai tudung dan bawa abah ke klinik. Sedih melihat abah dalam keadaan macam tu. Syukurlah lepas diperiksa dan mak bagi abah makan ubat, abah dah tak guling-guling lagi menahan rasa sakit. Tapi saya tau walaupun abah baring macam biasa tapi abah tetap sakit sebab kejap-kejap abah akan pusing kiri dan kanan. Kami biarkan saja abah berehat.. mungkin ubat yang abah telan sedang bekerja melawan virus jahat di badan abah.

 
Masa bawa abah ke klinik tu, teringat pula dulu-dulu zaman saya muda remaja abah lah yang selalu bawa saya ke klinik malam-malam kalau sakit. Tapi sekarang saya pula yang bawa abah ke klinik. Rasa bagaikan masa sedang diterbalikkan.. syukur sangat sebenarnya sebab saya ada bersama mereka di saat mereka memerlukan. Kalau mak dengan abah berdua je semalam saya tak tau lah macam mana agaknya. Mak dah la tak tau memandu apatah lagi menunggang motor. Syukur ya Rabb..


Semoga abah akan cepat sembuh dan dilindungi Allah taala dari penyakit yang berbahaya.. saya sangat sayangkan abah. Sayangkan mak juga..:)


'Rabbighfirli waliwalidaiyya warhamhuma kama rabbayani saghira'
Ampunilah dosa-dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka memeliharaku sejak kecil


Sunday, August 11, 2013

CERITA HARI RAYA

Bismillahirrahmanirrahim...

Sedih terpaksa melepaskan pemergian bulan ramadhan yang penuh berkah..namun bersyukur dan riang gembira atas kemenangan menempuh segala cabaran di bulan ramadhan..yeah,ahlan ya syawal! Semoga syawal tahun ni dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang terjalin..amin.


Pagi raya dah rasa sedih dan terkilan sebab tak dapat solat sunat aidilfitri berjemaah di masjid. Kaki yang sakit kesan terjatuh dalam longkang hari tu buat saya susah sikit nak solat masa duduk..terpaksalah saya redha je. Pasti ada hikmahnya..


 Hari raya kedua,lepas Solat Jumaat En. tunang sms bertanya boleh tak kalau dia datang ambil saya di rumah dan bawa ke rumahnya. Katanya nak bagi kenal-kenal dengan nenek serta ahli keluarga lain yang datang dari kampung kerukan. Saya rujuk sms tunang pada mak.. mak bagi saya pergi tapi bersama adik.. hehe. Ok lah tu.. ada yang teman, macam tu kan lagi elok. Boleh juga biasa-biasakan adik dengan bakal keluarga mertua:)


Sampai di kampung tunang, saya dibawa beraya di rumah jiran-jiran yang juga keluarga En.tunang. Tak sangka boleh jumpa senior masa sekolah menengah dulu yang rupa-rupanya makcik kepada En. tunang.. hehe. Lama jugalah kami cerita-cerita di rumahnya..sampaikan 'makcik' tu cakap bila lagi nak datang sini, haha. Saya pun jawablah,'insyaAllah tak lama lagi hari-hari saya datang sini..' haha  insyaAllah biiznillah. Yang penting dari rumah ke rumah saya akan makan dan makan apa saja yang menarik dan nampak sedap. Even dah kenyang mata dah mengantuk kekenyangan pun saya still boleh menyuap lagi.. haha. Even kat rumah bakal mertua sekalipun saya dah tak kuasa nak control ayu dan sebagainya.. haha. Jadilah diri anda sendiri:)


Tengahari raya ketiga pula sekali lagi En.tunang sms tanya malam ni saya sekeluarga ada kat rumah tak??? En.tunang dan keluarga nak datang 'serang'..haha. Cepat-cepat tanya mak dan mak cakap insyaAllah tak ke mana. Saya terfikir-fikir apa nak dimasak ni. Macam tak seronok pula nak sambut tetamu bermakna dengan biskut dan kuih raya je. Lagipun semalam di rumah En.tunang saya dijamu dengan nasi pandan, nasi tomato dan nasi kuning. Ayam pula sampai 5 jenis masakan dan bermacam lagi sayur. Maka saya pun plan nak rebus nasi impit, masak rendang ayam, sayur campur dan goreng kue tiaw kegemaran keluarga saya. Simple je untuk keluarga kecil macam saya..kudrat tak ramai, hehe.


Bila dah jam6, mak tiba-tiba teringat ada kenduri kahwin malam ni di 2 tempat. Mak dah bising tentang hal ni. Saya pun dengan berat hati sms En.tunang kata boleh tak tangguh dulu datang beraya.. mak dengan abah nak pergi kenduri kahwin. Mujurlah En.tunang dengan penuh hikmah cakap nak datang juga walaupun sekejap je. Sebabnya bukan senang nak kumpul adik-beradik dia yang 8orang semuanya tu..malam ni kebetulan semua ada maka kena datang juga. Alhamdulillah mak dengan abah ok akhirnya.


Akhirnya semua menu yang dirancang tadi tidak menjadi..jam6.30 saya kelam kabut goreng kue tiaw untuk tetamu bermakna saya..haha. Sambil masak sambil sms sambil buat minuman panas. Mak abah dan adik-adik semua sibuk di luar rumah tadah air hujan. Alhamdulillah jam7 semua sudah siap terhidang biarpun saya tak sempat nak mandi dan bersiap comel-comel..haha. Syukurlah semuanya berjalan lancar dan mereka sekeluarga yang datang dengan 2 buah kereta dapat bersatu di dalam keluarga saya yang kecil.. syukur ya Rabb. Semoga syawal pertama kami bersama dapat menyatukan keluarga kami dalam suasana penuh hikmah dan keberkatan..insyaAllah.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
0-0



Tuesday, August 6, 2013

TIADA MOOD RAYA

Bismillahirrahmanirrahim..


Raya kali ni sangat lain dari yang lain buat saya.. tiada baju raya mahupun tudung raya apatah lagi sebarang aksesori berkaitan. Tipulah kalau jauh di sudut hati saya kata tak sudi nak beraya sakan.. memang nak tapi apakan daya sejak berehat panjang di rumah dengan tiada income maka saya pun sedar diri tidak mau meminta-minta itu dan ini untuk raya dari orang tua. Saya beralah dan dahulukan adik-adik yang serba mau itu dan ini untuk raya.


Macam budak-budak pula rasanya bila hati bagai dihiris-hiris tanda jeles tengok jubah adik yang mak belikan.. haha. Tak mengapalah pasti ada hikmah di sebalik semua yang terjadi ni:)


InsyaAllah tahun ni raya terakhir saya sebagai anak dara..sebab tu tak rasa sangat nak beraya sebab fikiran dah menjangkau memikirkan persiapan untuk walimah beberapa bulan lagi. Saya sedapkan hati tenangkan jiwa kata camni bila tengok ahli keluarga sibuk tayang baju raya masing-masing..'tak mengapalah kali ni saya biasa-biasa saja..insyaAllah masa walimah nanti saya buat persiapan secukup dan selengkapnya..' hehe.


Mood raya saya juga semakin hilang bila keputusan temuduga SPP keluar dan tarikh temuduga saya pada 21 Ogos. Harus bagaimanalah mau menikmati raya bila hati cuak berdebar memikirkan temuduga.. wawawa. Nampak gaya kena study lah saya di hari raya ni di samping buat persiapan secukupnya untuk hadapi temuduga tu nanti. Ok apa dapat study sambil makan kuih raya.. bulan lain tak dapat camni.. haha.


Patutlah saya tak beria nak raya.. nak puasa lagi lama-lama sikit boleh tak? haha..

Semoga Allah permudahkan segala urusan temuduga tu nanti dan semoga saya berjaya laluinya dengan jaya.. amin!


Syukur lillahitaala sebab dah bagi result yang cemerlang buat saya dalam final exam yang lalu..rasa bersyukur yang amat sangat. Walhal study last minit dan asyik tengok detective conan je berselang-seli dengan upin-ipin..hehe. Animasi yang sangat bagus untuk tenangkan fikiran rupanya..:) Syukur ya Allah atas nikmat yang tidak terhingga ini..

p/s: Doakan lah saya berjaya menempuhi temuduga SPP tu nanti..:)