Wednesday, February 18, 2015

PENGALAMAN BERSALIN CAESERIAN

Bismillahirrahmanirrahim...

Seperti yang dijanjikan, ni adalah sambungan kepada entri semalam.. masa kat wad bersalin, saya bagitaulah kat nurse yang kandungan saya songsang dan sepatutnya admit wad pada 14 februari tapi oleh kerana dah mula sakit contraction + keluar darah, saya terus je datang.

Nurse pun cek la macam-macam..tekanan darah, pergerakan jantung baby, bukaan rahim..masa kena cek tu bukaan rahim dah 2cm tau dan kaki baby  dah kat laluan. Macam takut je dengar masa tu..takut kaki keluar dulu, haha. Contraction pula makin kerap sepanjang saya duk dalam tu.

Kiranya saya terpaksa emergency caeser sebab tak boleh nak tunggu lama lagi dah. Nurse bagitau saya start puasa masa tu, kena sambung dengan  air glukos je. Pastu kena pasang salur kencing..ngilu dan sakit sikit masa kena pasang. Kena minum ubat yang pahit lagi untuk elak gastrik lepas selesai pembedahan nanti. Nak operation pakaian kena buka habis tau..pakai pakaian khas je kat dalam bilik bedah. Bab ni saya bersyukur sangat sebab masa tu dah nak pukul 3 pagi, mana ada orang. Yang ada pun nurse je dengan family saya..doktor pun perempuan. Alhamdulillah terpelihara juga aurat pada saat-saat genting macam tu.

Lepas dah sign borang untuk tambah darah dan bius, saya pun disorong ke dewan bedah. Abang ikut sekali masa tu..perasaan saya pula tak tau nak cakap macam mana..hanya mampu zikir dan selawat banyak-banyak tak henti sambil doa harap-harap baby selamat.

Abang dapat hantar sampai pintu dewan bedah je lepas tu pintu kena tutup. Sebelum mula operation tu, saya diminta duduk di hujung katil sambil peluk bantal.  Masa tu la doktor suntik bius kat belakang dekat atas punggung. Lepas je bius, perlahan-lahan saya dah tak rasa kaki..sempat lagi saya test *power* bius tu. Saya gosok-gosok tangan kat dada dan goyang-goyangkan ibu jari kaki. Tak rasa dah..fuh, lega juga. Sepanjang dibedah memang tak rasa sakit tapi saya dapat rasa perut saya macam bergoyang-goyang *dikerjakan*..hehe. 

Dalam pada zikir dan selawat tak henti tu, nurse kat sebelah siap boleh ajak saya sembang-sembang lagi, tanya itu dan ini. Tak lama rasanya, nurse datang tunjuk baby kat saya dan tanya jantina baby..spontan saya jawab, perempuan kot..haha. Terus kena marah sebab tak  konfiden jawab ada kot..tapi memang baby girl pun, tak meleset hasil masa scan. Syahdu je naluri keibuan ni masa nurse bagi cium baby..harum walaupun campur bau darah. Dah la mata dia bulat terbuka..geram betul. Saya dibedah pukul 3.10 pagi dan baby keluar pada 3.19 pagi. Tak terasa cepat je prosedur berlalu.

Lepas dah selesai, saya disorong keluar dan terharu lagi sekali bila wajah pertama saya lihat ialah abang..terus rasa nak bermanja bila abang tanya keadaan masa tu. Semuanya ok cuma sejuk yang amat. Orang yang duduk 100 meter jauh pun boleh nampak kot macam  mana kuatnya saya menggigil. Saya terus dihantar ke wad dan ditukarkan pakaian. 

Lepas pembedahan kena baring terlentang je tau tak boleh mengiring selema 6 jam. Puasa pun kena teruskan juga. Tak lama lepas tu nurse datang bawa baby..abang azankan dan calitkan sedikit madu asli kat bibir baby..dah selesai tu nurse tolong saya untuk susukan baby. Teruja sangat..pengalaman pertama katakan.

Seawal 6 pagi saya dah boleh mula gerak kaki sikit-sikit..lepas tu diikuti dengan sakit sikit-sikit  kat tempat luka tu. Pukul 9 pagi baru boleh minum dan kena belajar baring mengiring. Sakit macam mana pun kena gigih mengiring juga tau..kalau tak nanti lambat dapat bergerak. Lepas tu pukul 12 tengahari salur kencing dah kena cabut dan kena belajar bangun dari katil dan  kencing kat tandas pula. Untuk pertama kali bangun, saya terpaksa berpaut pada abang  dan dipapah ke tandas. Memang perit dan pedih tapi rasa 1 kebanggaan bila boleh bangun dan jalan...haha.

Percayalah..bila dah dapat bangun tu, pergerakan seterusnya menjadi lebih mudah dan semakin mudah bila kerap bergerak. Lepas 3 hari kat hospital baru dapat discaj dan rehat-rehat kat rumah. Terima kasih sangat kat mak mertua yang masakkan bubur dan sup haruan setiap pagi dan petang sepanjang kat hospital. Terima kasih juga pada mak sebab temankan saya dan baby pada malam pertama kami di hospital..tapi malam kedua nurse tak bagi temankan dah. Sedih juga saya malam tu sebab sorang-sorang je dengan baby..dah la sakit nak bergerak, wawawa. 

Bersalin caeserian bagi saya 1 pengalaman berharga yang tak mungkin dilupakan..syukur alhamdulillah puteri kami sihat dan baik-baik saja. Alhamdulillah.. next entri baru akan diperkenalkan puteri kami yang songsang itu..haha.

6 comments:

  1. Alhamdulillah... Semuanya selamat hana. Siapa nama baby? Hehe...

    ReplyDelete
  2. Tgu tau..nama n gmbr bby akn d updte pd ari ke7 bby lahir :-)

    ReplyDelete
  3. Sue dulu anak sulong czer jg. Btw, tahniah ye. ^^

    ReplyDelete
  4. huhu,....masyitah dulu xtau pun nurse masukkan tiub salur kencing. 24 jam doc tak bagi turun katil. lepas tu baru nurse bagi jalan. masa tu nangis tak berlagu. sakit sgt2. 2 minggu nak bangun kena angkat. rezeki nurul sekuat itu. alhamdulillah. itu la nurse cakap. ada org lepas ceaser boleh jalan takde apa-apa dan ada yang tak boleh bangun berjalan. huhu...alhamdulillah kita boleh bangun berjalan. so far, syahdu kan masa first time tgk baby kita? rindu saat tu...tahniah nurul. happy!

    ReplyDelete
  5. Haha..mmg syahdu, terus ckp dlm ati " waa..comelnya ank aku".. haha. Syukur sgt sy bleh trus jln lps caeser tu wlupun thn skit. Apa pun ni la pglmn plg bhrga buat kta sbg ibu kan..:-)

    ReplyDelete