Friday, January 1, 2016

TRIP TO KUNDASANG : PART 1

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebelum tahun masihi berganti, sempat lagi menyelit 1 entri..belanja part 1 dulu. Terpaksa buat part by part sebab gambar ada banyak dan di setiap gambar ada cerita..lalala.

Untuk part 1 ni nak cerita tentang tempat tinggal dan aktiviti di pekan kundasang untuk 2 hari 1 malam kami di Sana..ceh, 1 malam je punnnn..haha

 Kami stay di sini..memandangkan masa tu cuti sekolah so rate bilik agak mahal sikit..homestay kakak ni tinggal 1 bilik je lagi tapi kami pujuk-pujuk minta murah sikit, haha.

Dapatlah rm170 untuk 1 malam dari harga asal rm220..malas dah mencari + bukan selalu bercuti macam ni so anggap saja ni 1 pelaburan..lalala

 Bertambah mahal lagi sebab bilik menghadap jalan raya + gunung kinabalu..haruslah mahal untuk view secantik itu kan, hehe..

 Masa ni baru masuk bilik..so marilah rehat-rehat sambil tengok gunung dan merasai udara sejuk ala-ala musim sejuk..


 Ni lah biliknya yang 'mahal' tu..2 queen bed, kami siap gabung katil malam tu. Luas sangat, bukan main lagi zahrah golek-golek. Dekat siling ada kipas dinding yang bulat tu..malam tu pasang, hmm zahrah sorang je tak pakai selimut. Entah dia pinjam kulit buaya ke beruang, haha.

 Ini pula tandasnya..heater memang wajib ada, kalau tak ada entahlah macam mana nak mandi sejuk macam tu.

 Antara kelengkapan dalam bilik yang disediakan..ok lah kan.


Kopi-kopi di beranda bilik sambil menikmati keindahan pemandangan..susu lembu tu beli masa pergi ladang lembu..nanti share tentang tu dalam part 2.

 Sorry zahrah..bagi can kami berduaan sekali ni, haha.

 Disebabkan petang masih muda, lepas mengopi tadi kami pun ambil kesempatan berjalan-jalan di bawah..ni dorang wefie tak mengajak masa saya balik bilik sekejap.

 Bilik kami di bahagian bawah tu..kalau nak bilik yang sekali dengan dapur pun ada. Macam-macam jenis bilik ada tau.


 Sambil berjalan sambil tengok bunga mana nak bawa balik untuk mak.. Cantik-cantik bunganya.

 Gerai sayur-sayur dan buah.. Strawberi dan blueberi mahal, tak jadi beli.


Sebelum balik ke bilik, singgah homestay ni  punya restoran untuk tapau makan malam..suhu semakin sejuk, kesian dekat zahrah. Peliknya dorang tak sediakan tapau makanan so kami bawalah pinggan naik pergi bilik je.

 Tengok zahrah tu..feeling macam di oversea, haha

 Waktu malam kami stay saja di bilik..suhu di luar sangatlah sejuk. Ni pun keluar kepala je ambil gambar pemandangan malam di luar bilik.

 Ini view waktu awal pagi..langit bersih je so boleh nampak gunung kinabalu dengan jelas sekali.

 Sebelum bergerak tengok ikan kelah, haruslah breakfast dulu di restoran semalam ye..tak ada pilihan awal-awal pagi tu, jangan cerewet. Tentang ikan kelah, part 3 nanti ye..lalala.

 Gambar last sebelum tinggalkan homestay walai tokou..

Ini view homestay walai tokou..tepi jalan je, senang cari. Sebelah dia kinabalu pine resort..mampu tengok je lah, haha. Kalau nak stay di rumah lain pun boleh sebab penduduk di kawasan tu semua ada homestay masing-masing. Cuma ada yang rumah simen dan rumah papan..

Homestay rumah papan murah sikit rasanya..bawa baby memang tak nak lah stay rumah papan, nanti suara zahrah menangis ganggu jiran-jiran pula.

Itu saja untuk entri ni..dua tahun siapkan entri ni, taip intro tadi tahun 2015 lagi..ni penutup dah tahun 2016 dah..ish.

1 comment: