Tuesday, September 1, 2015

AKTIVITI MALAM AMBANG MERDEKA!!

Bismillahirrahmanirrahim...

Lamanya tak update blog..aihh. Almaklumlah sejak-sejak sibuk dengan IG ni..haha. Ni pun nasib baik berkesempatan juga update cerita ambang merdeka baru ni..

KRT kampung abang ada buat program sikit sempena hari kemerdekaan..program yang sangat santai tapi enjoy. Biarpun hujan tapi semuanya berjalan lancar. Macam-macam aktiviti yang dijalankan, saya ada ambil bahagian juga tau..jom check satu persatu.


Pertandingan gubahan bunga plastik dan yang hidup..ni acara saya, haha. Nanti saya buat entri lain untuk pertandingan ni..


Pertandingan karom..


Ni best tapi tak join sebab tak nak cemarkan tangan..lalala



Pertandingan ping pong..


Pertandingan congkak..


Ini pula acara teka silang Kata..


Acara kanak-kanak 6 tahun ke bawah ni paling best dan meriah..haha



Sambil main sambil makan sayap ayam bakar..yummy.


Makanan kami yang simple malam tu..


Cak!! Zahrah pun tak mahu ketinggalan.


Family pink kami..haha


Merdeka..!!

Alhamdulilah program berjalan dengan lancar..sekampung kot enjoy, haha. Buat para pemenang nantikan 16 September nanti penyampaian hadiah untuk semua kategori..yeah!

Thursday, August 20, 2015

MERDEKA GIVEAWAY DARI KASUTKACA15

Bismillahirrahmanirrahim...

Sempena bulan kemerdekaan dan sambutan kemerdekaan yang bakal kita sambut tak lama lagi, saya dengan senang hati dan penuh rasa patriotik join giveaway ni!! hehe..

'saya join merdeka giveaway dari kasutkaca15. semoga murah rezeki saya'

Jom ramai-ramai join giveaway ni..klik saja kat bendera untuk join ye:)

Thursday, August 6, 2015

RUMAH TERBUKA + MAJLIS HARI JADI

Bismillahirrahmanirrahim...

Asal update blog je cerita rumah terbuka..haha. Harap sila jangan boring, nak buat macam mana..di setiap gambar kan ada cerita maka haruslah update kat sini. Ig update juga tapi setakat 1 ke 2 gambar sajalah..lalala

Kali ni rumah terbuka abang ipar di penampang..sekali dengan majlis hari jadi anaknya yang sulung dan ketiga..alhamdulillah urusan kami menghadiri majlis tu dipermudahkan :-)



 Gigih saya menyelit ke depan untuk ambik gambar meja birthday ni

Fify..si birthday girl. Anak buah abang yang paling sulung..

 Barisan yang diraikan pada hari tu..

Betapa comelnya kami..fify yang baru tingkatan 1 lagi tinggi..???

Semoga fify dan dhail yang diraikan membesar menjadi anak yang soleh solehah dan  mentaati ibu bapa..amin ya rabb. Sanah helwah kalian!

Sunday, August 2, 2015

OPEN HOUSE TOYOTA..YEAH!

Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam cerita open house..hari ni tak sangka pula cerita open house lagi, haha. Kebetulan pergi servis kereta kat toyota tengok ada ramai sangat orang. Rupanya toyota buat open house lah..yeah makan free, haha.

Tapi yang ramai kat open house tu pun bukan orang melayu..cina je ramai. Berlumba-lumbalah dengan diorang tu ambil satay bagai..haha.


 Sabar je lah tak ada tempat duduk..haha


 Kuih muih yang sedap-sedap..nyam


 Watak utama..en.satay



 Ada photobooth lagi..laju kami makan semata nak bergambar, haha

Di sebalik tabir penggambaran..ceh

 Zahrah seorang je tak sporting..haha

Tadaa..inilah hasilnya :-)

Alhamdulillah kami sangat kenyang pada hari tu..syukran toyota putatan untuk menus yang special lagi sedap tu, hehe. Semoga ada rezeki lagi untuk itu pada masa akan datang..ceh.

CERITA OPEN HOUSE HARI JUMAAT

Bismillahirrahmanirrahim...

Masih lagi dengan cerita hari raya..kali ni cerita open house kak Apnah dan cikgu Awang suami isteri, rakan setugas di sekolah. Rezeki disambut baik, kami meraikan rumah terbuka mereka dengan penuh kesyukuran :-) 

 Barisan kami yang ikhlas untuk makan..haha



 Ada 3 menu semuanya..semua saya makan tak mahu rugi, haha

Sempat lagi bergambar di tepi sungai belakang rumah (macam kumpulan nasyid buat video klip pun ada)

Alhamdulillah kami sangat kenyang sekenyangnya..terima kasih cikgu awang dan kak apnah atas jemputan. Semoga tahun depan masih berpeluang untuk kami menjamu selera lagi..haha.

Sunday, July 19, 2015

SKY HOTEL KOTA KINABALU

Bismillahirrahmanirrahim...

Baru-baru ni masa shopping untuk raya, ingatkan nak stay 1 malam kat hotel kegemaran kami- Tang Dynasty..sekali rupanya full house. Cari hotel lain pun sama..majoriti pun full house. 

Lepas banyak kali survey hotel, akhirnya kami sepakat memilih sky hotel. Kebetulan hotel tu still ada available room..eh boleh panggil room ke, macam tak sampai hati panggil room sebab kalau nak bawa 1 family stay room tu pun boleh sebab ada banyak ruang..nak guling-guling terlentang bagai pun macam boleh..amboi.


Kedudukan hotel betul-betul di belakang maybank kk..sangat strategik. Nampak sangat dari jalan raya ni.


Tu diaa..siap bergambar lagi kat huruf sky,, haha


Nampak macam dalam cermin tapi sebenarnya tu kat beranda luar..salah satu pintu keluar untuk hirup udara segar  atau saya rasa tu ruang untuk yang merokok kot.


Tadaa..saya paling suka gambar ni. Sebab feeling macam dalam frame..haha. Oh ya..saya memakai nursing blouse from jakel. Material sejuk dan tak payah iron..


Tengok bos kecik santai tunggu ummi dan abi bersiap..


Kacau kejap budak kecik tengok tv..



Kat belakang kami tu boleh nampak pemandangan kk..ni tingkap ruang tamu. Tingkap bilik pun boleh nampak..apatah lagi beranda luar.


Santai tengok tv bersama zahrah


Pemandangan  kk


Zahrah siap golek-golek lagi..


Bilik ada kat dalam tu ya.. sebab tu hotel ni best. Ala-ala kondo macam tu..


Ruang tamu..ada tv dan sofa.. terus felling macam kat rumah, haha.


Dapur..boleh panaskan makanan ye.. Ada peti sejuk, pemanas air dan ruang simpan makanan. Dapur ni mula-mula sekali kita akan hadap sebelum ruang tamu.

Best kan sky hotel..:-) untuk bilik macam ni kami hanya bayar rm206 je..berbaloi kan. Nak bawa family pun boleh stay sini..sebab bilik ada pintu. Nak tidur kat ruang tamu pun boleh.

Sky hotel jom..hehe.