Sunday, July 19, 2015

SKY HOTEL KOTA KINABALU

Bismillahirrahmanirrahim...

Baru-baru ni masa shopping untuk raya, ingatkan nak stay 1 malam kat hotel kegemaran kami- Tang Dynasty..sekali rupanya full house. Cari hotel lain pun sama..majoriti pun full house. 

Lepas banyak kali survey hotel, akhirnya kami sepakat memilih sky hotel. Kebetulan hotel tu still ada available room..eh boleh panggil room ke, macam tak sampai hati panggil room sebab kalau nak bawa 1 family stay room tu pun boleh sebab ada banyak ruang..nak guling-guling terlentang bagai pun macam boleh..amboi.


Kedudukan hotel betul-betul di belakang maybank kk..sangat strategik. Nampak sangat dari jalan raya ni.


Tu diaa..siap bergambar lagi kat huruf sky,, haha


Nampak macam dalam cermin tapi sebenarnya tu kat beranda luar..salah satu pintu keluar untuk hirup udara segar  atau saya rasa tu ruang untuk yang merokok kot.


Tadaa..saya paling suka gambar ni. Sebab feeling macam dalam frame..haha. Oh ya..saya memakai nursing blouse from jakel. Material sejuk dan tak payah iron..


Tengok bos kecik santai tunggu ummi dan abi bersiap..


Kacau kejap budak kecik tengok tv..



Kat belakang kami tu boleh nampak pemandangan kk..ni tingkap ruang tamu. Tingkap bilik pun boleh nampak..apatah lagi beranda luar.


Santai tengok tv bersama zahrah


Pemandangan  kk


Zahrah siap golek-golek lagi..


Bilik ada kat dalam tu ya.. sebab tu hotel ni best. Ala-ala kondo macam tu..


Ruang tamu..ada tv dan sofa.. terus felling macam kat rumah, haha.


Dapur..boleh panaskan makanan ye.. Ada peti sejuk, pemanas air dan ruang simpan makanan. Dapur ni mula-mula sekali kita akan hadap sebelum ruang tamu.

Best kan sky hotel..:-) untuk bilik macam ni kami hanya bayar rm206 je..berbaloi kan. Nak bawa family pun boleh stay sini..sebab bilik ada pintu. Nak tidur kat ruang tamu pun boleh.

Sky hotel jom..hehe.

Saturday, July 18, 2015

RAYA KAMI BERTIGA

Bismillahirrahmanirrahim..

Dah hari raya kedua baru nak upload gambar..yeah tahun ni kami beraya bertiga :-) Serius kami saaangat excited nak beraya dengan zahrah :-)

Raya tahun ni giliran rumah mak saya..lepas je solat sunat raya dan bergambar-gambar terus kami berdesup ke rumah keluarga abang pula..dekat je, tak sampai pun 15minit..haha.



Gambar atas ni kat rumah sebelah keluarga saya..alhamdulillah bertambah ahli baru. Tahun lalu tak sempat nak bergambar bersama..syukur sangat dapat peluang tu tahun ni.



Tahun ni tema oren..orange group in the house! Ini gambar kat keluarga sebelah abang.


Zahrah bersama atuk, nenek, para makcik dan sepupu-sepupu.


Ini seluruh ahli keluarga sebelah abang..alhamdulillah tahun ni dapat kumpul bersama. Keluarga oren + keluarga hijau + keluarga biru.



Tengoklah zahrah tu..sentiasa sporting. Geram je tengok zahrah berbaju kurung sedondon dengan ummi..

Oh ya..zahrah cucu bongsu dalam keluarga, kesayangans lebih..lalala. Akhir kata, selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin.


SHOPPING RAYA DENGAN ZAHRAH

Bismillahirrahmanirrahim...

Entri ni sepatutnya dah publish sebelum menjelang raya tapi nak buat macam mana, kekangan masa lapang membataskan peluang saya itu..

Alhamdulillah bila ada sedikit kelapangan ni terus je cepat-cepat update supaya tak terlalu basi entri ni..haha.

Ini sedikit perkongsian pengalaman shopping raya yang pertama bersama zahrah..tak banyak pun gambar tapi bolehlah untuk menceritakan sikit-sikit pengalaman.



2 gambar di atas ni masa jalan-jalan kat wisma muis..masa pergi tu hujung minggu. Hanya tuhan yang tau macam mana sesaknya tempat tu..jalan berlaga-laga bahu. Masa tu risau sangat dekat zahrah..nasib baik zahrah sangat behave dalam carrier yang dikendong abi dia..syukur sangat-sangat.

Konon-konon pergi situ nak cari baju melayu abang tapi tak jumpa warna yang dicari..lepas tu sambil-sambil lah nak cari tudung juga tapi dah keadaan sesak macam tu terus hilang semangat nak cari tudung. Dapat kuih cincin je berbungkus-bungkus..haha. 



Haa..yang ni pula kat centre point..pun ramai orang juga. Bersusun-susun kereta keluar masuk nak parking..nasiblah lepas tengok offer macam ni terus semangat..haha. 

Zahrah yang sporting termenangis jugalah masa mencari pakaian dia ni (gambar atas). Lepas tu abi dia pujuk dengan baju doraemon, terus jadi sporting balik..haha. Dapat jugalah zahrah baju doraemon warna pink sepasang..haha.

Hasil pelaburan duit untuk zahrah kat sale tu boleh tahan juga..hampir rm100 juga habis untuk dia seorang, pheww.

Selain 2 tempat tu, gigihlah juga kami mengusung zahrah di bulan puasa tu ke segama, sinsuran, wisma merdeka dan giant. Kalau ikutkan rasa hati semua tempat nak pergi tapi Kk sangat jam pada masa tu..wawawa..lupakan saja.

Kesimpulannya..shopping dengan zahrah ok je dan sangat menyeronokkan. Nasiblah zahrah kecik lagi, belum pandai nak minta beli toy..kalau tak habislah..haha.

Friday, July 17, 2015

HAPPY BELATED BIRTHDAY :-)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah setelah sekian lama akhirnya dapat juga update belog..syukur sangat atas nikmat kelapangan yang ada ni.

Alhamdulillah juga pada 8Julai hari tu genap usia abah 50 tahun..dah separuh abad dah rupanya abah, hehe. Selamat hari lahir abah:-) semoga dengan meningkatnya usia abah, kehidupan abah akan lebih diberkati dan dirahmati..amin ya rabbal alamin.






Tok abah yang birthday tapi zahrah pula yang lebih..haha. Happy belated birthday tok abah..(kata zahrah)..

Saturday, May 30, 2015

SELAMAT HARI GURU 2015..

Bismillahirrahmanirrahim...

Biarpun tarikh 16 Mei sudah berlalu, kami sepakat juga adakan sambutan hari guru peringkat sekolah semalam, 29 Mei 2015..kita tengok gambar saja terus ya :-)

Majlis dimulakan dengan bacaan yassin yang sudah menjadi rutin kami setiap pagi jumaat..

Pengacara majlis..

Ucapan dari ketua murid..

 Ucapan dari guru besar..

Sempat lagi buat peace di sana..hehe

Acara bertukar-tukar hadiah..dapat hadiah dari guru besar, lalala.

Ini pula guru yang dapat hadiah dari saya..

Acara memotong kek..

Sebelum makan baca doa dulu..

Makan time..nyam-nyam

Kami tak mau ketinggalan..lalala

Untuk kek yang sedap macam ni, gambar banyak kali pun tak apa..lalala

Muka tak malu tumpang bergambar kat iphone..hehe

Sekali lagi title gambar ni muka tak malu..

Ini muka malu sebab guna camera sendiri..ehh?

Akhir sekali..selamat bercuti untuk semua!!!



Friday, May 29, 2015

5 HARI 4 MALAM DI KEM PLKN

Bismillahirrahmanirrahim...

Bila dapat tau yang saya kena hadiri Program Transformasi Minda (PTM) di kem PLKN, perkara pertama yang saya risaukan ialah zahrah..macam mana nak bawa zahrah pergi kem, boleh ke?? Boleh bawa husband sekali ke?? Ada tempat tinggal disediakan ke?? Macam-macam saya fikir..sampai terfikir nak postpone je, tunggu sampai zahrah besar sikit.

Nasib baik dan syukur sangat bila En. Darriyanto, pihak urusetia tu berusaha tolong saya supaya saya dapat bawa zahrah sekali pergi kursus..alhamdulillah, pihak plkn sediakan bilik untuk saya bersama abang dan zahrah sepanjang kursus berlangsung. Kasihan kat abang terpaksa bercuti panjang sikit teman saya kursus demi untuk jaga zahrah..love u so much abang :-)



Pemandangan sebelum sampai kem.. seberang sana tu jambatan gantung yang jadi penghubung untuk masuk ke kem suatu masa dulu


Pintu masuk utama ke kem..


Atas tu tempat flying fox..ok saya hanya mampu ambil gambar saja


Jalan ke bawah ni la arah ke bilik kami..dah lah terpencil, jauh pula (ish..syukur alhamdulillah dapat bilik)

Sesi latihan kumpulan kami untuk malam penutupan..berlatih last minit tapi...

...kumpulan kami menang persembahan terbaik! Yeah..!



Malam penutup yang best..

Bersama bff tersayang, suel..dan kawan baru, alia..

Hari last..kami nak pulang. Zahrah dan abang tak sabar dah nak pulang..bosan duduk di kem, haha

Alhamdulillah cabaran selama 5hari 4malam berjaya kami lalui dengan jaya walaupun kasihan sangat dekat abang dan zahrah sepanjang tempoh tu.. 

Thanks suel sebab banyak tolong sepanjang ptm tu..kalau tiada suel rasanya saya tak mampu lalui ptm dengan jayanya..sayang suel.