Wednesday, December 10, 2014

SMARTPHONE BARUUUUU...

Bismillahirrahmpembukaani..

Agak lama juga rasanya tak update blog..almaklum cuti sekolah, maka kalau boleh semua aktiviti pun kena cuti juga..lalala.

Tapi percayalah, di sebalik blog yang tidak berupdate ini, ada beberapa entri yang tengah beratur tunggu giliran bila nak kena publish..haha.

Entri pembukaan di bulan disember ni pun umpama perasmian untuk my smartphone..kononnya cuba try test update blog guna my oppo, lalala (ingatkan apa tadi..oppo je).


Nah..tu dia, akhirnya hana farhana dah terjebak dengan dunia gadget..haha. Siap dengan power bank Samsung lagi. Lepas ni dah tak kacau samsung tab 4 abang dah..:-)

Puas hati dengan model ni sebab kamera sangat berbaloi-baloi..cuma kecil sikit banding tab 4 abang yang selalu saya berteduh kasih..

Alhamdulillah..rezeki ni nak kongsi dengan baby yang akan lahir tak lama dah lagi. Syukran ya Rabb..alhamdulillah atas nikmat ini :-)

Saturday, November 22, 2014

SEGMEN : BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH

Bismillahirrahmanirrahim...



Segmen ni sangat mudah..syarat-syarat pun mudah. Klik je kat banner ye untuk join.. Segmen ni berakhir pada 30/11/2014 jam10 malam..jom join ramai-ramai:)

DINNER AT BGRB

Bismillahirrahmanirrahim...

Baru je balik dari kursus guru baharu hari tu, esoknya kena pergi pula sambungannya di peringkat PPD..dan malamnya pula bersambung lagi dengan dinner akhir tahun. Waa..memang jadual yang sangat pack dan dipenuhi dengan aktiviti makan memanjang..haha. Tahun ni kami memilih Borneo Golf Resort Berhad sebagai tempat dinner..tempat ni famous juga di sabah bagi peminat sukan golf. Awal-awal dulu plan nak bermalam dengan abang kat resortnya tu tapi tak menjadi pula sebab Jumaat abang ada program KRT daerah pula.

BGRB terletak di daerah bongawan..tempatnya agak ke dalam sikit tapi tak jauh sangat dari jalan besar. Suasana malam agak sunyi juga sebab tak ramai orang kan..yang ada pun pekerja dengan pemain-pemain golf je lah. Tempatnya agak cantik juga..sesiapa nak datang ronda-ronda, boleh je..masuk percuma..hehe.


Kaum hawa santai sementara menunggu ketibaan yang lain..



Santai kaum adam pula..



Syukran pihak BGRB untuk persediaan pentas dan backdrop:)



Abang berucap selaku pengerusi kelab guru & AKP



Guru besar kami sedang berucap..masa ni serius masing-masing lapar yang amat, tak sabar nak makan dah..haha



Yeah..dapat cabutan bertuah. Jarang sangat saya ni dapat nasib bertuah macam ni, hehe.



Yeah dan yeah lagi sebab abang pun dapat hadiah..boleh lah kongsi-kongsi hamper tu:)


Baby khalisya yang sangat comel..:)



Tak ketinggalan juga aktiviti men*sumbang*kan lagu..






Kamilah barisan kakitangan yang hadir pada malam itu..



Barisan kami bila dah campur dengan ahli keluarga masing-masing..



Sempat lagi..hehe





Kalau nak tau inilah hadiah bertuah yang saya dapat tu..tak menyempat, balik je terus buka..haha.


Sejujurnya sangat lega sebab persekolahan sesi 2014 sudah berakhir..syukur sangat semua tugasan dan amanah dapat dilaksanakan dengan baik. Semoga sesi persekolahan tahun depan jauh lebih baik daripada tahun ni..amin.


KURSUS 3 HARI 2 MALAM..

Bismillahirrahmanirrahim...

Sudah 3 hari kursus berakhir baru dapat kesempatan update dalam blog..ala, kursus yang saya sedih-sedih pisah dengan suami tu, haha. Hari tu saya janji nak share siapa yang tersayang saya jumpa dalam kursus..jeng-jeng, kejap lagi gambar akan muncul..:)


Dewan tempat kami mendengar taklimat sepanjang program..



Ini view bandar KK dari bilik kami..tidur malam kami bertemankan kereta lalu lalang sepanjang 2 malam tu..



Ini pula view pada waktu siang..kat tepi tu sebenarnya laut..view yang sangat indah sebenarnya:)



My roomate, Pn. Syafa sepanjang program..kebetulan pula kami 1 PPD.



Inilah dia wajah tersayang yang dirindui..1st time jumpa dengan suel ni lepas dia kahwin hari tu. Alhamdulillah sama-sama berbadan 2..hehe



Sepanjang program inilah ahli barisan kami..semua 1 PPD.



Pn. Fairuz..ex roomate masa kat IPG dulu. Alhamdulillah juga sedang berbadan dua:)


Nyam-nyam yang sempat saya ambil gambar..yang tak sempat tu sebenarnya sebab excited tengok makanan sedap..haha

Syukur sangat walaupun kursus tu sebenarnya saya tak berapa nak happy sebab berjauhan dengan abang tapi alhamdulillah terubat juga dengan kehadiran teman-teman, lebih-lebih lagi dapat jumpa suel dan teman-teman IPG dan UniSZA yang dah lama tak jumpa..seronok sangat:) Harap dapat jumpa mereka semua lagi akan datang..biiznillah.

Friday, November 21, 2014

TAHAP KEIMANAN PENENTU RASA TAKUTKAN ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam Jumaat penghulu segala hari..alhamdulillah hari ni dapat juga peluang dan ruang untuk berkongsi khutbah jumaat untuk hari ni. Rasa macam dah beberapa minggu tak berkongsi khutbah dan perkongsian yang berguna. Tajuk khutbah hari ni seperti di atas ye.. mengenai iman, hm..macam best je. Sama-sama kita baca..

**********
Ketahuilah bahawa sesungguhnya keadaan iman seseorang Muslim itu boleh meningkat dan boleh menurun. Kerana itu, kita hendaklah sentiasa berusaha meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perkara yang diperintahkan-Nya dan menjauhi segala perkara yang ditegah-Nya dengan meyakini bahawa Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kita lakukan. Matlamatnya adalah untuk memastikan diri mati dalam keadaan beriman dan Islam supaya selamat di akhirat kelak sebagaimana diperintahkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.” (S. Ali-Imraan: 102).

Islam menuntut kita supaya berikhtiar sedaya upaya menjauhkan diri dari segala perbuatan yang merugikan dan mendatangkan bahaya atau kerosakan. Pada masa sama, kita dianjurkan supaya berlumba-lumba melakukan kebajikan yang boleh memberikan manfaat kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Ini sejajar dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

”…Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan; dan baikilah perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” (S. Al-Baqarah: 195).

Namun demikian, hakikatnya Orang yang lemah serta tipis imannya tidak begitu menghiraukan sangat larangan agama meskipun menyedari akibat buruk daripada perbuatan-perbuatan mungkar dan maksiat. Ia disebabkan oleh tiadanya perasaan takut dan gerun terhadap Allah SWT dan azab seksa-Nya yang bakal menanti. Kerananya, pelbagai perbuatan mungkar dan maksiat masih terus berlaku di sekeliling kita tanpa mengira waktu malam ataupun siang seperti mencuaikan solat lima waktu, bergaul bebas lelaki dan perempuan, berjudi, minum arak dan sebagainya.

Sesungguhnya rasa takutkan Allah SWT bergantung kepada tahap keimanan seseorang. Jika seseorang Muslim itu percaya adanya Allah SWT tetapi pada masa yang sama tidak merasa gerun atau takut terhadap balasan azab dan neraka Allah SWT, maka dia bolehlah disifatkan lemah dan tipis imannya. Ketiadaan sebarang perasaan gerun dan takut kepada Allah SWT adalah antara tanda hati seseorang itu telah mati. Kenyataan ini bertepatan dengan penjelasan Allah SWT mengenai beberapa ciri atau tanda orang yang benar-benar beriman. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.”
(S. Al-Anfal: 2).

Melalui ayat ini, dijelaskan tiga ciri orang yang beriman. Pertama, hati merasa gementar dan takut apabila disebut nama Allah SWT dan sifat-sifat-Nya; Kedua, iman semakin teguh apabila mendengar ayat-ayat al- Quran dibacakan; dan Ketiga, menyerah bulat-bulat atau bertawakal sepenuhnya kepada Allah SWT.

Pendek kata, hanya orang yang beriman sahaja yang akan dapat merasai rasa takut kepada Allah SWT dengan sebenar-benarnya. Rasa takut itu pula menatijahkan sikap tawakal atau penyerahan kepada Allah SWT atas keyakinan bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah SWT.

Nabi Muhammad SAW yang maksum atau dijamin bersih daripada melakukan sebarang dosa dan dijamin masuk syurga pun memiliki rasa takut kepada Allah SWT. Hal ini ditegaskan Baginda dalam sabdanya yang bermaksud: “Akulah manusia yang paling takut kepada Allah di antara kamu.”
(HR. Bukhari)

Oleh hal yang demikian, kita selaku manusia biasa seharusnya lebih merasa takut kepada Allah SWT
berbanding Nabi SAW kerana tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan dan dosa. Maka dengan berpandukan kepada tanda-tanda orang beriman yang digariskan oleh Allah SWT dalam Surah Al-Anfal, ayat 2 tersebut, cuba buat analisa tahap keimanan masing-masing. Tepuk dada Tanya iman:

Adakah hati merasa gementar dan takut bila mana mendengar nama Allah SWT dan sifat-sifat-Nya?
Adakah keadaan iman semakin bertambah dan teguh apabila mendengar bacaan ayat-ayat suci Al Quran? Adakah diri sentiasa menyerah bulat-bulat atau bertawakal kepada Allah SWT sepenuhnya?

Setelah menanyakan kepada diri sendiri persoalan berkenaan, nilailah tahap keimanan sendiri. Kalau diri merasa gementar terhadap Allah SWT, bertambah iman apabila mendengar ayat-ayat Allah SWT dan ada usaha berserah diri kepada Allah SWT, maka ia dikira berada pada tahap baik. Tapi kalau sebaliknya, dikhuatiri keadaan iman berada pada tahap yang lemah serta merudum. Ia adalah tanda tiadanya rasa takut kepada Allah SWT.

Seseorang Muslim yang benar-benar takutkan Allah SWT akan sentiasa terdorong menghambakan dirinya kepada Allah SWT setulus hati. Semua perintah dan larangan Allah SWT dipatuhi dan ditaati tanpa kompromi. Dengan kata lain, seseorang yang ada dalam hatinya rasa takut kepada Allah SWT tidak akan tergamak melanggar segala perintah dan larangan-Nya.

Justeru, jika merasakan iman berada pada tahap yang lemah dan merudum, segeralah bermuhasabah diri. Ambil langkah-langkah memperkukuhkan tahap keimanan dengan meyakini sungguh-sungguh bahawa Allah SWT sebenarnya Wujud dan Berkuasa membalas segala amal hamba-hamba-Nya. Jauhi perasaan syak dan ragu terhadap kewujudan dan kekuasaan Allah SWT dalam apa jua perkara kerana sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Laksanakan segala suruhan Allah SWT dan tinggalkan segala yang dilarang-Nya. Beringatlah selalu, bahawa kita semua akan menghadap Allah SWT pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kita kerjakan di dunia ini.

Orang yang sempurna imannya sentiasa berusaha melakukan segala perintah Allah SWT dan menjauhi segala yang ditegah-Nya. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam
sembahyangnya; Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Dan
mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); Dan mereka yang menjaga kehormatannya kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnhya mereka tidak tercela; Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang yang melampaui batas; dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.” (S. Al-Mukminun: 1-9).

Ayat ini menyenaraikan beberapa perkara yang dilakukan dan disempurnakan oleh orang yang beriman. Antara perkara yang dimaksudkan itu termasuklah khusyuk ketika bersembahyang, menjauhi diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia, berusaha membersihkan harta dengan menunaikan zakat, menjaga kehormatan, bersederhana atau tidak melampau, menjaga amanah serta janji dan sentiasa memelihara solat.

Sehubungan itu, dapat dirumuskan bahawa seseorang mukmin (yakni orang beriman) sentiasa berusaha mencari keredhaan Allah SWT selain menghindarkan perbuatan yang merugikan serta merosakkan diri sendiri dan orang lain. Ia didorong oleh adanya naluri rasa takutkan Allah SWT dan balasan azab seksa- Nya di dunia dan di akhirat.

Dalam kitab Tanbihul Ghafilin II, tercatat sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jika berasa gementar hati seorang mukmin kerana takut kepada Allah, maka runtuh dosanya bagaikan daun kering yang gugur dari pohonnya.”

Ini membuktikan Takut adalah sifat terpuji yang sepatutnya ada dalam hati setiap orang Islam yang beriman yang mendambakan darjat takwa dan keampunan dari Allah SWT

Rasa takut kepada Allah SWT akan mendorong seseorang sentiasa berusaha mendekatkan dirinya kepada yang Maha Esa sekali gus menumbuhkan rasa cinta tidak berbelah bahagi terhadap-Nya. Malah, ketakutan kepada Allah SWT dengan sebenar-benar ketakutan mampu melenyapkan ketakutan manusia terhadap manusia atau makhluk lain. Ketakutan sejati kepada Allah SWT jugalah yang akan menatijahkan keberanian yang luar biasa dalam memburu redha Allah SWT menimba ilmu pengetahuan, bekerja, memperolehi rezeki yang halal, mensejahterakan kehidupan masyarakat, melestarikan keamanan negara dan sebagainya.

Seorang ulama berkata: “Cucilah empat perkara dengan empat perkara. Cucilah wajahmu dengan air matamu, cucilah lidahmu dengan zikir kepada Penciptamu, cucilah hatimu dengan rasa takut kepada Tuhanmu dan cucilah dosamu dengan bertaubat kepada Penguasamu.”

Sehubungan dengan nasihat ulama tersebut, marilah kita sedari bersama bahawasanya kehidupan di dunia hanyalah sementara. Maka jadikanlah kematian sanak-saudara dan sahabat-handai sebagai iktibar untuk segera bertaubat dengan berhenti serta-merta daripada berbuat dosa dan maksiat dengan menanamkan rasa takut yang sebenar-benarnya kepada Allah SWT. Hayatilah peringatan Allah SWT menerusi firman- Nya yang bermaksud:

“…Maka janganlah kamu takut kepada mereka, dan takutlah kamu kepada-Ku (semata-mata)
supaya Aku sempurnakan nikmat-Ku kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah
(mengenai perkara yang benar).” (S. Al-Baqarah: 150).

**********

Demikianlah isi khutbah jumaat pada minggu ini..semoga kita mendapat manfaat dan mengambil iktibar dari kandungan khutbah itu, amin. Sama-samalah kita menilai diri mengenai tahap keimanan masing-masing.. semoga belum terlambat lagi untuk kita memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan.

Tuesday, November 18, 2014

1ST GIVEAWAY BY ANAMIZU

Bismillahirrahmanirrahim...



Alhamdulillah masih berkesempatan untuk join giveaway ni walaupun di sebalik kesedihan berjauhan dengan yang tersayang (amboi!)..

Klik je kat banner tu ye untuk join dan lihat syarat-syarat serta hadiah yang menanti..hehe.

Ada 10 hari lagi sebelum GA ni tamat..jom join ramai-ramai☺

Monday, November 17, 2014

PERTAMA KALI BERJAUHAN..

Bismillahirrahmanirrahim...

Selama hampir 11 bulan kami bersama, saya dan abang tak pernah berjauhan..pergi kerja sama-sama, buat kerja sekolah kat bilik sama-sama dan pergi mana-mana pun mesti selalu bersama. Tapi minggu ni kami terpaksa terima hakikat untuk berjauhan sementara waktu..sebenarnya 3 hari 2 malam je pun tapi rasa macam bertahun kot..wawawa.

Sebab saya kena hadiri kursus guru baharu kat KK, maka abang terpaksa saya tinggalkan..kalau abang tak kerja boleh je kot nak bawa abang sekali berkepit 24 jam tapi apakan daya. Sedih sangat rasa hati masa berpisah dengan abang kat hotel tadi..wawawa.

Terharu dan gembira campur-campur bila abang sanggup ajak datang awal ke KK semata-mata nak belikan kasut untuk saya guna sempena kursus..kasut yang sesuai untuk pergerakan saya dan baby:) Syukran abang..sayang abang hingga akhir hayat.


Kasut pilihan abang..pakai dengan seluar pun ok. 2 dalam 1..



Gambar bersama sebelum berpisah sekejap..wawawa

Tak seronok langsung pergi kursus tapi hati dan perasaan tinggal kat rumah..rasa nak sangat cepat berlalu 3 hari ni supaya cepat dapat jumpa abang.. haha. Macam terlebih sudah pula dah..tapi yang bestnya dalam kursus ni saya jumpa seseorang yang dirindui, hehe. Next entri saya update siapakah yang dirindui itu..hehe.